David Frost

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

David Frost

Frost menemubual Donald Rumsfeld pada tahun 2005
Kelahiran
David Paradine Frost

(1939-04-07)7 April 1939
Tenterden, Kent, England
Meninggal dunia31 Ogos 2013(2013-08-31) (umur 74)
PendidikanGonville and Caius College, Cambridge
Pekerjaan
  • Pengacara televisyen
  • wartawan
  • penulis
  • pelawak
Terkenal kerana
Pasangan
  • Lynne Frederick (k. 1981; c. 1982)
  • Lady Carina Fitzalan-Howard (k. 1983)
Anak-anak3 (including Wilfred Frost)

Sir David Paradine Frost OBE (7 April 1939 – 31 Ogos 2013) ialah seorang pengacara, wartawan dan penulis dari England.

Beliau paling dikenali dengan wawancaranya bersama tokoh-tokoh politik terkenal, terutamanya bersama Richard Nixon pada tahun 1977 beberapa lama setelah Nixon meletakkan jawatan Presiden Amerika Syarikat berikutan skandal Watergate. Beliau juga mempelopori beberapa rancangan pagi utama yang menyohor di United Kingdom.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

David Paradine Frost lahir di Tenterden, Kent pada 7 April 1939; beliau anak ketiga (dua kakak lahir sebelumnya[1][2]) kepada Mona Aldrich dan Rev. Wilfred John "W. J." Paradine Frost, seorang paderi Methodist berketurunan Huguenot.[3]

Beliau bersekolah di Barnsole Road Primary School, Gillingham, St Hugh's School di Woodhall Spa,[4] Gillingham Grammar School serta Wellingborough Grammar School di Raunda. Beliau sangat lincah bermain bola sepak dan kriket pada ketika inu,[1] malah kecekapan permainan bola sepaknya menarik perhatian Nottingham Forest F.C yang ada memberi tawaran kepada beliau bermain dalam pasukan mereka.[5]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya terkemudian - temubual bersama Nixon, sebagai pengurus rancangan pagi[sunting | sunting sumber]

Pada 1977, Frost mengadakan beberapa siri wawancara berdurasi 90 minit dengan mantan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon selama empat minggu dengan sebanyak 29 jam perbualan dirakam. Dalam wawancara ini, Nixon membuka pekung rahsianya mengenai peranannya dalam skandal Watergate yang memaksa beliau meletakkan jawatan dengan rasa terbeban dan menyesal.[6][7] Temubual ini diabadikan sebagai sebuah pementasan drama berjudul Frost/Nixon arahan Peter Morgan dan dipersembahkan di London pada 2006 serta Broadway pada 2007. Pementasan ini diadaptasikan menjadi sebuah filem Hollywood 2008 berjudul sama arahan Ron Howard serta dibintangi Michael Sheen sebagai Frost dan Langella sebagai Nixon.

Beliau mempelopori rancangan pagi TV-am Setelah beralih dari ITV ke BBC, program Ahadnya Breakfast with Frost dimulakan dari January 1993 sehingga 29 Mei 2005.[8]

Beliau merupakan satu-satunya wartawan yang dapat bersemuka dengan semua Perdana Menteri United Kingdom (dari 1964 hingga 2014; Harold Wilson, Edward Heath, James Callaghan, Margaret Thatcher, John Major, Tony Blair, Gordon Brown dan David Cameron) dan Presiden Amerika Syarikat (dari 1969 hingga 2008: Richard Nixon, Gerald Ford, Jimmy Carter, Ronald Reagan, George H. W. Bush, Bill Clinton dan George W. Bush) secara berturut-turut sepanjang tempoh kerjayanya.[9]

Senja usia[sunting | sunting sumber]

