David Shankbone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
David Shankbone
Shankbone pada 2007
Kelahiran
David Miller
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikan
PekerjaanPengurus pejabat undang-undang Wall Street
Tahun aktif2006–kini
Terkenal keranaKewartawanan foto amatur
Laman web rasmihttps://www.davidshankbone.com/

David Miller, yang dikenali dengan pseudonim David Shankbone, ialah seorang jurugambar, blogger dan bekas paralegal Amerika Syarikat.[1][2] Beliau disebut oleh PBS sebagai "wartawan foto media baru paling berpengaruh di dunia"[3] kerana sejumlah foto copyleft hasil karyanya, yang dimuat naik ke Wikimedia Commons dan kelihatan di Wikipedia, mendokumentasikan para selebriti, ahli politik dan peristiwa, terutama tunjuk perasaan Occupy Wall Street.

Sebagai wartawan rakyat Wikinews, beliau merupakan orang pertama yang menemubual ketua negara, Presiden Israel Shimon Peres. Hasil fotografi beliau banyak digunakan di luar Wikipedia,[4] telah digunakan oleh majalah dan and laman web berita seperti New York Times, Miami Herald, dan Business Insider,[3][5] dan tampil dalam satu pameran di Museum of the City of New York. Dalam profil temubual Wikinews beliau, Columbia Journalism Review menulis, "Karya Miller terasa seperti sedikit kemunduran ketika Oriana Fallaci menerbitkan transkrip panjang wawancara dalam bentuk buku dan David Frost menyiarkan acara duduk selama enam jam bersama Richard Nixon."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rose, Adam (February 2009). "The Wikinews Ace: Why Shimon Peres sat down with David Shankbone". Columbia Journalism Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-31. Dicapai pada 2019-09-29.
  2. ^ Liphshiz, Cnaan (2007-12-25). "Your Wiki Entry Counts". Haaretz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-30. Dicapai pada 2019-09-29.
  3. ^ a b Ordonez, Sandra (2011-03-01). "Shankbone's Wikipedia Photo Portraits Spread Like Wildfire". PBS MediaShift. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-30. Dicapai pada 2019-09-29.
  4. ^ Du, Lisa (15 May 2012). "This Wall Street Guy Is One Of The Top Celebrity Photographers In The World". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2012. Dicapai pada 16 November 2020.
  5. ^ Jefferson, Cord (2011-10-30). "The Most Important Occupy Wall Street Photographer You've Never Heard of". Good Worldwide. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-30. Dicapai pada 2019-09-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]