Demonstrasi Hindraf di London

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pada 1 Februari 2008, penganut Hindu di United Kingdom telah menghulurkan bantuan kepada orang India di Malaysia. Mereka meminta Perdana Menteri United Kingdom untuk bercampur tangan dan memohon perbicaraan yang adil kepada aktivis-aktivis Hindu yang ditahan di Malaysia. Pemimpin komuniti Hindu telah berdemonstrasi dan menghantar suatu petisyen ke 10 Downing Street (pejabat Perdana Menteri United Kingdom), menyahut kerajaan Great Britain untuk campur tangan. Jeya Wilson dari Hindraf berkata, "Kami mahu Gordon Brown memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk melepaskan kelima-lima ahli (yang ditahan). Ia tidak adil kepada mereka atau keluarga mereka untuk ditahan tanpa perbicaraan."

"Kami rasa kerajaan UK yang bawa kami ke situ. Mereka ada tanggungjawab moral. Kerajaan UK boleh mempengaruhi secara diplomatik atau dengan meletakkan embargo. Kami mahu mereka menghentikan rejim kekaumam," kata Rajah Thavalou dari Hindraf. Hindu di Malaysia telahpun membantah kepada apa yang didakwakan sesetengah orang rejim 'bentuk Taliban'.

Pemusnahan Kuil Hindu[sunting | sunting sumber]

Mereka mendakwa bahawa lebih daripada 10,000 kuil Hindu telah dirobohkan sejak kemerdekaan. Penganut-penganut Hindu ini juga mendakwa bahawa mereka adalah mangsa diskriminasi kaum, agama, ekonomi dan sosial.

Suatu cadangan telah diluluskan di Parlimen United Kingdom pada Disember 2007 untuk memanggil kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan pemusnahan lanjut tempat beribadah Hindu.

Dua juta komuniti Hindu yang kuat, yang membentuk lebih kurang 10 peratus daripada pengundi akan menentukan keputusan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Hindu di United Kingdom mahu kerajaan untuk melaksanakan apa yang dikatakan mereka tanggungjawab moral kerana bagi kerajaan Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. British Hindus seek release of detained Malaysian Hindus
  2. UK Hindus Protest Against Malysian Atrocities On Hindus