Frost bekerja mengacarakan sebuah program wawancara untuk Al Jazeera English berjudul Frost Over The World tahun saluran itu dilancarkan pada 2006. Program tersebut sering mendapat perhatian dengan wawancara bersama orang berprofil tinggi seperti Tony Blair, Omar al-Bashir, Benazir Bhutto dan Daniel Ortega.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2013, Frost menaiki kapal pesiaran MS Queen Elizabeth dalam perjalanan dari Southampton selama sepuluh hari di Laut Tengah ke Roma.[10] Beliau didapati menghidap suatu penyakit jantung - dipercayai kardiomiopati hipertropik[11] - yang membunuhnya beberapa kemudian pada usia 74 tahun.[12][13]

Majlis pengebumian mayatnya dilakukan di Holy Trinity Church, bandar Nuffield, Oxfordshire pada 12 September 2013.[14][15]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Bukan cereka
  • How to Live Under Labour – or at Least Have as Much Chance as Anyone Else (1964)
  • To England with Love (1968). With Antony Jay.
  • The Presidential Debate, 1968: David Frost talks with Vice-President Hubert H. Humphrey (and others) (1968).
  • The Americans (1970)
  • Billy Graham Talks with David Frost (1972)
  • Whitlam and Frost: The Full Text of Their TV Conversations Plus Exclusive New Interviews (1974)
  • "I Gave Them a Sword": Behind the Scenes of the Nixon Interviews (1978). Reissued as Frost/Nixon in 2007.
  • David Frost's Book of Millionaires, Multimillionaires, and Really Rich People (1984)
  • The World's Shortest Books (1987)
  • An Autobiography. Part 1: From Congregations to Audiences (1993)
Kolaborasi bersama Michael Deakin dengan ilustrasi oleh Willie Rushton
  • I Could Have Kicked Myself: David Frost's Book of the World's Worst Decisions (1982)
  • Who Wants to Be a Millionaire? (1983)
  • If You'll Believe That (1986)
Kolaborasi bersama Michael Shea
  • The Mid-Atlantic Companion, or, How to Misunderstand Americans as Much as They Misunderstand Us (1986)
  • The Rich Tide: Men, Women, Ideas and Their Transatlantic Impact (1986)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b TimeLine Theatre Company, Chicago: Frost/Nixon Study Guide Diarkibkan 2012-04-02 di Wayback Machine Retrieved 2 October 2011.
  2. ^ Frost, famous for Nixon interview, dies | The Journal Gazette
  3. ^ Stuart Jeffries Obituary: Sir David Frost, The Guardian, 1 September 2013
  4. ^ Martineau, Hugh (1975). Half a Century of St Hugh's School, Woodhall Spa. Horncastle: Cupit and Hindley. m/s. 12.
  5. ^ Duff, Oliver (2 May 2005). "My Life in Media: Sir David Frost". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-29. Dicapai pada 11 August 2013.
  6. ^ "David Frost Dies Aged 74". The Wall Street Journal. 1 September 2013. Dicapai pada 1 September 2013.
  7. ^ "David Frost, Who Interviewed Nixon, Is Dead at 74". The New York Times. 1 September 2013. Dicapai pada 1 September 2013.
  8. ^ "Sir David Frost: the most illustrious TV inquisitor of his generation". Evening Standard. 2 September 2013.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Jeffries tidak disediakan
  10. ^ "Sir David Frost has died. Cruise company pays tribute to Sir David Frost"". ITV News.
  11. ^ "David Frost's late son not told of heart condition inherited from father". The Guardian. 1 February 2016. Dicapai pada 27 January 2017.
  12. ^ "Sir David Frost, broadcaster and writer, dies at 74". BBC News. Dicapai pada 1 September 2013.
  13. ^ Carter, Claire (1 September 2013). "Sir David Frost dies of heart attack". The Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai pada 2 September 2013.
  14. ^ 'David Frost Funeral', 'Daily Mirror', 12 September 2013. https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/david-frost-funeral-broadcaster-laid-2270149
  15. ^ Entry for Frost's grave in Findagrave website (2019). https://www.findagrave.com/memorial/116369291/david-frost

Pautan luar[sunting | sunting sumber]