Dendang Anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Kebudayaan Dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia, yang lebih dikenali sebagai kumpulan Dendang Anak, telah diasaskan di negeri Terengganu pada tahun 1997 oleh seorang penggiat seni dan ahli pengkaji sejarah yang dikenali sebagai Abang Ku.[1]

Dendang Anak
GenreRentak Nusantara
PekerjaanPenyanyi, pemuzik
InstrumenVokal serta gabungan pelbagai jenis peralatan muzik tradisi dan moden
Tahun aktif1997–kini
Kegiatan berkaitan
Azmee Abdul Manap
AhliPenghulu: Zulkifli Mohammed Zin atau Zul Abang (Ketua Kumpulan);
Putra: Yang Mulia Raja Bahiuddin Ansari Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah atau Ku Ayie;
Paduka: Yang Mulia Raja Badruddin Hakim Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah atau Ku Bad;
Pendita: Azmee Abdul Manap atau Daqmie;
Aduka: Ahmad Zaini Mokhtar atau Bro Geeq/Geeka;
Tajul: Ahmad Azizi Sidek atau Azizi;
Bathin: Hasnol Tomijan atau Hasnol;
Indra: Fauzee Mustafa Kamal atau Indra;
Arjuna: Iskandar Farick atau Farick;
Nadhim: Ahmad Nadhir Abdul Razak atau MC Nadhir;
Wira: Khairul Anwar Zulkifle atau Keyo;
Kasturi: Badrol Hisyam Hashim atau Bad;
Malim: Fadhullahelmi Yusof atau Helmi;
Panji: Affendee Mahmud atau Fendy;
Makhdum: Shawaluddin atau Shawal;
Pitung: Abdul Samad Alias atau Man Bota;
Abu Sufyan atau Abu;
Aidil Balqis atau Aidil

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Dendang Anak atau ديندڠ أنق merupakan sebuah Kumpulan Muzik Kesenian dan Duta Kebudayaan Terengganu yang diiktiraf sebagai satu gerakan kesenian yang membawa imej Bangsa Melayu, ditubuhkan dan berasal dari sebuah negeri atau provinsi kecil Semenanjung Malaysia iaitu Terengganu Darul Iman. Diasaskan oleh seorang penggiat seni dan ahli pengkaji sejarah (dikenali sebagai Abang Ku selaku nama pena nya), bermula di sebuah perkampungan yang letaknya di Hulu Kuala Terengganu seawal tahun 1997 (penubuhan awal fasal pertama); (1999-fasal kedua). Dendang Anak telah pun bermula dengan membawa pelbagai jenis konsep atau genre muzik, namun yang jelasnya adalah nama Dendang Anak itu sendiri begitu sinonim dengan irama muzik yang diproklamirkan sebagai rentak Nusantara, di mana ia menggabungkan irama tradisi seperti Jawa, Sunda, berteraskan rentak serta penyusunan lagu yang mempunyai sentuhan-sentuhan yang menggambarkan kemelayuan, yang meluas atau global seperti Zapin, Dikir barat, rentak Samaniyah, Inang, Masri, Gamelan, Joget, Pendeta dan sebagainya.

Nama Dendang Anak diambil daripada sebuah kisah yang ada tercatit dalam Riwayat Sejarah Awal Melayu atau Sulalatus Salatin, di mana mereka inilah antara kumpulan yang ada bersama angkatan rombongan Sultan Melaka yang diutuskan pergi meminang Puteri Gunung Ledang bersama orang-orang Indragiri. Maka dengan ini, jelaslah bahawa Dendang Anak bukanlah sebuah kumpulan kesenian yang sekadar memberi hiburan semata-mata, Dendang Anak juga membawa mesej atau pesanan dari sejarah agar kembali kita berfikir serta belajar menghargainya semula. Sesuailah pada maksud Benua Membawa Jalan yang berteraskan pada dua hal utama, AGAMA dan BANGSA yang menjalar kepada empat cabang asas iaitu;

Agama Usul Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa, Budaya Raga Bangsa, Adat Martabat Bangsa.™

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Dendang Anak menggunakan peralatan muzik yang digabungkan antara alat muzik tradisional dan moden seperti gong, gendang silat, beduk atau tabuh, rebana, kompang, marwas, seruling, ocarina, suling, ney, gamelan, darbuka, didgeridoo, gambus, gitar klasik, gitar elektrik, violin, biola, jidur, erhu dan keyboard, bersama alatan-alatan perkusi yang lain demi mencapai tahap kualiti bunyi yang tepat dan jitu bagi menggambarkan suasana dan rasa yang dipersembahan melalui lagu secara sepenuhnya.

