Dendang anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dendang Anak atau ديندغ أنق merupakan sebuah Kumpulan Muzik Kesenian dan adalah Duta Kebudayaan Terengganu yang diiktiraf sebagai satu gerakan kesenian yang membawa imej Bangsa Melayu, ditubuhkan dan berasal dari sebuah negeri/ provinsi kecil Semenanjung Malaysia, Terengganu Darul Iman . Diasaskan oleh seorang penggiat seni dan ahli pengkaji sejarah ( dikenali sebagai "Raqeem" selaku nama pena nya), bermula di sebuah perkampungan yang letaknya di Hulu Kuala Terengganu seawal tahun 1997 (penubuhan awal fasal pertama),(1999-fasal kedua) Dendang Anak telahpun bermula dengan membawa pelbagai jenis konsep atau genre muzik namun yang jelasnya adalah nama "Dendang Anak" itu sendiri begitu sinonim dengan irama muzik yang diproklamirkan sebagai "rentak Nusantara ", dimana ia menggabungkan irama tradisional seperti Jawa, Sunda, berteraskan rentak serta penyusunan lagu yang mempunyai sentuhan-sentuhan yang menggambarkan kemelayuan, yang meluas atau global seperti Zapin , Dikir barat , rentak Samaniyah , Inang , Masri, Gamelan , Joget , Pendeta dan sebagainya..

Nama "Dendang Anak" diambil daripada sebuah kisah yang ada tercatit pada Riwayat Sejarah Awal Melayu atau Sulalatus Salatin dimana mereka ini lah antara kumpulan yang ada bersama angkatan rombongan Sultan Melaka yang diutuskan pergi meminang Puteri Gunung Ledang bersama orang-orang Indragiri. Maka dengan ini jelaslah bahawa Dendang Anak bukanlah sebuah kumpulan kesenian yang sekadar hiburan semata-mata, namun membawa mesej atau pesanan dari sejarah agar kembali kita berfikir serta belajar menghargainya semula. Sesuailah pada maksud "Benua Membawa Jalan" yang berteraskan pada dua hal utama, AGAMA dan BANGSA yang menjalar kepada empat cabang asas iaitu;

Agama Usul Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa, Budaya Raga Bangsa, Adat Martabat Bangsa.

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Berbekalkan peralatan muzik yang digabungkan antara alat muzik tradisional dan modern seperti gong , gendang silat , beduk atau tabuh , rebana , kompang , marwas , seruling , ocarina , suling , ney , gamelan , darbuka , didgeridoo , gambus , gitar klasik , gitar elektrik , violyn atau biola , jidur , erhu , keyboard dan bersama alatan-alatan perkusi yang selainnya demi untuk mencapai tahap kualiti bunyi yang persis dan tepat bagi menggambarkan suasana dan rasa yang dipersembahan melalui lagu secara sepenuhnya.

Lagu dan Lirik[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini( 1997-2010 ), 555 buah lagu dan lirik telahpun diciptakan. Semua karya penulisan yang dihasilkan adalah bersulamkan puisi , sajak , gurindam , nazam , seloka , syair yang khasnya berbahasa Melayu dan kebanyakkannya berkisahkan Sejarah Melayu (yang diilhamkan dari kitab atau buku Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai, Bustan Al Salatin , Hikayat Merong Mahawangsa , Hikayat Hang Tuah hingga kepada menceritakan kisah Kesultanan Melaka yang dipercayai berusia seawal Tahun 1300.

Barisan Utama (2010)[sunting | sunting sumber]

Pada asasnya, setelah beberapa tahun berganti ahli anggota sehingga kini (2010), Dendang Anak terdiri daripada 16 anak pemuda(ditambah 2 dari kumpulan pelapis Dendang Anak), dengan nama-nama tersendiri sebagai watak didalam seni persembahan mereka:

1. "Penghulu" : Zulkifli Mohammed Zin @ Zul Abang (Ketua Kumpulan) ; Guitar dan Gambus

2. "Putra"  : Yang Mulia Raja Bahiuddin Ansari Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah @ Ku Ayie(Penolong Kumpulan dan Pengarah Muzik) ; Seruling atau Flutist dan Percussionist - juga seorang guru muzik dan master dalam blowing instrument.

3. "Paduka"  : Yang Mulia Raja Badruddin Hakim Shah Ibni Raja Kamarul Bahrin Shah @ Ku Bad (Pengurus Kumpulan dan Penerbit) ; Penyanyi, Didgeridooist dan Percussionist - juga seorang budayawan, penulis bebas, freelance Graphic Designer, event organizer dan activist di dalam industri karyawan Terengganu, Malaysia.

4. "Pendita"  : Azmee Abdul Manap @ Dakmie (Producer) ; Penyanyi dan Keyboardist -juga seorang Penulis, Pengkritik, Juri, Komposer di Industri Muzik Malaysia.

5. "Aduka"  : Ahmad Zaini Mokhtar @ Bro Geeq @ Geeka ; Gendang Silat dan Master Percussionist ( "membranous" percussion ) -juga seorang sessionist untuk kumpulan Diplomats of Drums,Malaysia (2001-sekarang), pemain drum kumpulan Marhaen - Ana Raffali dan guru muzik bahagian pergendangan sepenuh masa.

