Deddy M. Borhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk Haji Deddy M. Borhan
KelahiranM.Borhan
(1944-02-26) 26 Februari 1944 (umur 75)
Tuaran, Sabah,
PekerjaanPenyanyi, Pengarah, Penerbit & Pelakon
Tahun aktif1974 - 1991
AnakSharmila Rahayu, Shabana M.Borhan

Deddy M. Borhan atau nama sebenarnya Maddin Borhan (lahir 26 Februari 1944) merupakan seorang penyanyi dan pengarah filem pada era 70an hingga 80an. Beliau membuat sumbangan penting pada dunia perfileman Melayu apabila beliau menubuhkan syarikat perfileman Sabah Film Productions di Kuala Lumpur pada 1975. Menerusi syarikat tersebut, beliau muncul sebagai penyelamat dalam industri perfileman tempatan yang ketika itu sedang merudum.

Deddy dan Sabah Film Productions dikatakan amat sinonim dengan kebangkitan semula dunia filem Melayu tahun 1970-an dan 1980-an selepas pasca kegemilangan Studio Malay Film Productions dan Cathay Keris Film yang berpusat di Singapura. Pada waktu itu, dunia perfileman Melayu menerima saingan sengit dari filem-filem Indonesia yang lebih banyak menguasai pawagam-pawagam tempatan.

Malah, Deddy juga banyak memberi semangat kepada dunia filem Melayu yang hampir berkubur ketika itu apabila Studio Merdeka di Hulu Klang, Selangor menghentikan operasinya. Beliau muncul menerusi filem pertama terbitan Sabah Film Production berjudul Keluarga Comat pada 1975 yang diarahkan oleh Aziz Sattar.

Selepas itu, Deddy menerbitkan filem Hapuslah Air Matamu pada 1976 yang dibintangi oleh Broery Marantika, Sharifah Aini dan Latif Ibrahim. Namun, penerbit dan pengarah filem ini membuat kejutan besar apabila filem Azura yang diarahkannya pada 1984 memecahkan rekod sebagai filem Melayu pertama mencatat kutipan tiket box-office melebihi RM2 juta.

Filem Azura yang dilakonkan oleh Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, A. Galak dan Maria Arshad itu mengutip kutipan tiket hampir RM2 juta. Selama beroperasi, Sabah Film Productions telah menerbitkan 18 buah filem antaranya berjudul Si Badul, Kisah Seorang Biduan, Talak, Toyol, Di Ambang Kasih dan Gila-Gila.

Dalam pada gigih menghidupkan semula dunia perfileman Melayu, Deddy juga aktif memperjuangkan nasib penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu di negara ini melalui jawatan yang disandangnya ketika itu sebagai presiden pertama Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (PAPITA) yang ditubuhkan pada 1977.

Anak seni yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini memimpin persatuan artis yang berpengaruh itu sehinggalah tahun 1982.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Junainah M. Amin yang berusia 19 tahun ketika itu dan dikurniakan anak perempuan, Sharmila Rahayu. Mereka bercerai selepas enam tahun bersama.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]