Dem Lepak Boyz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dem Lepak Boyz
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2012–kini
Syarikat rakaman
Chaoss Entertainment
Rocketfuel Entertainment
Ahli
  • Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah (Zaidy)
  • Meor Ahmad Mukhris Mohd Sabri (Hazel)

Dem Lepak Boyz (disingkat sebagai DLB) ialah sebuah kumpulan muzik tarian Malaysia. Mereka mula dikenali selepas dinobatkan sebagai juara Showdown 2012 yang disiarkan di 8TV.[1] Bermula sebagai kumpulan tarian, mereka berkembang menjadi kumpulan muzik dengan menyertai All Together Now Malaysia musim pertama dan melancarkan single pertama mereka, "Abang Datang".[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dem Lepak Boyz memulakan kerjaya seni mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam pertandingan tarian urban berkumpulan, Showdown 2012 dan dinobatkan sebagai juara. Pada ketika itu, kumpulan ini dianggotai oleh senior mereka dalam bidang tarian.[3][4]

Pada tahun 2021, Zaidy dan Hazel menyambung legasi senior mereka dalam Dem Lepak Boyz dan mengembangkan portfolio kerjaya seni mereka dengan menceburi bidang muzik apabila mereka dipilih sebagai peserta All Together Now Malaysia musim pertama yang disiarkan di Astro Ria.[5] Mereka dinobatkan sebagai naib juara.[6]

Kemudian, mereka menandatangi kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan muncul bersama single pertama mereka, "Abang Datang" hasil nukilan Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves. Dikeluarkan pada 30 Mac 2022, ia menceritakan mengenai individu yang sering dipandang rendah atau remeh oleh masyarakat.[7] Single kedua kumpulan ini, "Jerat" dikeluarkan pada 25 November.[8]

Pada tahun 2023, mereka menjadi peserta untuk pertandingan TV realiti, Big Stage musim kelima.[9]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Abang Datang" 2022
"Jerat"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012 Showdown 2012 Diri mereka sendiri/Peserta 8TV
2021 All Together Now Malaysia Astro Ria
2023 Big Stage 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dem Lepak Boyz luar biasa!". Harian Metro. 6 Julai 2012. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  2. ^ Budiey (6 April 2022). "Langkah Pertama Dem Lepak Boyz Dengan Pelancaran ABANG DATANG". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  3. ^ "Showdown 2012: Dem Lepak Boyz Bawa Pulang RM50,000 & Bakal Ke Jerman". Oh Bulan!. 5 Julai 2012. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  4. ^ "Dem Lepak Boyz Juara Showdown 2012 & Bawa Pulang RM50,000". Rotikaya. 5 Julai 2012. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  5. ^ Asraf Adied (26 Oktober 2021). "ATNMY: Rupa-Rupanya Dem Lepak Boyz Tak Rancang Gerak Secara Duo Pada Mulanya..." Astro Gempak. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  6. ^ Siti Athirah Dzulkifly (3 Disember 2022). "Dem Lepak Boyz cari formula untuk kekal relevan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Mei 2023.
  7. ^ Zaara Talita (20 April 2022). "Abang Datang sandaran DLB". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2022.
  8. ^ Norhayati Nordin (2 Disember 2022). "Taruhan kedua DLB". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2023.
  9. ^ Rubini Nagarajah (12 April 2023). "Big Stage 2023 Dibarisi 14 Penyanyi Solo Dan Juga Berkumpulan Termasuk 'Dem Lepak Boyz'". Getaran. Dicapai pada 2 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]