Demografi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia.

Komposisi etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. 67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 11% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, Baba dan Nyonya (Peranakan), dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur.

Kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan lain-lain. Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 7.3% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Sikh, Telugu dan lain-lain. Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.7 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.[1]

Carta pie menunjukan peratus kaum di Malaysia

Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

Komposisi agama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Agama di Malaysia
Agama di Malaysia
Agama Peratus
Islam
  
61.3%
Buddha
  
19.8%
Kristian
  
9.2%
Hinduisme
  
6.3%
Lain-lain Agama
  
1.7%
Tiada Agama/Agama tidak diketahui
  
1.7%

Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 61.3%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%), Hindu (6.3%), Lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak 1.7%. Lain-lain agama termasuklah Agama rakyat Cina, agama Sikh, agama Yahudi, dan lain-lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010-updated-2972011&catid=130%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010&lang=bm

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]