Del Harris (pemain skuasy)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Del Harris (lahir 13 Julai 1969) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari England.

Harris memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia pada tahun 1988, dan beliau kemudian menjadi salah seorang pemain skuasy lelaki terkemuka pada tahun 90-an.

Pada 1995, Harris berjaya ke perlawanan akhir Terbuka Dunia, tetapi dia tewas kepada pemain legenda dari Pakistan, Jansher Khan 15-10, 17-14, 16-17, 15-8. Pada tahun itu juga Harris memenangi acara terakhir Siri Super PSA apabila dia menewaskan Brett Martin dari Australia dalam perlawanan akhir 10-8, 7-9, 9-4, 6-9, 9-2.