Dee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mohd Zaidi bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Dee atau Zaidi Yusop (3 Mac 1966[1] – 19 Februari 2019) ialah seorang kartunis Malaysia yang dikenali dengan komiknya yang bertajuk Hello Bos. Beliau dilahirkan di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.[2] Beliau telah meninggal dunia di Hospital Colombia Asia, Cheras[3] pada pukul 7.30 pagi setelah mengalami sesak nafas sebelum dimasukkan ke dalam hospital pada pukul 7.15 pagi.[4] Jenazah beliau tiba di Masjid Bandar Tun Hussein Onn pada pukul 3.40 petang hari yang sama untuk disembahyangi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn pada petang itu juga.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dee, 1966-". Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat. Dicapai 19 Februari 2019. 
  2. ^ Dee (5 April 2015). Rosli Mengamuk!. Malaysia: Utusan Karya Sdn. Bhd. m/s. 8. ISBN 9789675780523. 
  3. ^ "Tiada lagi Rosli, Bos dan Liza…pelukis Hello Boss meninggal dunia". MHE TV. 19 Februari 2019. Dicapai 19 Februari 2019. 
  4. ^ Izzat Nasuruden (19 Februari 2019). "Kartunis Hello Boss, Dee meninggal dunia". Utusan Online. Dicapai 19 Februari 2019. 
  5. ^ Maszureen Hadzman (19 Februari 2019). "Jenazah kartunis Dee selamat disembahyangkan". Utusan Online. Dicapai 19 Februari 2019.