Pergi ke kandungan

Delimukan dewata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Delimukan dewata
Delimukan dewata tengkuk putih
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Genus: Otidiphaps
Gould, 1870
Spesies:
O. nobilis
Nama binomial
Otidiphaps nobilis
Gould, 1870

Delimukan dewata (Otidiphaps nobilis) ialah spesies merpati daratan yang besar. Ia satu-satunya spesies daripada genus monotip Otidiphaps. Delimukan dewata banyak dijumpai di hutan hujan di New Guinea dan pulau-pulau terdekat. Ia banyak tersebar di kawasan perbukitan dan pergunungan rendah, tetapi turut dijumpai di tanah rendah.

Taksonomi dan sistematik

[sunting | sunting sumber]

Nama genus ini merujuk kepada persamaannya dengan keluarga burung jaguh (Otidae). Nama umumnya pula mencerminkan penyesuaiannya untuk hidup di lantai hutan menyerupai pegar dari Asia Tenggara.

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Secara umum, terdapat empat subspesies teraku yang berbeza, terutamanya berdasarkan kehadiran atau ketiadaan jambul kecil dan warna tengkuknya:[2]

  • Delimukan dewata tengkuk putih (O. n. aruensis) – Rothschild, 1928: dijumpai di Kepulauan Aru, terjejas[3]
  • Delimukan dewata tengkuk hijau (O. n. nobilis) – Gould, 1870: dijumpai di Kepulauan Batanta, Waigeo dan barat New Guinea, kurang membimbangkan.[1]
  • Delimukan dewata tengkuk kelabu (O. n. cervicalis) – Ramsay, EP, 1880: dijumpai di barat dan tenggara New Guinea, kurang membimbangkan.[4]
  • Delimukan dewata tengkuk hitam (O. n. insularis) – Salvin & Godman, 1883: dijumpai di Pulau Fergusson, terancam genting.[5]

Namun, sesetengah penulis menganggap keempat-empat subspesies tersebut sebagai empat spesies berlainan, iaitu skema pengelasan yang diikuti oleh IUCN.[6][1]

  1. ^ a b c BirdLife International. (2024). "Otidiphaps nobilis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2024: e.T22725247A264152085. Dicapai pada 1 November 2024.
  2. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2018). "Pigeons". World Bird List Version 8.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 4 Februari 2018.
  3. ^ BirdLife International (2016). "Otidiphaps aruensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22728031A94968761. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22728031A94968761.en. Dicapai pada 18 November 2021.
  4. ^ BirdLife International. (2024). "Otidiphaps cervicalis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2024: e.T22725258A264163903. Dicapai pada 1 November 2024.
  5. ^ BirdLife International (2021). "Otidiphaps insularis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T22726273A216252040. Dicapai pada 21 November 2022.
  6. ^ Comparison of IOC 8.1 with other world lists, by IOC World Bird List: http://www.worldbirdnames.org/ioc-lists/master-list-2/ Diarkibkan 2016-10-02 di Wayback Machine
  • del Hoyo, Elliott and Sargatal (eds.). Handbook of the Birds of the World, Vol 4. ISBN 84-87334-22-9,