Delima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Delima
Buah delima
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. granatum
Nama binomial
Punica granatum
Sinonim[3]
  • Granatum punicum St.-Lag.
  • Punica florida Salisb.
  • Punica grandiflora hort. ex Steud.
  • Punica nana L.
  • Punica spinosa Lam.[2]
  • Rhoea punica St.-Lag.

Delima (Jawi: دليما , nama botani: Punica granatum)[4] merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil dalam keluarga Lythraceae. Ia berdaun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Tumbuhan ini berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika.[5] Pokok delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769; pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.[6]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan "delima" menyerap daripada kata Sanskrit: दालिम dālima atau दाडिम dāḍima.[7]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok delima renek, ia tumbuh setinggi 5–10 m. Daun-daun pokok disusun seling berhadapan dan para-hadapan. Helai daunnya kecil dan ringkas oblong sempit, panjangnya 3–7 sm dan lebarnya 2 sm. Ia mempunyai permukaan yang berkilat atau bersinar.[4] Sisi helai daun pula jenis menyeluruh.

Bunga pokok delima tumbuh dalam gugusan 5 hingga 7 kuntum di hujung ranting pokok.[4][5] Setiap kuntum bunga terdapat 4 hingga 5 kelopak berwarna merah cerah atau kuning dengan diameter 3–5 sm. Terdapat beberapa baka pokok delima yang ditanam hanya untuk menumbuhkan bunganya sahaja yang berwarna bunga merah cerah dan banyak kelopak seperti bunga kekwa.

Buah[sunting | sunting sumber]

Foto menunjukkan bahagian dalam buah delima

Buah delima lebarnya 5–12.5 sm, besarnya antara buah lemon dan limau gedang. Ia mempunyai kulit tebal dan keras berwarna dari kuning, jingga, merah jambu hingga ke merah pekat; buah yang ranum berwarna merah.[5] Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya mula berbuah dari bulan September sehingga Februari,[8] manakala pokok-pokok yang ditanam di Hemisfera Selatan mula berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.

Isi buah dibahagikan dinding membran padat dengan banyak butir yang berbentuk heksagon, berkilat dan lutsinar dengan rasa yang manis. Jumlah butiran isi buah adalah antara 200 hingga 1400 biji, setiap satu buah mempunyai bilangan biji yang berbeza dan tidak serupa.[9] Butir-butir ini merupakan 52% berat keseluruhan buah delima.[5] Setiap satu butir dikelilingi isi selaput berjus berwarna merah dan lutsinar. Benih dalamnya juga rangup, seperti span putih dengan membran pedar.[10]

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial di Amerika Utara dan Hemisfera Barat.[5][6]

Kultivar[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada 500 kultivar pokok delima telah dinamakan, tetapi buah sedemikian terbukti memiliki banyak nama yang berlainan bagi genotaip yang sama, dinamakan merentasi pelbagai daerah di seluruh dunia.[11] Iran memiliki kepelbagaian genetik terbanyak bagi pokok delima dan lebih 760 genotaip Iran telah dikumpulkan dalam pengumpulan buah delima kebangsaan Iran di Yazd, Iran.

Beberapa ciri-ciri antara genotaip delima berbeza bagi mengenal pasti kecenderungan pembeli, kecenderungan kegunaan, dan penjualan, dan yang terpenting adalah saiz buah, warna kulit luar ("exocarp") (antara kuning kepada ungu, dengan kebiasannya merah jambu dan merah), warna isi selaput (antara putih kepada merah), kekerasan biji benih, kematangan, kandungan cecair dan keasidannya, kemanisan, dan kepedaran.[11]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Buah delima telah banyak diperihalkan dalam penulisan penting sepanjang zaman ketamadunan manusia baik dalam teks sastera seperti gita-gita Homeros mahupun dalam kitab-kitab keagamaan antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama dan Surah Ar-Rahman dalam Al-Quran.[12][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peserta-peserta bengkel Senarai Merah pokok kawasan Asia Tengah FFI/IUCN SSC, Bishkek, Kyrgyzstan (11-13 Julai 2006) (2020). "Punica granatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T63531A173543609. Dicapai pada 16 November 2020.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Punica granatum L., The Plant List, Version 1". Royal Botanic Gardens, Kew and Missouri Botanical Garden. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2013. Dicapai pada 26 Jun 2015.
  3. ^ "Punica granatum L." World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  4. ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 17, 44–45. ISBN 9789676118929.
  5. ^ a b c d e Morton, Julia F. (1987). Fruits of warm climates. Miami, FL.: Purdue University Center for New Crops and Plant Products. m/s. 352–355. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  6. ^ a b "Pomegranate". California Rare Fruit Growers. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2012. Dicapai pada 22 Mac 2014.
  7. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 386. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 57–58.
  8. ^ LaRue, James H. (1980). "Growing Pomegranates in California". California Agriculture and Natural Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2008. Dicapai pada 25 Oktober 2007.
  9. ^ "Does a larger pomegranate yield more seeds?". AquaPhoenix ‎.
  10. ^ "Punica granatum". Floridata. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  11. ^ a b Stover, E.; Mercure, E. W. (Ogos 2007). "The pomegranate: a new look at the fruit of paradise". HortScience. 42 (5): 1088–92.
  12. ^ Exodus 28:33–35Template:Bibleverse with invalid book
  13. ^ "Al-Rahman ayat 68". Quran.com. Dicapai pada 23 Februari 2022.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi