Dear Yayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dear Yayah
PengkaryaFarihah Iskandar
Ard One (versi komik)
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreFiksyen
Keremajaan
PenerbitPTS Publishing House (di bawah imprin PTS One dan Komik-M)
DY Kreatif Network
Tahun terbit2006-2019
Jenis mediaNovel, Komik
Bil. buku6 (novel)
4 (komik)
1 (buku kerja)
2 {koleksi siri}

Dear Yayah ialah siri novel dan siri komik yang diterbitkan di Malaysia. Ia dihasilkan oleh Farihah Iskandar. Novel ini mempunyai dua versi, siri novel dan siri komik. Pada mulanya, siri ini dihasilkan untuk novel sahaja sebelum diterbitkan dengan konsep komik. Bagi siri komik, ia dihasilkan secara bersama dengan penulis dan kartunis bagi komik Dunia Didi, Ard One. Novel ini menceritakan kehidupan seorang remaja, Jihan dari alam persekolahan hingga awal dewasa.

Ia diterbitkan oleh PTS Media Group di bawah imprin PTS One bagi novel, manakala imprin Komik-M bagi komik. Walau bagaimanapun, jilid terakhir bagi siri novel diterbitkan oleh DY Kreatif Network.

Karya[sunting | sunting sumber]

Siri novel[sunting | sunting sumber]

  • Farihah Iskandar (2006). Dear Yayah. PTS One. ISBN 983335744X.
  • Farihah Iskandar (2007). Dear Yayah 2. PTS One. ISBN 978-983-3653-33-1.
  • Farihah Iskandar (2007). Dear Yayah 3. PTS One. ISBN 978-983-3653-77-5.
  • Farihah Iskandar (2008). Dear Yayah 4. PTS One. ISBN 978-983-3654-30-7.
  • Farihah Iskandar (2009). Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire! (Dear Yayah 5). PTS One. ISBN 978-967-5406-33-1.
  • Farihah Iskandar (2019). Closure: Dear Yayah Series Finale. DY Kreatif Network. ISBN 9789670844060.

Komik[sunting | sunting sumber]

  • Farihah Iskandar; Ard One (2010). Dear Yayah The Comics #1. Komik-M. ISBN 978-967-5564-16-1.
  • Farihah Iskandar; Ard One (2010). Dear Yayah The Comics #2. Komik-M.
  • Farihah Iskandar; Ard One (2011). Dear Yayah The Comics #3: Gotong-royong dan Kutu. Komik-M.
  • Farihah Iskandar; Ard One (2012). Dear Yayah the Comics #4: Lompat Asrama. Komik-M. ISBN 978-967-410-084-1.

Penerbitan lain[sunting | sunting sumber]

  • Farihah Iskandar (2009). Dear Yayah The Series. PTS One. ISBN 978-967-5406-37-9. Dalam penerbitan ini, penerbit menggabungkan siri novel dari jilid satu hingga lima.
  • Farihah Iskandar (2008). Dear Yayah The Diary. PTS One. ISBN 978-983-3654-57-4. Penerbitan ini pula merupakan buku kerja berupa diari harian untuk remaja yang diselitkan tip-tip dan maklumat berkaitan remaja
  • Farihah Iskandar; Ard One (2011). The Best of Dear Yayah The Comics. PTS One. ISBN 978-967-410-012-4. Penerbitan ini merupakan gabungan siri komik dari jilid satu hingga tiga.

Kemunculan[sunting | sunting sumber]

Bagi edisi komik, penulis telah membuat persilangan cerita dengan menggabungkan watak dari dua siri komik terbitan Komik-M (PTS) iaitu Dunia Didi dan Dear Yayah dalam satu terbitan dengan judul Dear Yayah dalam Dunia Didi[1].

Siri sampingan[sunting | sunting sumber]

Hai Suria![sunting | sunting sumber]

Hai Suria!
PengkaryaFarihah Iskandar
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreFiksyen
Keremajaan
PenerbitPTS Publishing House (di bawah imprin PTS One)
Tahun terbit2009-2010
Jenis mediaNovel
Bil. buku2

Siri Dear Yayah mempunyai siri sampingan yang dihasilkan oleh penulis dan penerbit yang sama dengan judul Hai Suria. Ia mengisahkan tentang Suria, kawan baik Jihan yang menjadi watak utama Dear Yayah. Terdapat dua jilid dalam siri Hai Suria, iaitu:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dear Yayah dalam Dunia Didi". PTS. Dicapai pada 20 Julai 2021.