Dendam (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dendam adalah merupakan sebuah drama yang diarahkan pengarah Adam Hamid yang bertemakan thriller dan dendam. Dibintangi oleh pelakon baharu dari Singapura iaitu Rima Melati, Alif Satar, Noniswara, Aqasha, Khaty Azian, Zarynn Min serta ramai lagi. Drama ini mulai disiarkan sebanyak 26 episod pada setiap hari Selasa iaitu bermula pada 24 Jun 2008 disaluran TV3.

Dendam
GenreDrama
Konflik
Thriller
Dendam
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAdam Hamid
Dibintangi oleh
Rima Melati
Alif Satar
Noniswara
Khaty Azian
Aqasha
Zarynn Min
Lagu pembukaan"Lara" nyanyian Liza Hanim
Lagu penutup"Lara" nyanyian Liza Hanim
PenggubahAudi Mok
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
PenerbitJS Foo
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Jun 2008 – 6 Januari 2009
Kronologi
MengikutiVice Versa

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan Misha (Rima Melati) yang sering didera secara fizikal dan mental sejak dari kecil lagi oleh makciknya, Zana (Noniswara). Bapa Misha telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan ibunya Narimah (Khaty Azean) pula mengalami penyakit lumpuh. Kejadian malang yang menimpa ibu bapanya menjadikan Misha dan adiknya Amir (Alif Satar) telah kehilangan kasih sayang dan terpaksa meneruskan kehidupan di pusat jagaan anak-anak yatim.

Kesedihan dan kesusahan yang membelenggu Misha dan Amir tidak terhenti di situ sahaja apabila adik-beradik Narimah iaitu Zana, Helmi (Rosli Idris) dan Fikri (Erry Putra) mengetahui Misha dan Amir mewarisi duit insuran bapa mereka. Zana mengambil Misha dan Amir daripada rumah anak2 yatim dan menyalahgunakan duit mereka itu, malah turut mendera mereka.

Setelah Misha meningkat dewasa, bermulalah episod baru dalam hidupnya sebagai pendendam dan mula melakukan jenayah pembunuhan satu-persatu terhadap mereka yang telah menganiayainya. Sebaliknya Amir membesar sebagai seorang pemuda yang baik dan amat menyayangi Zana kerana dalam hematnya, Zana telah bersusah-payah membesarkan dia dan kakaknya tanpa mengetahui kejahatan yang telah dilakukan Zana terhadap kakaknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]