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa tahun anggota kumpulan bersilih ganti sehingga tahun 2010, kini kumpulan Dendang Anak terdiri daripada 16 orang anggota (termasuk 2 orang anggota daripada kumpulan pelapis Dendang Anak), dengan nama-nama tersendiri sebagai watak dalam seni persembahan mereka.

1. Penghulu: Zulkifli Mohammed Zin atau Zul Abang (Ketua Kumpulan); Gitar dan Gambus

2. Putra: Yang Mulia Raja Bahiuddin Ansari Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah atau Ku Ayie (Penolong Kumpulan dan Pengarah Muzik); Pemain Seruling atau Flutist dan Pemain Percussion - guru muzik dan pakar dalam blowing instrument.

3. Paduka: Yang Mulia Raja Badruddin Hakim Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah atau Ku Bad (Pengurus Kumpulan dan Penerbit); Penyanyi, Pemain Didgeridoo dan Pemain Percussion - juga seorang budayawan, penulis bebas, pereka grafik bebas, penganjur acara, aktivis industri seni dan karyawan negeri Terengganu.

4. Pendita: Azmee Abdul Manap atau Daqmie (Penerbit); Penyanyi dan Pemain Keyboard - juga seorang penulis, penggubah lagu, penerbit album, jurutera bunyi, guru vokal, pengkritik dan juri yang terkenal dalam industri muzik Malaysia.

5. Aduka: Ahmad Zaini Mokhtar, dikenali sebagai Bro Geeq atau Geeka; Gendang Silat dan Master Percussionist (membranous percussion) - juga seorang sessionist untuk kumpulan Diplomats of Drums, Malaysia (2001-sekarang), pemain drum kumpulan Marhaen - Ana Raffali dan guru muzik bahagian pergendangan sepenuh masa.

6. Tajul: Ahmad Azizi Sidek atau Azizi; Pemain Bass

7. Bathin: Hasnol Tomijan atau Hasnol; Penyanyi Utama

8. Indra: Fauzee Mustafa Kamal atau Indra; Gendang Sunda dan Darbuka

9. Arjuna: Iskandar Farick atau Farick; Jidur & Tabuh

10. Nadhim: Ahmad Nadhir Abdul Razak atau MC Nadhir; Juru-juru, Tukang Karut atau Tok Canang Dendang Anak dan Kompang/Marwas

11. Wira: Khairul Anwar Zulkifle atau Keyo; Penyanyi dan Kompang/Marwas

12. Kasturi: Badrol Hisyam Hashim atau Bad; Penyanyi Latar dan Kompang/Marwas

13. Malim: Fadhullahelmi Yusof atau Helmi; Penyanyi Latar dan Kompang/Marwas

14. Panji: Affendee Mahmud atau Fendy; Rebana

15. Makhdum: Shawaluddin atau Shawal; Rebana

16. Pitung: Abdul Samad Alias atau Man Bota; Gong

17. ......: Abu Sufyan atau Abu; Pemain Gitar Kedua

18. ......: Aidil Balqis atau Aidil; Rebana

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu dan lirik[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1997 hingga 2010, sebanyak 555 buah lagu dan lirik telah dicipta. Semua karya penulisan yang dihasilkan adalah bersulamkan puisi, sajak, gurindam, nazam, seloka dan syair yang khasnya berbahasa Melayu dan kebanyakkannya berkisahkan Sejarah Melayu yang diilhamkan daripada kitab-kitab seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai, Bustan Al Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Hang Tuah, hinggalah kepada penceritaan kisah Kesultanan Melaka yang dipercayai bermula seawal tahun 1300 Masihi.

