Delimukan Wetar
Delimukan Wetar | |
---|---|
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Columbiformes |
Keluarga: | Columbidae |
Genus: | Pampusana |
Spesies: | P. hoedtii
|
Nama binomial | |
Pampusana hoedtii (Schlegel, 1871)
| |
Sinonim | |
|
Delimukan Wetar (Pampusana hoedtii) ialah spesies burung dalam keluarga Columbidae[2] yang dijumpai di Wetar, Indonesia, dan di Timor. Habitat alaminya ialah hutan tengkujuh dan hutan serambi, dan mungkin juga hutan jarang dan rumpun buluh. Terganggu disebabkan kehilangan habitat dan pemburuan, spesies ini dianggap terancam oleh IUCN.
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Spesies ini dijumpai di Wetar dan Timor.[3] Kurang daripada 20 ekor burung dikutip di Pulau Wetar sekitar 1900, dan terdapat banyak rekod pada 2008 dan 2009. Di Timor Timur, empat atau lima ekor burung direkod berada berdekatan sempadan Indonesia pada 2005. Terdapat juga rekod daripada hanya tiga penempatan di Timor Barat.[1] Ia dijumpai di ketinggian mencapai 950 m (3,120 ka). Habitatnya ialah hutan tengkujuh dan hutan serambi, dan mungkin juga hutan jarang dan rumpun buluh.[1]
Kelakuan
[sunting | sunting sumber]Delimukan Wetar diperhatikan memakan buah Ficus di tanah. Ia membiak pada musim kering dengan bersarang di sudur.[1] Ia direkodkan memanggil dari atas sudur, mengeluarkan panggilan whu-wup yang merdu, terkadang dengan du du-wup sebelumnya atau trrr pula selepas itu.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d BirdLife International (2016). "Alopecoenas hoedtii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22691076A93302373. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22691076A93302373.en.
- ^ Gill, F.; Donsker, D. (penyunting). "Pigeons". IOC World Bird List Version 7.1. Dicapai pada 26 Mac 2017.
- ^ Gibbs, David; Barnes, Eustace; Cox, John (2010). Pigeons and Doves: A Guide to the Pigeons and Doves of the World. A&C Black. m/s. 416–417. ISBN 9781408135563.
- ^ Lambert, Frank R.; Trainor, Colin R.; Xavier, Almeida F. (2006). "Observations of Wetar Ground Dove Gallicolumba hoedtii from Timor-Leste (East Timor)" (PDF). Forktail (22): 165–170.