Demografi Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Populasi penduduk Daerah Lahad Datu pada peringkat awal sukar diketahui kerana tidak ada bancian awal yang dilakukan. Bagi penduduk Sabah bancian penduduk pertama kali dilakukan oleh NBCC[Penjelasan diperlukan] pada tahun 1891 iaitu lebih kurang 67 000 orang. Seterusnya, bancian telah dilakukan pada tahun 1901 dan 1911 iaitu 104,157 dan 214,279 masing-masing. Namun, bancian ketiga-tiga tahun ini tidak lengkap kerana ketika itu, NBCC belum menerokai kawasan pedalaman.[perlu rujukan]

Bancian bagi penduduk Lahad Datu selepas merdeka telah dilakukan pada tahun 1965, namun bancian yang dilakukan ini meliputi keseluruhan Residensi Tawau termasuk Lahad Datu, Kunak, Semporna dan daerah Tawau. Bancian ini tidak dapat digunakan untuk membandingkan bilangan penduduk Lahad Datu dari semasa ke semasa. Bancian penduduk Sabah dilakukan 10 tahun sekali. Penduduk di Lahad Datu telah mengalami peningkatan yang mendadak iaitu 29 135 orang pada tahun 1970 kepada 51 772 orang pada tahun 1980. Seterusnya sepuluh tahun kemudian, penduduk Lahad Datu meningkat lagi iaitu kepada 118 272. Peningkatan ini dicatatkan kira-kira 50% daripada tahun 1980.[perlu rujukan]

Kaum dan etnik[sunting | sunting sumber]

Lahad Datu terletak di sebelah Pantai Timur Sabah. Antara suku kaum yang terdapat di Lahad Datu ialah etnik Idahan, Bajau, Subpan, Begahak, Suluk, Iranun, Melayu Cocos, Jawa, Tidong, Banjar, Butun, Timor dan juga Cina terutamanya di kawasan bandar.

Etnik Idahan[sunting | sunting sumber]

Sub Etnik: Idahan dan Segamo
Bahasa: Bahasa Ida'an (Uni Ida'an)
Kepercayaan: Agama Islam
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Makanan: Alau (Durian Merah), Pahit Pelom, Sambal Lengkuas dan Payau Masak Kicap
Permainan:
Alat muzik: Kulingtangan dan Gong
Pakaian:
Tarian: Gabiluk dan Runsai
Perkampungan: Kg.Sapagaya, Kg.Tabanak, Kg.Segama Lama, Kg.Sapadulang, Kg.Bikang, Kg.Binuang, Kg.Muhibbah, Kg.Segangang, Kg.Diwata

Suku kaum Idahan atau Ida'an merupakan salah satu kaum Pribumi tertua di Daerah Lahad Datu, namun kaum ini jika dilakukan bancian akan dimasukkan dalam kategori “bumiputera lain-lain”. Suku kaum ini terkenal dengan aktiviti sarang burung mereka di Gua Madai. Pada tahun 1970, sebanyak 1643 orang Idahan terdapat di Lahad Datu. Suku Kaum ini boleh ditemui di Lahad Datu di Kg. Ramong dan Kg. Segangan sebanyak kira-kira 498 orang. Masyarakat Idahan juga boleh ditemui di Rancangan Silabukan Peringkat 1, 2 dan 3 namun mereka ini telah berasimilasi dengan penduduk lain. Selain itu jumlah suku kaum Idahan yang menetap di satu-satu tempat iaitu Kg. Sapagaya ialah kira-kira 2500 orang.

Etnik Suluk[sunting | sunting sumber]

Sub Etnik: Luuk, Parang
Bahasa: Bahasa Sug
Kepercayaan: Agama Islam
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Makanan: Putuh, Sianglak, Sagol, Tiulak Itum, Ikan Bakar dan Kerabu Mangga Muda
Permainan:
Alat muzik: Kulingtangan dan Biola
Pakaian: Sablay
Tarian: Daling-Daling
Perkampungan: Kg.Tambisan, Kg.Lamak Silam, Kg.Ipil, Kg.Sarip, Kg.Tanjong Paras dan Kg.Air

Etnik Bajau[sunting | sunting sumber]

Pakaian:
Suku kaum: Tabawan, Simunul, Sibutu Pala'u
Makanan: Putuh, Sagol, Kuih Panyaram, Latok
Permainan:
Tarian: Igal-Igal dan Pakiring
Alat muzik: Kulingtangan
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Kepercayaan: Agama Islam
Bahasa: Bahasa Bajau
Perkampungan: Kg.Air, Kg.Desa Bajau, Kg.Puyut, Kg.Bakau, Kg.Tanjung Labian, Kg.Tanjung Batu, Kg.Sungai Nyamuk, Kg.Telisai, Kg.Telibas, Kg.Membatu, Kg.Bangingod, Kg.Look Buani

Masyarakat Bajau boleh dibahagikan kepada dua di Sabah iaitu Bajau pantai Barat dan Bajau pantai Timur. Bajau di pantai Barat merupakan suku kaum yang menunggang kuda dan hidup di kawasan pedalaman. Manakala kaum Bajau pantai timur pula golongan yang hidup di kawasan laut. Kaum Bajau salah satu suku kaum yang terbesar di Lahad Datu yang berasal daripada Mindanao dan Basilan. Mereka juga dikenali sebagai ‘Sea gypsies’ kerana mereka mengembara di Laut. Kebanyakan mereka ini juga dikenali dengan nama ‘Samah’ kerana kebanyakan kawasan penempatan mereka terletak di sekitar pantai.