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • 2013: Gema Suci

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini[sunting | sunting sumber]

  • Kecintaan
  • Ramadhan
  • Gema Takbir


Lagu runut bunyi untuk filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Filem Terbitan
2012 Puja-Puji 7 Petala Cinta Metrowealth Pictures

Lagu runut bunyi untuk drama dan telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Drama/Telefilem Arahan Terbitan

Untuk siaran

2017 Gema Takbir 16 Puasa Mamat Khalid Vision Studio Sdn. Bhd. Astro First Eksklusif
(8 Jun 2017)
Astro Citra dan Astro Mustika HD
(2 Jun 2018)
2019 Ramadhan 17 Puasa Astro dan Enjit Enjit Semut bersama Mi Anak Maheran Astro First Eksklusif
(22 Mei 2019)

Kembara dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

2003[sunting | sunting sumber]

  • Monolog Putri Gunung Ledang bersama Erma Fatima, Rumah Pena, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
  • Teater Zikir Ratna. MATIC, Kuala Lumpur.
  • Pelancaran Ensiklopedia Dr. Mahathir, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
  • Pelancaran kempen Aku Kamu Seiring, Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat - dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  • Masih Ada yang Sayang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu.
  • Malam Puisi Utusan (MPU) ke-10, Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

2004[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Yatim, Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia, JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.
  • Majlis Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

2005[sunting | sunting sumber]

  • Aidil Adha bersama Anak Yatim Darul Falah dan Darul Hilmi, Yayasan Almarhum Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah (YASIN) dan HATI, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Majlis Pelancaran Kutipan Barangan Keperluan Untuk Mangsa Tsunami Aceh, Yayasan Almarhum Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah (YASIN), HATI dan Kolej PTPL Terengganu, Kuala Terengganu.
  • Rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1.
  • Rancangan Wanita Hari Ini, TV3 - promosi Konsert MAAL HIJRAH.
  • Konsert MAAL HIJRAH anjuran Kementerian Kebudayaan dan Warisan, Dataran Shah Alam, Balai Budaya Tun Syed Nasir (Dewan Bahasa dan Pustaka), Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya, bersama Fauziah Ahmad Daud, Ramli Sarip, Waheeda, Wardina Safiyyah, dan Kyai Kanjeng dari Indonesia.
  • Konsert Akustik Kasih sempena Pelancaran Tabung Bencana Negara anjuran Perbandaran Putrajaya bersama Man Bai, kumpulan Raihan dan ramai lagi.
  • Kempen Belia Benci Dadah, Kementerian Belia dan Sukan, Banting, Selangor.
  • Monsoon Cup Challenge 2005, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Konsert Islamic Performing Art (IPAC 2005), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

2006[sunting | sunting sumber]

  • Minggu Batik anjuran Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.
  • Pelancaran Logo Baru Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Pra-tatap dan Pelancaran Konsert Gergasi Satu Wajah Seribu Aqidah, Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

2007[sunting | sunting sumber]

  • Teater Muzikal Taridra (Tari dan Drama) Khas Dendang Anak sempena Hari Wanita, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Bulan Kebudayaan dan Kesenian, Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.

2008[sunting | sunting sumber]

  • Malam Puisi Rakyat Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • Pesta Gendang Nusantara (World Drum Festival) ke-11, Melaka - turut menghimpunkan peserta dari Uzbekistan, China, Indragiri, Siak, Jambi, Aceh, Dumai dan ramai lagi.
  • Perasmian Hari Anti Dadah, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Walk With Environment, XL'S Project Green Earth, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
  • Citrawarna Terengganu, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Terengganu Fest, Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
  • Royal & Arts Gala Dinner, One World Hotel, Kuala Lumpur.
  • Festival Gamelan Sedunia Terengganu, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu - turut menampilkan kumpulan muzik dari Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, China dan Bali, Indonesia.
  • Festival Siak Bermadah ke-6, Siak Seri Indrapura, Provinsi Riau, Indonesia.
  • Festival Bumi Sri Gemilang vii Tembilahan, Indragiri Hilir, Provinsi Riau, Indonesia.
  • Pelancaran Zoom Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu.

2009[sunting | sunting sumber]

  • Rancangan Istimewa Aidil Adha Live! Nasi Lemak Kopi O, TV9.
  • Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia.

2010[sunting | sunting sumber]

  • Pelancaran Perbadanan Adat Istiadat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
  • Persembahan Teater Muzikal "Mestika Hati", kolarborasi dengan para penggiat seni tanah air seperti Bob Khalil, Ladin Nuawi, Dr. Ibrahim Ghaffar, Dr. Ghaffar Ibrahim AGI, Adinda Amiro, Prof. Dr Siti Zainon, Dewangga Sakti dan ramai lagi - Stadium Malawati, Selangor.
  • Naskah Cinta bersama Sastrawan Negara Datuk A. Samad Said, Dinsman, Muaz; Kota Bharu, Kelantan.
  • Festival Siak Bermadah ke-8, Siak Sri Inderapura, Provinsi Riau, Indonesia.
  • Gelar Muhibah Seni Serumpun 2010, Pengkalan Kerinchi, Pelalawan, Provinsi Riau, Indonesia.
  • Rancangan realiti TV Gadis Melayu Live! Peringkat Akhir, Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, TV9.
  • Konsert pembukaan (Prelude Concert) untuk Monsoon Cup 2010, Ri-Yaz Heritage Bay Club, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Majlis Keraian dan Pertabalan Sultan Pelalawan, Tengku Kamaruddin sebagai Sultan Pelalawan ke-10, dengan nama Assaidissyarif Kamarudin Haroen Tengku Besar Pelalawan, Istana Sayap, Pelalawan, Provinsi Riau, Indonesia. (Lihat kesultanan Pelalawan)

