Dejan Lovren

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dejan Lovren
Dejan Lovren.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Dejan Lovren[1]
Tarikh lahir (1989-07-05) 5 Julai 1989 (umur 28)
Tempat lahir Zenica, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini Liverpool
Nombor 6[3]
Kerjaya remaja
Karlovac
2004–2006 Dinamo Zagreb
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2006–2010 Dinamo Zagreb 37 (1)
2006–2009 Inter Zaprešić (pinjaman) 50 (1)
2010–2013 Lyon 73 (2)
2013–2014 Southampton 31 (2)
2014– Liverpool 15
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Croatia B17 18 (2)
2006 Croatia B18 2 (0)
2006–2008 Croatia U19 10 (1)
2007–2009 Croatia B20 5 (0)
2007–2010 Croatia B21 20 (3)
2009– Croatia 30 (2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 08:41, 3 Disember 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22:20, 9 September 2014 (UTC)

Dejan Lovren (disebut [loʋrêːn]; lahir 5 Julai 1989) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Liverpool dan untuk pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lovren telah dilahirkan di Zenica, Yugoslavia dan pada hari ini ia terletak di Bosnia dan Herzegovina. Ibu bapa beliau merupakan berbangsa Croatia.[4]

Apabila Perang Bosnia bermula pada tahun 1990an, keluarga Lovren mula berpindah ke Munich, Jerman. Lovren baru berusia tiga tahun ketika keluarganya berpindah dari Yugoslavia. Beliau menghabiskan masanya selama tujuh tahun di Jerman. Bagaimanapun, keluarganya akhirnya terpaksa pulang ke Croatia kerana mereka tidak mempunyai dokumentasi yang diperlukan. Mereka sekeluarga menetap di Karlovac, Croatia, 50 kilometer barat daya ibu negara Zagreb.[5][6]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

GNK Dinamo Zagreb[sunting | sunting sumber]

Dejan Lovren memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab remaja NK Karlovac. Beliau sertai kelab teratas Croatia, GNK Dinamo Zagreb pada 2004. Pada 10 Jun 2006, beliau membuat debut untuk Dinamo dalam perlawanan Prva HNL menentang Inter Zaprešić. Pada 17 Julai 2007, beliau dipinjam ke Inter Zaprešić selama dua musim dan beliau membuat 50 penampilan liga dan menjaringkan satu gol menentang NK Osijek, Inter tewas 2–1 pada 10 Mei 2008. Selepas beliau kembali ke Dinamo, Lovren bermain 38 perlawanan ketika musim 2008–09 dan menjaringkan tiga gol. Dalam musim 2009–10, beliau bermain empat perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA menentang Pyunik Yerevan dan Red Bull Salzburg.

Lyon[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, Lovren menandatangani kelab Ligue 1, Olympique Lyonnais dengan kontrak selama empat tahun serta bayaran sebanyak €8 juta.[7] Beliua membuat debut untuk Lyon pada 24 Januari 2010, 2–1 menewaskan AS Monaco dalam saingan Coupe de France. Beliau membuat debut liga pada 31 Januari, ketika Lyon menang 2–1 ke atas Paris Saint-Germain. Ketika separuh kedua musim, beliau membuat 10 penampilan. Beliau tidak mengambil bahagian dalam perlawanan Lyon di Liga Juara-Juara Eropah kerana beliau sudah bermain dalam kejohanan itu bersama Dinamo Zagreb.

Pada November 2010, Lovren tersenarai dalam Don Balón, iaitu senarai 100 pemain muda terbaik di dunia.[8]

Pada 23 Januari 2012, pertahanan Croatia itu melanjutkan lagi kontraknya selama dua musim bersama Lyon dan beliau kekal bersama kelab Perancis itu sehingga 2016.

