Dendam Seorang Isteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Dendam Seorang Isteri
GenreDendam
Cinta
Konflik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Diadaptasi daripada drama Korea Selatan, Temptation of Wife
PenciptaStarmax
Ditulis olehSuzanna Zaily Zin
Marr Mohamad
Lynnda Sharudin
Pahzai Al-Khaired
PengarahUchee Fukada
Nizam Zakaria
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Wan Raja
Nad Zainal
Aidit Noh
Lagu pembukaanKesumat nyanyian Rian Shain
Lagu penutupGetas nyanyian Heidi Moru
PenggubahAmylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod80 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohameddin
PenyuntingKhairul Fikri Adnan

Fahmirul Hakimi Shahril Rusdi

Farhanah Yusuf
Tempoh siaranSetiap Isnin - Jumaat (6.00 petang)
Ulangan (11.00 pagi)
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Mac 2022 – Kini
Kronologi
MengikutiHati Yang Dikhianati

Dendam Seorang Isteri adalah merupakan drama 2022 yang diarahkan oleh Nizam Zakaria dan Uchee Fukada, terbitan Radius One Sdn Bhd. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal, Aidit Noh dan ramai lagi. Siri ini diadaptasi dari kdrama popular Korea Selatan iaitu Temptation of Wife yang disiarkan oleh SBS pada (2008) dan 4 buah negara lain iaitu Filipina, Indonesia, China dan Turki. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 21 Mac 2022 bagi menggantikan Hati Yang Dikhianati yang telah melabuhkah tirainya pada 18 Mac yang lalu.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Amira (Fasha Sandha) dan Kirana (Nad Zainal) adalah sahabat baik. Kirana dibesarkan oleh keluarga Amira memandangkan Kirana anak yatim. Amira membesar menjadi gadis yang baik dan lemah lembut manakala Kirana sentiasa dengki dan cemburu dengan Amira. Amira berkahwin dan berazam menjadi isteri yang baik pada suaminya, Harris (Wan Raja) dan keluarga mentua iaitu Dato' Mustapha (Roy Azman) dan Datin Mona (Ziema Din). Tanpa diduga Kirana berhubungan dengan suaminya, Harris setelah Amira keguguran. Harris dan Kirana cuba membunuh Amira dengan cara menghanyutkan Amira dilaut namun ternyata Amira terselamat. Kini, Amira menyamar sebagai wanita lain iaitu Nellisa (Amylea Azizan) dan membalas dendam pada Harris dan Kirana.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Isaac Iman sebagai Haziq

Perbandingan Watak Utama Asal versi Korea dan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Temptation of Wife Dendam Seorang Isteri
Jang Seo-hee sebagai Goo Eun-jae / Min So-hee Fasha Sandha sebagai Amira / Nellisa
Byun Woo-min sebagai Jung Gyo-bin Wan Raja sebagai Harris
Kim Seo-hyung sebagai Shin Ae-ri Nad Zainal sebagai Kirana
Lee Jae-hwang sebagai Min Gun-woo Aidit Noh sebagai Naufal

Muzik dan Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema OST Dendam Seorang Isteri ialah "Kesumat" yang dinyanyikan oleh Rian Shain. Selain itu, terdapat juga lagu sisipan lain yang dimuatkan dalam drama ini:

  1. "Seperti Dia (2022)" - Amylea Azizan (3:37)
  2. "Getas" - Heidi Moru (Lagu Penutup)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Dendam Seorang Isteri. MyInfoTaip. Dicapai 20 Mac 2022
  2. ^ Nur Asyikin (24 Mac 2022). "Tak sanggup tengok Fasha Sandha asyik kena pukul mak mertua penonton tukar siaran gara-gara lakonan over Ziema Din". Mstar.com. Dicapai pada 26 Mac 2022.