Daya pengaliran terma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam fizik, daya pengaliran terma, kealiran haba atau kekonduksian haba (biasanya dilambangkan dengan k, λ, atau κ) ialah satu sifat bahan yang mengalirkan haba. Ia dinilai terutamanya dari segi Hukum Fourier bagi pengaliran haba.

Pemindahan haba berlaku pada kadar yang lebih tinggi dalam bahan-bahan dengan daya pengaliran terma yang lebih tinggi daripada bahan-bahan yang berdaya pengaliran terma rendah. Disebabkan ini, bahan-bahan dengan daya pengaliran terma yang tinggi digunakan secara meluas dalam penggunaan singki haba dan bahan-bahan dengan daya pengaliran terma yang rendah digunakan sebagai penebat haba. Daya pengaliran terma bahan-bahan bergantung kepada suhu. Salingan bagi daya pengaliran terma ialah keberintangan haba.