Bajau Pantai Timur kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan, pemungut trepang dan mengumpul mutiara. Penempatan mereka termasuk di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna. Aktiviti mereka lebih kepada menangkap ikan, membina bot, dan perahu. Mengikut bancian tahun 1921, jumlah penduduk Bajau di Sabah ialah 44,728 dan majoritinya tertumpu di Lahad Datu. Pada tahun 1965, bancian yang dilakukan menunjukkan sebanyak 17 064 orang Bajau terdapat di Residen Tawau. Manakala pada tahun 1970, bilangan orang Bajau yang terdapat di Lahad Datu ialah 2807 orang. Mengikut bancian penduduk Lahad Datu berdasarkan Linguistik pada tahun 1982, kebanyakan penduduk Bajau ini boleh didapati di Tanjung Membatu dan Sungai Nyamuk (kira-kira 600 orang), Tanjung Labian (kira-kira 350 orang), Lok Buani (250 orang), Bengingod (kira-kira 499 orang), Dengan (kira-kira 353 orang), Telibas (kira-kira 422 orang), Makuau (kira-kira 100 orang), Mangkarat (kira-kira 30 orang), Tg. Membatu (30 orang), Bakapit (400 orang), Telisa i (kira-kira 600 orang) dan di Tg. Paras, Pulau Sakal, Pulau Tiga, Pilau Luok dan Teruakan iaitu kira-kira 800 orang penutur bahasa Bajau.

Etnik Iranun[sunting | sunting sumber]

Sub Etnik:
Bahasa: Bahasa Iranun atau Illanun
Kepercayaan: Agama Islam
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Makanan: Sagol
Permainan:
Alat muzik: Kulingtangan
Pakaian:
Tarian:
Perkampungan: Kg.Makuau, Kg.Merabong

Etnik Bagahak[sunting | sunting sumber]

Pakaian:
Suku kaum:
Makanan:
Permainan:
Tarian:
Gabiluk Alat muzik: Kulingtangan
Perayaan: Krismas, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Kepercayaan: Agama Kristian dan Islam
Bahasa: Bahasa Begak
Perkampungan: Kg.Nala,

Etnik Subpan[sunting | sunting sumber]

Pakaian:
Suku kaum:
Makanan:
Permainan:
Tarian:
Alat muzik: Kulingtangan
Perayaan: Krismas dan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Kepercayaan: Agama Kristian dan Islam
Bahasa: Bahasa Subpan
Perkampungan: Kg.Bukit Belacon, Kg Tawayary, Kg.Upak Mesuli

Etnik Dusun Bagahak dan Subpan[sunting | sunting sumber]

Kaum Dusun Bagahak dan Subpan iaitu merupakan penduduk pribumi yang terdapat di Sabah. Pada tahun 1965, terdapat sebanyak 2,126 orang Dusun di Residen Tawau. Pada tahun 1970, sebanyak 2,900 orang Dusun di Lahad Datu. Di Lahad Datu, suku kaum Dusun ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Dusun Subpan dan Dusun Bagahak (Tungku). Suku kaum Dusun Bagahak boleh ditemui di Ulu Tungku (kira-kira 1,200 orang) yang merupakan penduduk pribumi Tungku dan juga di Kampung di Manar (kira-kira 90 orang). Manakala suku kaum Dusun Subpan boleh ditemui di Ulu Segama dan Bukit Belacon iaitu 200 orang dan 600 orang masing-masing. Jika mengikut bancian penutur suku kaum Dusun di Lahad Datu keseluruhannya ialah kira-kira 2,090 orang pada tahun 1982.

Kebanyakan orang Bagahak di Tungku masih belum beragama (pagan) dan mereka masih mengamalkan kepercayaan dewa-dewa atau doto menurut bahasa mereka. Namun dengan kemasukan agama Islam yang dibawa oleh orang-orang Sulu dari Filipina dan kemasukan mubaligh Kristian, sebilangan masyarakat di sini sudah beragama Kristian dan Islam.

Etnik Melayu Cocos[sunting | sunting sumber]

Pakaian:
Suku kaum:
Makanan: Nasi Kuning, Serunding
Permainan:
Tarian:
Alat muzik:
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Kepercayaan: Agama Islam
Bahasa: Bahasa Melayu
Perkampungan: Kg.Cocos Batu 6 Segama

Etnik Jawa[sunting | sunting sumber]

Pakaian:
Suku kaum:
Makanan: Sambal Tempe
Permainan:
Tarian:
Alat muzik:
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Kepercayaan: Agama Islam
Bahasa: Bahasa Jawa
Perkampungan: Kg.Jawa

Etnik Bugis[sunting | sunting sumber]

Pakaian:
Suku kaum: Bone, Endrekang, Pindrang, Wojo,
Makanan: Berasak, Sanggar Pappek
Permainan:
Tarian:
Alat muzik:
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
Kepercayaan: Agama Islam
Bahasa: Bahasa Bugis
Perkampungan: Kg.Bugis, Kg.Durian, Kg.Batu 13

Rujukan[sunting | sunting sumber]