David Wong Dak Wah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

David Wong Dak Wah

PSM; PGDK (Sab)
黄达华
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Memegang jawatan
11 Julai 2018
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehSultan Muhammad V
Didahului olehRichard Malanjum
Butiran peribadi
LahirDavid Wong Dak Wah
(1953-08-20) 20 Ogos 1953 (umur 67)[1]
Sandakan, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara (kini Sabah)[2]
PasanganPuan Sri Janet Wong Ying Kin
Anak-anak3
Alma materUniversiti New South Wales

Tan Sri Datuk David Wong Dak Wah (lahir 20 Ogos 1953)[3] merupakan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang kelima.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Wong menghadiri Universiti New South Wales di Sydney, Australia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perdagangan pada tahun 1976 dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B.) pada tahun 1977.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 29 September 2005, Wong dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching. Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Hakim di mahkamah yang sama pada 11 April 2007.

Pada 15 Januari 2009, beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Pada 8 Januari 2013, beliau dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Malaysia, mahkamah tertinggi kedua dalam hierarki kehakiman Malaysia. Beliau memegang jawatan ini sehingga 27 April 2018. Beliau kemudian dilantik sebagai Hakim di Mahkamah Persekutuan Malaysia,[5] naik ke mahkamah tertinggi dalam hierarki. Kurang dari dua bulan kemudian, Wong telah diangkat oleh Yang di-Pertuan Agong ke jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, menggantikan Richard Malanjum yang dinaikkan ke jawatan Ketua Hakim Negara.[6] Oleh itu, beliau kini menduduki pejabat kehakiman tertinggi keempat di negara ini selepas Ketua Hakim Negara Malaysia, Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "若没修宪延长法官退休年龄‧"里察任期至明年4月"" (dalam bahasa Chinese). Sin Chew Daily. 12 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ "丘家绵盛赞东马大法官·"黄达华实至名归"" (dalam bahasa Chinese). Sin Chew Daily. 13 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  3. ^ "Chief Judge of the High Court in Sabah and Sarawak". Judiciary of Malaysia. Dicapai pada 13 July 2018.
  4. ^ "UNSW Law alumnus David Wong appointed to Malaysia's top court". UNSW Faculty of Law. 8 June 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
  5. ^ "King presents letters of appointment to 14 judges". Bernama. Borneo Post. 28 April 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
  6. ^ "David Wong sworn in as new Chief Judge of Sabah and Sarawak". The Star. 12 July 2018. Dicapai pada 13 July 2018.
Didahului oleh
Richard Malanjum
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
2018–kini
Diikuti oleh:
Penyandang