David K. Wyatt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

David K. Wyatt (21 September 1937 - 15 November 2006) adalah sejarahwan Amerika Syarikat yang amat terkenal, khusus berkenaan topik Asia Tenggara, terutama Thailand. Bukunya Thailand. A Short History menjadi buku rujukan berkenaan sejarah Thailand dalam bahasa Inggeris.

Dilahirkan di Fitchburg, Massachusetts pada 1937, dia membesar di Iowa. Wyatt belajar falsafah di Universiti Harvard, di mana dia menerima ijazah pertama pada 1959. Dia meneruskan pengajian di Universiti Boston, di mana dia menerima Master dalam sejarah pada 1960. Dia tamat dari Universiti Cornell dengan PhD dalam Sejarah pada 1966.

Sebelum dia tamat ijazah, dia menerima jawatan mengajar di School of Oriental and African Studies di Universiti London, di mana dia mengajar sehingga 1968. Selepas setahun mengajar di Universiti Michigan, dia kembali ke Jabatan Sejarah Universiti Cornell pada 1969, berkhidmat pada masa sebagai Pengerusi Jabatan, dan kekal di sana sehingga bersara pada 2002.

Pada Oktober 2005 dia menjual perpustakaannya yang terdiri dari 15,000 judul kepada Himpunan Asia Tenggara di Universiti Ohio.

Wyatt didiagnosis dengan sklerosis berbilang pada 1995, tetapi dia kekal melancong meluas sehingga kematiannya. Dia meninggal akibat emfisema dan kegagalan jantung tersumbat (congestive) di Hospicare Residence di Ithaca, New York. Dia meninggalkan isteri, Alene Wilson Wyatt, tiga anak dan lima cucu.

Bibliogrfi[sunting | sunting sumber]

He also translated several Thai chronicles.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]