Demi Cinta Ain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Demi Cinta Ain
DemiCintaAin.jpg
GenreDrama, cinta, konflik, melodrama
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Risteena Munim
Aiman Hakim Ridza
Nazrief Nazri
Nazeera Sardi
Zahirah MacWilson
Zizan Nin
Jasmin Hamid
Lagu pembukaan"Dikoyak Waktu" oleh Ronnie Hussein
Lagu penutup"Dikoyak Waktu" oleh Ronnie Hussein
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Adam Ariez
  • Wan Zara Rania
  • Wan Lara Amani
PenerbitWan Zamri Wan Ab Kadir
PenyuntingSaufi Dollah
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambarHDTV (1080i 16:9)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal18 April 2016 – 18 Mei 2016

Demi Cinta Ain ialah sebuah siri televisyen melodrama Malaysia 2016 arahan Raja Ahmad Alauddin, dibintangi oleh Risteena Munim, Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson, Nazrief Nazri dan Nazeera Sardi.[1] Siri ini disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 bermula 18 April 2016 dan berakhir pada 18 Mei 2016, menggantikan Cinta Hati Abah.[2]

Ini merupakan drama TV pertama lakonan bersama Aiman Hakim dan Zahirah sebelum kembali bekerjasama menerusi Curi-Curi Cinta, tiga tahun kemudian.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan perkahwinan Alif (Aiman Hakim) dengan Sakinah (Nazeera Sardi) diuji apabila Sakinah disahkan menghidap kanser. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hakim (Fazli Daniel Ali) dan Hanis (Qistina Raisah). Alif semakin tertekan apabila perlu menanggung kos pembiayaan perubatan Sakinah yang tinggi sehinggakan mereka terpaksa menumpang di rumah ibu tiri Sakinah, iaitu Suraya (Jasmin Hamid) yang menjalankan perniagaan restoran terapung. Suraya tidak suka dengan kehadiran Alif sekeluarga menumpang di rumahnya dan seringkali melepaskan kemarahannya pada Hakim dan Hanis apabila dia merasa terbeban kerana perlu menanggung perbelanjaan harian mereka.

Dalam masa yang sama pula, Ain Maisara (Risteena) adik Sakinah kurang senang dengan Alif. Sikap panas baran Aliff yang dilihat sering sahaja memarahi Sakinah walaupun Sakinah dalam keadaan lemah membuatkan Ain bertambah benci kepada Alif. Ain juga berasa tertekan apabila dia dipaksa oleh Suraya untuk bekerja di restorannya sebagai daya penarik supaya lebih ramai pelanggan datang ke restoran mereka.

Dalam kebuntuan memikirkan kesempitan hidup, ketika minum di sebuah warung, Alif terpandang seorang pelanggan wanita tertinggal beg tangannya. Alif hilang pertimbangan, dia mengambil beg tangan tersebut dengan menyembunyikan di sebalik jaket yang dipakainya. Pada mulanya Alif serba salah untuk mengambil duit di dalam beg tangan tersebut tetapi mengenangkan ungkitan Suraya yang sering merungut kerana terpaksa menanggung Alif sekeluarga, akhirnya Alif mengambilnya. Perbuatan Alif itu akhirnya membawa padah apabila dia tertangkap dan dipenjarakan.

Tanpa Suraya dan Ain sedar, Alif sebenarnya telah banyak berkorban demi menjaga dan membiayai kos rawatan Sakinah. Alif telah menjual lorinya kepada Ashraf (Zizan Nin) untuk mendapatkan duit, kemudian terpaksa pula bekerja dengan Ashraf untuk meneruskan hidupnya. Semua kesusahan itu dirahsiakan oleh Alif, cuma Mawar (Zahirah Macwilson) rakan baik Sakinah yang tahu semua pengorbanan Alif. Apabila mengetahui kebenaran itu, terdetik perasan cinta di hati Ain terhadap Alif namun terhalang oleh perancangan Suraya yang mahukan Ain berkahwin dengan Ashraf yang kaya itu. Ain juga buntu memikirkan akan perihal Adam (Nazrief Nazri) yang turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Risteena Munim sebagai Ain
Aiman Hakim Ridza sebagai Alif

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Fazli Daniel sebagai Hakim
  • Nur Qistina Raisah sebagai Hanis
  • Hafiz Bahari sebagai Shah
  • Ridzywan Rizal Ramli sebagai Mansor
  • Ayuna Yusof sebagai Zainon
  • Razali sebagai Pak Mail
  • Azhar Amir Sebagai Yusof
  • Fetty Dzul sebagai Ramlah
  • Awie Sobry sebagai Kamal
  • Abu Kenyantz sebagai Rahman
  • Maarup Mustafa sebagai Joe
  • Wahyudy Mohd Nordin sebagai Zaid
  • Rose Aida sebagai Bomoh Misah

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Dikoyak Waktu"  Ronnie Hussein 3:34

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Demi Cinta Ain (TV3) My Infotaip (19 April 2016). Dicapai pada 19 April 2016.
  2. ^ Budiey (26 April 2016). Apa yang menariknya drama bersiri Demi Cinta Ain Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 April 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 Malam
Sebelumnya Demi Cinta Ain Berikutnya
Cinta Hati Abah Lambaian Ramadan