Southampton[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2013, Lovren menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Inggeris, Southampton dengan bayaran yang tidak didedahkan[9] tetapi dianggarkan sekitar £8.5 juta.[10] Beliau membuat debut untuk Southampton pada 17 Ogos 2013, menang 1-0 ke atas West Bromwich Albion.[11] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Southampton ketika menentang Liverpool pada 21 September 2013, gol yang dijaringkan oleh beliau ialah gol kemenangan buat Southampton.[12]

Beliau menjaringkan gol keduanya ketika seri 2-2 menentang Sunderland pada 18 Januari 2014[13] tetapi beliau dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan.[14] Pada 23 Januari, Lovren dilaporkan perlu dikeluarkan enam hingga lapan minggu akibat kecederaan pada buku lali.[15]

Dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris, Lovren dinamakan dalam senarai 50 pemain 'Bloomberg Sports', iaitu kedudukan pemain yang beraksi di lima liga teratas Eropah.[16] Beliau kedudukan kelima di Liga Perdana Inggeris daripada kedudukan ke-31.[17]

Pada 25 Julai 2014, akhbar Liverpool Echo melaporkan Southampton telah bersetuju bersama Liverpool untuk menjual Lovren.[18]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2014, Lovren menjadi pemain ketiga Southampton yang berpindah ke Liverpool Rickie Lambert and Adam Lallana. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab itu dengan bayaran £20 juta (RM85 juta).[19][20] Pada 10 Ogos, beliau membuat debut untuk Liverpool dalam satu perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund di Anfield dan beliau menjaringkan gol kedua Liverpool dan keputusannya Reds menang 4–0.[21] Beliau membuat debut liga pada 17 Ogos ketika perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang bekas kelabnya Southampton, Liverpool menang 2-1.[22]

Beliau menjaringkan gol pertama untuk Liverpool pada 28 Oktober ketika beliau menanduk masuk gol kemenangan dari sepakan percuma pada waktu kecederaan dalam saingan Piala Liga Inggeris menentang Swansea City, menang 2–1.[23]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Lovren menerima panggilan pertama untuk ke pasukan kebangsaan Croatia pada 2009 oleh pengurus Slaven Bilić untuk persiapan menentang Belarus pada 12 Ogos. Lovren telah memiliki 48 kaps untuk pasukan remaja Croatia dan menjaringkan empat gol.[24]

Pada 2 September 2011, Lovren menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Malta dalam kelayakan UEFA Euro 2012. Beliau termasuk dalam 23 pemain Croatia yang beraksi di UEFA Euro 2012. Tetapi beliau dikeluarkan dari skuad itu akibat mengalami kecederaan seminggu sebelum sepak mula kejohanan.[25]

Lovren menjaringkan gol keduanya untuk Croatia pada 26 Mac 2013 dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Wales.

Pada Mei 2014, Lovren termasuk dalam 30 pemain Croatia yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil oleh pengurus Niko Kovač.[26] Dalam perlawanan pembukaan pada 12 Jun menentang tuan rumah Brazil, Lovren dipersalahkan oleh pengadil Jepun, Yuichi Nishimura kerana menjatuhkan Fred pada minit ke-69 ketika keputusan seri 1–1. Penalti yang berkontroversi itu diambil oleh Neymar untuk memberikan kedudukan yang melegakan buat Brazil, keputusan perlawanan itu berkesudahan Brazil menang 3-1.[27][28]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
2 September 2011 Ta' Qali, Malta  Malta
3–1
3–1
Kelayakan UEFA Euro 2012
2
26 Mac 2013 Swansea, Wales  Wales
1–1
1-2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Disember 2014.
Penampilan kelab Liga Piala Piala liga Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Croatia Croatia Liga Piala Croatia Piala liga Eropah Lain
2005–06 Dinamo Zagreb Prva HNL 1 0 0 0 0 0 1 0
2006–07 Inter Zaprešić Druga HNL 21 0 21 0
2007–08 Prva HNL 29 1 29 1
2008–09 Dinamo Zagreb 22 1 8 1 8 1 38 3
2009–10 14 0 4 0 0 0 11 1 29 1
Perancis Perancis Liga Coupe de France Coupe de la Ligue Eropah Lain
2009–10 Lyon Ligue 1 8 0 1 0 1 0 0 0 10 0
2010–11 26 0 2 0 1 0 6 1 33 1
2011–12 18 1 3 0 2 0 8 0 31 1
2012–13 18 1 0 0 1 0 5 0 24 1
England England Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
2013–14 Southampton Liga Perdana Inggeris 31 2 0 0 1 1 32 3
2014–15 Liverpool Liga Perdana Inggeris 15 0 0 0 1 1 4 0 20 1
Jumlah kerjaya 204 6 18 1 7 2 42 3 269 12

