Demam Rift Valley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Demam Rift Valley
Pengelasan dan sumber luaran
Mikrograf TEM yang memaparkan keadaan tisu tubuh yang dijangkiti virus Demam Rift Valley
ICD-10 A92.4
ICD-9 066.3
MeSH D012295
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan
Virus Demam Rift Valley
Pengelasan virus
Kumpulan: Group V ((-)ssRNA)
Famili: Bunyaviridae
Genus: Phlebovirus
Spesies: Virus Demam Rift Valley

Demam Rift Valley (RVF) adalah sejenis demam yang berlaku akibat serangan virus zoonosis ke atas haiwan ternakan, jangkitan daripada virus ini pula akhirnya mampu menyerang manusia dengan menunjukkan simpton awal jangkitan iaitu demam. Simptom yang teruk mungkin termasuk: hilang keupayaan melihat bermula daripada tiga minggu selepas jangkitan, jangkitan pada otak yang menyebabkan sakit kepala yang teruk dan kekeliruan, dan pendarahan bersama dengan masalah hati yang mungkin berlaku dalam beberapa hari pertama. Pesakit yang mengalami pendarahan menghadapi risiko kematian setinggi 50%. [1]

Punca[sunting | sunting sumber]

Cara jangkitan dikenal pasti akibat daripada gigitan vektor seperti nyamuk, biasanya daripada spesies Aedes atau Culex. Penyakit ini terjadi akibat serangan RVF virus, yang tergolong dalam genus Phlebovirus (famili Bunyaviridae). Penyakit ini tersebar sama ada dengan menyentuh darah haiwan yang dijangkiti, menyedut udara di sekitar haiwan yang dijangkiti disembelih, minum susu yang tidak dimasak daripada haiwan yang dijangkiti, atau daripada gigitan nyamuk yang dijangkiti. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing, dan unta boleh dijangkiti. Jangkitan dalam kalangan haiwan ini biasanya disebarkan oleh nyamuk. Namun begitu, penyakit ini nampaknya tidak boleh berjangkit daripada satu individu kepada individu yang lain. Diagnosis dilakukan dengan mencari antibodi yang melawan virus atau virus itu sendiri dalam darah.[1]

Pencegahan dan Rawatan[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini dicegah dalam kalangan manusia dengan memvaksinkan haiwan terhadap penyakit ini. Ini mesti dilakukan sebelum penyakit ini merebak kerana pemvaksinan semasa penyakit ini merebak boleh memburukkan lagi keadaan. Menghentikan pergerakan haiwan semasa wabak juga boleh membantu. Begitu juga dengan mengurangkan populasi nyamuk dan mengelak gigitannya. Terdapat vaksin untuk manusia; akan tetapi, ia tidak boleh didapati secara meluas sejak tahun 2010. Selepas dijangkiti, penyakit ini tiada rawatan yang khusus.[1]

Epidemiologi dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini mula-mula dilaporkan dalam kalangan haiwan di Rift Valley Kenya pada awal tahun 1900-an,[2] dan virus pertama diasingkan pada tahun 1931.[1] Sejak dari itu, wabak RVF telah melangkaui sempadan sub-Sahara Afrika, dengan wabak yang terjadi tidak secara berterusan (tetapi kadangkala dilihat sangat membahayakan seperti yang berlaku di Mesir pada tahun 1977-78, jutaan orang telah direkodkan dijangkiti virus ini dan ribuan nyawa terkorban akibat jangkitan teruk. Di Kenya pada tahun 1998, serangan virus telah meragut hampir 400 nyawa. Pada September 2000, wabak ini buat pertama kalinya dilaporkan menular sehingga ke benua Asia bermula dari wilayah Timur Tengah iaitu di Arab Saudi dan Yemen).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "Rift Valley fever". Fact sheet N°207. World Health Organization. May 2010. Diperoleh pada 21 March 2014. 
  2. Palmer, S. R. (2011). Oxford textbook of zoonoses : biology, clinical practice, and public health control (edisi ke-2nd). Oxford u.a.: Oxford Univ. Press. p. 423. ISBN 9780198570028. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Zoonotic viral diseases