Deborah Priya Henry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Deborah Priya Henry
Pemenang peraduan kecantikan
Miss Malaysia 07 Deborah Priya.jpg
Kelahiran Deborah Priya Henry
Dublin, Ireland
(1985-07-07) 7 Julai 1985 (umur 32)[1]
Pekerjaan Model
Pengacara TV
Tinggi 1.78 m (5 ft 10 in)[2]
Berat 56 kg (123 lb)
Ukuran 32-24-35
Warna rambut Hitam
Warna mata Perang
Gelaran Miss World Malaysia 2007
Miss Universe Malaysia 2011
Laman web rasmi

Deborah Priya Henry (lahir 7 Julai 1985) ialah model fesyen Malaysia dan pemenang peraduan ratu cantik Miss Malaysia World 2007 dan Miss Universe Malaysia 2011.[3] Dia berjaya memasuki pusingan separuh akhir Miss World 2007 buat pertama kali sejak Lina Teoh pada 1998.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Dublin, Deborah dibesarkan di Kuala Lumpur. Ibunya orang Ireland, manakala bapanya orang India Malaysia. Deborah belajar di Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur dan semasa bersekolah, beliau cemerlang dalam sukan dan bermain bola keranjang serta bola tampar. Dia pernah memenangi pingat emas dalam temasya sukan olahraga Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur serta juga piala "Ahli Sukan Wanita Tahunan".

Deborah mula bekerja sebagai model ketika berumur 15 tahun dan bekerja di London selama 7 bulan. Dia juga muncul dalam video muzik Estranged, "Itu Kamu". Deborah mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang sains politik dan ekonomi dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia. Dia kemudian mengasaskan Open Doors, sebuah pertubuhan amal yang menumpukan hak asasi manusia dan pembangunan boleh kekal, dengan matlamat jangka panjang untuk membasmi kemiskinan.

Deborah suka membaca, mendengar muzik, melancong, dan mereka hidangan dengan menggunakan rempah-rempah Thailand, India, dan Maghribi. Dia juga memelihara seekor anjing Labrador yang dinamai Bailey serta seekor anjing kacukan yang bernama Twinkle sebagai binatang kesayangannya. Moto Deborah ialah "Buat apa sahaja yang kamu dapat buat dengan keupayaan dan sumber kamu. Setiap orang boleh memainkan peranan dalam masyarakat, sekarang dan pada masa depan."

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Deborah telah menyertai pertandingan Miss Malaysia dan telah dinobatkan sebagai juara serta dimahkotakan oleh Miss Malaysia World 2006, Adelaide Choo. Dengan kejayaannya itu, Deborah telah mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 2007 yang telah diadakan di Sanya, China. Deborah merupakan antara peserta yang digemari dan menjadi pilihan untuk merangkul gelaran wanita tercantik di dunia itu. Sepanjang pertandingan Miss World itu, Deborah telah berjaya menempatkan dirinya di antara peserta yang mendapat markah tertinggi dalam kategori 'Best Body' dan 'Miss Sport'. Pada malam kemuncak pertandingan ini, Deborah telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir (Top 16).[4] Deborah merupakan wakil Malaysia yang keenam berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Miss World sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan itu pada tahun 1963. Kali terakhir Malaysia melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sebelum Deborah ialah pada tahun 1998, ketika Malaysia diwakili Lina Teoh yang berjaya mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. Pencapaian Lina Teoh merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa. Malangnya, pada malam kemuncak Miss World 2007, Deborah telah gagal melayakkan dirinya ke peringkat akhir. Peserta dari China, Zhang Zi Lin telah dinobatkan sebagai Miss World 2007 diikuti dengan Angola dan Mexico masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Selepas pertandingan Miss World berakhir, Deborah bergiat aktif dalam pertubuhan amal, bidang peragaan dan juga dalam bidang pengacaraan. Deborah merupakan salah seorang daripada hos rancangan 'Bella' di samping Elaine Daly (bekas Miss Malaysia Universe 2003) dan Daphne Iking yang disiarkan di ntv7.

Pada bulan Januari 2011, Deborah telah memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2011.[5] Beliau seterusnya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2011 yang diadakan di Sao Paulo, Brazil pada September. Melalui laman-laman web mengenai pertandingan Miss Universe 2011, Deborah merupakan antara peserta kegemaran untuk memenangi gelaran ratu Miss Universe 2011. Beliau sering menjadi antara 15 orang peserta yang dijangka akan berjaya ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan ratu cantik itu.[2] Deborah juga telah dinobatkan sebagai Miss GB Universe 2011 oleh laman web yang membincangkan perihal pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa iaitu Global Beauties. Malangnya pada malam kemahkotaan Miss Universe 2011, Deborah tidak terpilih sebagai 16 peserta peringkat separuh akhir. Berita ini amat mengejutkan pelbagai pihak terutama sekali penduduk Malaysia, pakar-pakar pertandingan ratu cantik, tidak ketinggalan juga bekas Miss Universe 2005, Natalie Glebova dari Kanada. Miss Angola, Leila Lopes telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2011 sekaligus menjadi wanita pertama dari negara itu yang memenangi gelaran itu mengalahkan 4 lagi peserta peringkat akhir iaitu Ukraine, Brazil, Filipina dan China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Suprise [sic] Birthday Party For Deborah Henry". budley.com. 25 Julai 2008. Dicapai pada 14 Mac 2011. 
  2. ^ a b "Deborah Priya Henry". Diarkibkan daripada original pada 25 Oktober 2007. Dicapai pada 16 Februari 2011. 
  3. ^ "Miss Universe 2011 Candidate Profile: Deborah Priya Henry". BeautyMania.biz. 19 Jun 2011. Dicapai pada 19 Jun 2011. 
  4. ^ "China wins Miss World". The Star (Malaysia). 2 Disember 2007. Dicapai pada 16 Februari 2011. 
  5. ^ "Another crown for Deborah". The Star (Malaysia). 28 Januari 2011. Dicapai pada 16 Februari 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]