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Dinamo Zagreb
Inter Zaprešić
Lyon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. p. 28. Dicapai pada 27 March 2014. 
  2. ^ "First Team Profiles". Liverpoolfc.co.uk. Dicapai pada 20 September 2014. 
  3. ^ "Lovren squad number confirmed". Liverpool Football Club. 28 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2014. Dicapai pada 28 July 2014. 
  4. ^ name="SFC profile">"Dejan Lovren". Player profile. Southampton FC. Dicapai pada 2 December 2013. 
  5. ^ name="Mail 2519005">Cunningham, Sam (5 December 2013). "Lovren is always in top gear for Saints...". Daily Mail. Dicapai pada 8 December 2013. 
  6. ^ Doyle, Paul (30 November 2013). "Dejan Lovren puts traumas behind him to enjoy Southampton high life". The Guardian. Dicapai pada 15 June 2014. 
  7. ^ "Reference Document 2008/09" (PDF). Olympique Lyonnais. www.actusnews.com. p. 101. Dicapai pada 15 June 2013. 
  8. ^ "Don Balon's list of the 100 best young players in the world". Don Balón. 2 November 2010. Dicapai pada 9 April 2013. 
  9. ^ "Saints Land Lovren". Southampton FC. 14 June 2013. Dicapai pada 14 June 2013. 
  10. ^ Simpson, Gordon (14 June 2013). "Saints make £8m swoop for defender". Southampton Echo. Dicapai pada 15 June 2013. 
  11. ^ "West Brom 0 – 1 Southampton". BBC Sport. 17 August 2013. Dicapai pada 19 August 2013. 
  12. ^ "Liverpool 0 - 1 Southampton". BBC Sport. 21 September 2013. Dicapai pada 21 September 2013. 
  13. ^ "Sunderland 2 – 2 Southampton". BBC Sport. 18 January 2014. Dicapai pada 20 January 2014. 
  14. ^ Slavin, Harry (19 January 2014). "Pochettino admits concern over Lovren and Ramirez injuries". Goal.com. Dicapai pada 20 January 2014. 
  15. ^ "Gaston Ramirez and Dejan Lovren out for up to eight weeks". BBC Sport. 23 January 2014. Dicapai pada 23 January 2014. 
  16. ^ "Saints trio in Bloomberg Power 50". Southampton FC. 22 May 2014. Dicapai pada 24 May 2014. 
  17. ^ "Power 50 List". Bloomberg Sports. Dicapai pada 24 May 2014. 
  18. ^ "Liverpool FC agree £20m deal for Lovren". The Liverpool Echo. 25 July 2014. Dicapai pada 26 July 2014. 
  19. ^ "Liverpool sign Dejan Lovren from Southampton". BBC Sport. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014. 
  20. ^ "Dejan Lovren seals Liverpool transfer". Liverpool Football Club. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014. 
  21. ^ "Liverpool 4-0 Borussia Dortmund". BBC Sport. 10 August 2014. Dicapai pada 10 August 2014. 
  22. ^ "Liverpool 2 – 1 Southampton". BBC Sport. 17 August 2014. Dicapai pada 17 August 2014. 
  23. ^ "Liverpool 2 – 1 Swansea". BBC Sport. 28 October 2014. Dicapai pada 29 October 2014. 
  24. ^ List of national team appearances at official website of Croatian Football Federation
  25. ^ "Croatia Euro 2012 squad sees Lovren and Kalinic miss out". Daily Mail. 29 May 2012. Dicapai pada 2013-11-11. 
  26. ^ "Provisional Croatia call for Lovren". Southampton FC. 14 May 2014. Dicapai pada 24 May 2014. 
  27. ^ "Brazil 3-1 Croatia". BBC Sport. 12 June 2014. Dicapai pada 12 June 2014. 
  28. ^ "World Cup 2014: Brazil v Croatia referee scandalous - Dejan Lovren". BBC Sport. 13 June 2014. Dicapai pada 13 June 2014.