2013[sunting | sunting sumber]

  • 26 dan 28 Julai, serta 2 dan 4 Ogos 2013:

Persembahan sempena bulan Ramadan, Centre Court, Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

  • 7 Disember 2013:

Majlis Malam Puisi Riong ITBM-BH-IB-PENA 2013 anjuran Berita Harian (BH), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Istana Budaya (IB), Laman Beringin, Istana Budaya, Kuala Lumpur.[2][3]

2014[sunting | sunting sumber]

  • 10 Mei 2014:

Program Darah Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

  • Julai 2014:

Gema Takbir @ Suria KLCC, Kuala Lumpur.

2015[sunting | sunting sumber]

  • 5 dan 6 Disember 2015:

PORT Fest 2015, Dataran Bandaraya Ipoh, Perak.

2016[sunting | sunting sumber]

  • 19 - 25 April 2016:

4th round of The International Festival For Drums And Traditional Arts, Kaherah, Mesir.[4]

  • 10 Jun 2016 bersamaan 5 Ramadan 1437 Hijrah:

Pra-Pelancaran & Sidang Media Konvensyen Dan Ekspo Jejak Bangsa, Cyberview Resort & Spa, Putrajaya.

  • 19 Jun 2016 bersamaan 14 Ramadhan 1437 Hijrah:

Persembahan sempena bulan Ramadan, Alamanda Putrajaya.

  • 22 Jun 2016 bersamaan 17 Ramadhan 1437 Hijrah:

Persembahan sempena bulan Ramadan, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

  • 29 Jun 2016 bersamaan 24 Ramadhan 1437 Hijrah:

Hari Raya Performances, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

  • 30 Ogos 2016:

Persembahan Citra Merdeka 2016 sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-59, Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

2017[sunting | sunting sumber]

  • Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak.

2018[sunting | sunting sumber]

  • 1 April 2018:

Rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1.

  • 4 - 7 November 2018:

Aceh International Rapa'i Festival (ACIRAF) 2018, Banda Lhokseumawe (Samudra Pasai), Aceh Darussalam, Indonesia.

  • Jumaat, 16 November 2018

- 5:00 petang:
Karnival Cinta Rasul 1440H / 2018 Hulu Terengganu, Dataran Kuala Berang, Terengganu.

- 8:45 - 11:00 malam:
Karnival Mahabbah UniSZA 2018, Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu - sempena Majlis IDUL ILMI KONVOKESYEN ke-10.

2019[sunting | sunting sumber]

  • 16 Februari 2019:

Persembahan undangan untuk program Solidariti Demi Kemanusiaan - Kembara Rohani (Solidarity For Humanity - Journey of Nur), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

  • 22 - 23 Mac 2019:

Temasya Kesenian & Kebudayaan Kelantan 2019 (Kelantan Art & Culture Festival 2019), Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

  • 19 April 2019:

Festival Haul Tok Pulau Manis, Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu, Terengganu.

  • 26 April 2019

- 5.00 petang:
Karnival Usahawan Desa 2019, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

- 9.00 malam:
Malam Kesenian Islam sempena Karnival Ajil Sejahtera anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil, Pusat Dagangan Ajil, Pekan Ajil, Terengganu.

  • 3 Mei 2019:

Pentas Malam Cinta Rasul sempena Malam Penghayatan Islam Kali Ke-9, Padang Bola Teluk Menara, Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Maklumat penafian[sunting | sunting sumber]

Nama Dendang Anak™ adalah hakcipta terpelihara di bawah naungan Dendang Anak Productions, Persatuan Dendang Anak dan Dendang Anak Enterprise. Sebarang penggunaan semula kata tanpa keizinan, karya atau apapun yang berhubung kait dengan Dendang Anak adalah dilarang sama sekali dan akan diambil tindakan.