Demo bantah tol Batu Tiga dan Sungai Rasau 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Demonstrasi bantah tol Batu Tiga dan Sungai Rasau 2012 telah diadakan pada 13 Mei 2012 di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Shah Alam, Selangor. Kira-kira 1000 pengguna lebuh raya itu hadir dan turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid bin Abdul Samad , Adun Pandamaran Ronnie Liu Tian Khiew , Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam .Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor .

Tol ini merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir 30 tahun operasi, sejak 1992. Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka. Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuh raya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 1950 bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

Mereka mendesak agar kerajaan hapustakn tol tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau. Tol sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 Tol Batu Tiga telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang.[1]

Tak bayar tol[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 30 kereta tidak bayar tol apabila seorang lelaki mengangkat palang tol di salah satu lorong di plaza berkenaan selama lima minit. Namun ADUN Taman Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam mengarahkan agar palang itu diturunkan . Xavier berunding dengan pihak konsesi PLUS untuk membayar ganti rugi berkenaan/ CCTV yang dipasang oleh PLUS menunjukkan sekitar 30 buah kereta melalui lorong tersebut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Antara perkara utama adalah kaji hapus tol". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-16. Dicapai pada 2012-05-13.
  2. ^ 5 minit tol percuma di Batu Tiga