Demokrasi Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Demokrasi Islam adalah ideologi politik yang berusaha menerapkan prinsip-prinsip Islam ke dalam polisi rakyat dalam kerangka demokrasi. Teori politik Islam menyebutkan tiga ciri dasar demokrasi Islam: pemimpin mesti dipilih rakyat, tunduk kepada undang-undang syariah, serta berkomitmen mengamalkan "syura", sebuah bentuk badan penasihatan khusus yang dilakukan oleh Nabi Muhammad yang dapat ditemukan dalam berbagai-bagai hadis dengan masyarakat mereka.[1]

Konsep liberalisme dan penglibatan secara demokratik ini sudah ada di dunia Islam abad pertengahan.[2][3][4] Kekhalifahan Rasyidin dianggap para pendukungnya sebagai contoh awal sebuah negara demokratik lalu diteruskan dan berkembang di dunia Islam sehingga terhenti berikutan perpecahan Sunni–Syiah.[5]

Pengamalan di negara tertentu[sunting | sunting sumber]

Pakistan[sunting | sunting sumber]

Berikutan pengasasan Pakistan berikutan Pembahagian India pada 1949, suatu resolusi dipakai menyatakan matlamat perlembagaan baru yang bakal diterapakn dalam pemerintahan negar tersebut.[6] Resolusi ini menyatakan seperti berikut:

Kedaulatan milik Allah sahaja namun Dia mengurniakan kedaulatan itu kepada Negara Pakistan melalui pelaksanaan oleh rakyatnya dalam had yang diberikan-Nya sebagai suatu perjanjian yang suci.
  • Negara [Pakistan] akan melaksanakan kuasa dan pentadbirannya berdasaran wakil yang diundi rakyatnya.
  • Prinsip-prinsip demokrasi, rakyat, kebebasan, kesaksamaan, toleransi dan keadilan sosial seperti yang ditekankan dalam Islam akan dikerjakan.
  • Muslimin akan dibenarkan mengurus diri secara individu dan klektif mengikut ajaran Islam seperti yang ditetapkan dalam al-Quran dan Sunnah.
  • Peruntukan akan diberikan kepada minoriti agama lain untuk menganut dan mengamal serta mebangun budaya mereka secara bebas.

Iran[sunting | sunting sumber]

Idea dan konsep demokrasi jenis ini telah lama diterima para ulama, cendekiawan dan intelektual di Iran,[7][8][9][10][11] antaranya Ayatollah Ali Khamenei. Terdapt juga cendekiawan yang mengkritik, bahkan sehingga menentang konsep demokrasi ini. Ayatollah Naser Makarem Shirazi[12] misalnya berkata: "seandainya keengganan merujuk kepada undian rakyat akan menyebabkan tuduhan menyokong kekejaman, maka undian rakyat dibenarkan diterima sebagaii suatu rukun yang sekunder."[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ghadbian, Najib (6 Julai 2003). "Democracy or Self-Interest?". Harvard International Review. Dicapai 2011-10-19. 
  2. ^ Weeramantry, Christopher G. (1997). Justice Without Frontiers: Furthering Human Rights. The Hague: Kluwer Law International. m/s. 134–5. ISBN 90-411-0241-8. 
  3. ^ Sullivan, Antony T. (January–February 1997). "Istanbul Conference Traces Islamic Roots of Western Law, Society". Washington Report on Middle East Affairs: 36. Dicapai 2008-02-29. 
  4. ^ Goodman, Lenn Evan (2003). Islamic Humanism. New York: Oxford University Press. m/s. 155. ISBN 0-19-513580-6. 
  5. ^ al-Hibri, Azizah Y. (1998–1999). "Islamic and American Constitutional Law: Borrowing Possibilities or a History of Borrowing". University of Pennsylvania Journal of Constitutional Law. 1 (3): 492–527 [507–25]. 
  6. ^ "Objectives Resolution, Republic of Rumi". Diarkibkan daripada asal pada 7 November 2014. 
  7. ^ "President Says Democracy Conforms With Religion in Iran". Tehran Times. August 10, 2002. Diarkibkan daripada asal pada 2007-03-08 – melalui WorldWide Religious News. 
  8. ^ "" Official Website of Sayyid Mohammad Khatami " www.khatami.ir". Dicapai 2015-05-04. 
  9. ^ "AbdolKarim Soroush:: عبدالکريم سروش". Dicapai 2014-11-03. 
  10. ^ "News". The Office of the Supreme Leader, Sayyid Ali Khamenei. Diarkibkan daripada asal pada 2012-03-10. 
  11. ^ "Participation in Majlis Elections, Religious and Logical Duty: Leader". Institute for Preserving and Publishing Works by Ayatollah Seyyed Ali Khamenie. December 20, 2003. Diarkibkan daripada asal pada 2007-09-27. 
  12. ^ "پایگاه اطلاع رسانی دفتر مرجع عالیقدر حضرت آیت الله العظمی مکارم شیرازی". Dicapai 4 Mei 2015. 
  13. ^ انوار الفقاهه- كتاب البيع – ج 1 ص 516