Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train
Jepun鬼滅の刃 無限列車編
HepburnKimetsu no Yaiba: Mugen Ressha-Hen
PengarahHaruo Sotozaki
PenulisUfotable
BerdasarkanKimetsu no Yaiba oleh
Koyoharu Gotōge
Muzik olehYuki Kajiura
Go Shiina
Syarikat
penerbitan
Ufotable
Diedarkan olehAniplex
Toho
Tarikh tayangan
  • 16 Oktober 2020 (2020-10-16) (Jepun)
  • 12 November 2020 (2020-11-12) (Singapura)
  • 6 Januari 2021 (2021-01-06) (Indonesia)
  • 5 Mac 2021 (2021-03-05) (Malaysia)
NegaraJepun
BahasaJepun

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train (Jepun: 鬼滅の刃 無限列車編, Hepburn: Kimetsu no Yaiba: Mugen Ressha-Hen) merupakan filem anime aksi Jepun mengadaptasi manga Kimetsu no Yaiba karya Koyoharu Gotōge. Filem tersebut merupakan kesinambungan kepada siri anime 2019 judul sama diarahkan oleh Haruo Sotozaki dengan studio Ufotable; ia dilancarkan pada 16 Oktober 2020 di Jepun dan 5 Mac 2021 di Malaysia. Barisan pelakon utama Jepun dan Inggeris dari siri televisyen juga kembali untuk mengulangi peranan mereka.

Filem ini memperoleh kejayaan besar di Asia dengan pujian-pujian baik terhadap watak, lakonan suara dan plot. Filem ini menetapkan beberapa rekod pecah panggung termasuk menjadi filem berkutipan tinggi sepanjang zaman di Jepun.

Plot[sunting | sunting sumber]

Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya dari kumpulan Demon Slayer menemani Kyōjurō Rengoku, Flame Hashira, untuk menyiasat satu siri misteri kehilangan yang berlaku di dalam sebuah kereta api. Tidak banyak yang mereka tahu bahawa Enmu, salah satu dari Twelve Kizuki, juga berada di dalam dan telah menyediakan perangkap untuk mereka.

Barisan pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Watak versi bahasa Jepun versi bahasa Inggeris
Tanjiro Kamado Natsuki Hanae Zach Aguilar
Nezuko Kamado Akari Kitō Abby Trott
Zenitsu Agatsuma Hiro Shimono Aleks Le
Inosuke Hashibira Yoshitsugu Matsuoka Bryce Papenbrook
Kyōjurō Rengoku Satoshi Hino Mark Whitten
Enmu Daisuke Hirakawa Landon McDonald

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pada 28 September 2019, setelah tayangan episod 26, sebuah filem anime berjudul Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train (Jepun: 鬼滅の刃 無限列車編, Hepburn: Kimetsu no Yaiba: Mugen Ressha-hen) diumumkan, dengan kakitangan dan pemeran mengulangi peranan mereka.[1] Pada 10 April 2020, diumumkan bahawa filem ini akan dilancarkan secara teater di Jepun pada 16 Oktober 2020.[2] Filem ini telah diedarkan di Jepun oleh Aniplex dan Toho.[3]

Odex mengedarkan filem ini di serata rantau Nusantara merangkumi Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei.[4][5] Pada 16 Oktober 2020, Golden Screen Cinemas selaku pengedar tunggal utama filem ini di Malaysia mengumumkan dalam media sosialnya penayangan khas untuk peminat terpilih di cawangan MidValley mereka pada 5 Disember tahun sama dan 23 Januari tahun berikutnya sebelum tayangan awam pada 4 Februari.[6] Tarikh-tarikh ini ditunda ke 9 dan 10 Januari 2021 berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negara tersebut[7][8] sebelum akhirnya dapat diputuskan rancangan tayangannya pada 5 Mac.[9] Filem ini ditayangkan di Singapura secara eksklusif dengan kerjasama Golden Village mulai 12 November 2020.[10][11][12] Di Indonesia pula, Odex bekerjasama mengedarkan filem ini bersama CBI Pictures di CGV Cinemas dan XXI Cinemas, tayangan umum dan 4DX di negara tersebut dimulakan pada 6 Januari 2021.[13][14][15]

Aniplex of America telah melesenkan filem ini untuk penayangan di panggung-panggung Amerika Utara atas kerjasama dengan Funimation Films pada tahun 2021.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Loo, Egan (28 September 2019). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime Gets Sequel Film". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada September 28, 2019.
  2. ^ Frye, Patrick (10 April 2020). "Demon Slayer movie release date confirmed for fall 2020 by Kimetsu no Yaiba Infinity Train trailer". Monsters and Critics. Dicapai pada April 10, 2020.
  3. ^ Sherman, Jennifer (10 April 2020). "Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Anime Film Opens on October 16" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 10 April 2020.
  4. ^ ""Kimetsu no Yaiba: Mugen Train" tayang di Indonesia dan ASEAN 2021". Antara News. 6 September 2020. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  5. ^ Hanson, Kwok-Wai (May 9, 2020). ""Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba the Movie- Mugen Train" Coming to Southeast Asia". Anime Trending. Dicapai pada February 27, 2021.
  6. ^ Izzat Aziz (16 Oktober 2020). "GSC Mengumumkan Demon Slayer The Movie: Mugen Train Akan Tiba Disember Ini". Aksiz. Dicapai pada 17 April 2022.
  7. ^ Izzat Aziz (30 Disember 2020). "Tayangan Awal Demon Slayer: Mugen Train Di GSC Tiba 9 Dan 10 Januari 2021 – Pembelian Tiket Dibuka Esok". Aksiz. Dicapai pada 17 April 2022.
  8. ^ Yong Ping, Teng (6 November 2020). "Southeast Asian release dates for Demon Slayer The Movie: Mugen Train". Yahoo! Style. Yahoo!. Dicapai pada 2021-02-21.
  9. ^ Tan, Melvyn (March 3, 2021). "Demon Slayer Movie Gets March Release Date In Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-07.
  10. ^ Tan, Melvyn (October 15, 2020). "Demon Slayer – Kimetsu no Yaiba – The Movie: Mugen Train's Tentative Southeast Asia Release Dates". Anime Trending. Dicapai pada February 27, 2021.
  11. ^ Saad, Abdul (January 11, 2021). "ODEX Announces New Anime Film Release Dates in Southeast Asia Including Demon Slayer Movie". Anime Trending. Dicapai pada February 27, 2021.
  12. ^ "Demon Slayer Movie Singapore Release". Odex. Dicapai pada February 27, 2021.
  13. ^ Noviana, Riki (22 Disember 2020). "Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Tayang Di XXI Mulai 6 Januari 2021". VOI.id. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  14. ^ "SPECIAL: DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA: MUGEN TRAIN". CGV Cinemas. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sea-fan3 tidak disediakan
  16. ^ Antonio Pineda, Rafael (4 Julai 2020). "Funimation, Aniplex Screen Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Film in N. American Theaters" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 4 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]