6. "Tajul"  : Ahmad Azizi Sidek @ Azizi ; Bassist

7. "Bathin"  : Hasnol Tomijan @ Hasnol ; Penyanyi Utama

8. "Indra"  : Fauzee Mustafa Kamal @ Indra ; Gendang Sunda dan Darbuka

9. "Arjuna"  : Iskandar Farick @ Farick ; Jidur & Tabuh

10. "Nadhim"  : Ahmad Nadhir Abdul Razak @ MC Nadhir ; Juru-juru, tukang karut atau Tok Canang Dendang Anak dan Kompang/Marwas

11. "Wira"  : Khairul Anwar Zulkifle @ Keyo ; Penyanyi dan Kompang/Marwas

12. "Kasturi" : Badrol Hisyam Hashim @ Bad ; Penyanyi Latar dan Kompang/Marwas

13. "Malim"  : Fadhullahelmi Yusof @ Helmi ; Penyanyi Latar dan Kompang/Marwas

14. "Panji"  : Affendee Mahmud @ Fendy ; Rebana

15. "Makhdum" : Shawaluddin @ Shawal ; Rebana

16. "Pitung"  : Abdul Samad Alias @ Man Bota ; Gong

17. "......"  : Abu Sufyan @ Abu ; Guitar 2

18. "......"  : Aidil Balqis @ Aidil ; Rebana

Kembara & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun 2003[sunting | sunting sumber]

  • Malam Anugrah Hadiah Sastra Utusan Exxon Mobil, KL,MALAYSIA: dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir
  • Monolog Putri Gunung Ledang, Erma Fatima, Rumah Pena, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, MALAYSIA.
  • Teater Zikir Ratna, MATIC, KL,MALAYSIA.
  • Ulangtahun ke 40 Muzium Negara, KL,MALAYSIA : dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
  • Pelancaran "Ensiklopedia Dr Mahathir", Universiti Islam Antarabangsa,Gombak,Selangor,MALAYSIA.
  • Pelancaran kempen "Aku Kamu Seiring" Kementerian Perpaduan dan Pembangunan,KL,MALAYSIA. Dirasmikan oleh Dulia Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
  • "Masih ada yang Sayang",Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Terengganu,Malaysia.
  • Malam Puisi Utusan(MPU) ke-10,Audiotorium DBKL,KL,MALAYSIA.

Tahun 2004[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Yatim, Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia, JW Marriott Hotel, KL,MALAYSIA.
  • Alumni Universiti Islam Antarabangsa,Gombak,Selangor,MALAYSIA.

Tahun 2005[sunting | sunting sumber]

  • Aidil Adha bersama Anak Yatim Darul Falah dan Darul Hilmi, Yayasan Almarhum Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah(YASIN) dan HATI,KT,Terengganu,MALAYSIA.
  • Majlis Pelancaran Kutipan Barangan Keperluan Untuk Mangsa Tsunami Aceh,

Yayasan Almarhum Tuanku Sultan Ismail Nasiruddin Shah(YASIN), HATI dan Kolej PTPL Terengganu,KT,Terengganu,MALAYSIA.

  • Rancangan "Selamat Pagi Malaysia",TV1.
  • Konsert MAAL HIJRAH, Kementerian Kebudayaan dan Warisan, Dataran Shah Alam, Balai Budaya Tun Syed Nasir(Dewan Bahasa dan Pustaka), Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya, MALAYSIA bersama Fauziah Ahmad Daud,Ramli Sarip,Waheeda,Wardina,Kyai Kanjeng(Indonesia).
  • Rancangan "Wanita Hari Ini", Promosi Konsert MAAL HIJRAH, TV3.
  • Konsert Akustik Kasih sempena Pelancaran Tabung Bencana Negara,Perbandaran Putrajaya,Putrajaya,MALAYSIA. Bersama Man Bai, Raihan dan ramai lagi.
  • Kempen Belia Benci Dadah,Kementerian Belia dan Sukan, Banting,Selangor,MALAYSIA.
  • "Monsoon Cup Challenge 2005",Syahbandar,KT,MALAYSIA.
  • Konsert Islamic Performing Art (IPAC 2005),UIA,Gombak,Selangor,Malaysia.

Tahun 2006[sunting | sunting sumber]

  • Minggu Batik,Kraftangan,KL,MALAYSIA.
  • Pelancaran Logo Baru MPKT,KT,MALAYSIA.
  • Pra-tatap dan Pelancaran konsert gergasi "Satu Wajah Seribu Aqidah",Saloma Bistro,KL,MALAYSIA.

Tahun 2007[sunting | sunting sumber]

  • Teater Muzikal "Taridra"(Tari dan Drama) Khas Dendang Anak sempena Hari Wanita, Syahbandar,KT,MALAYSIA.
  • Bulan Kebudayaan dan Kesenian,Muzium Negeri Terengganu,KT,MALAYSIA.

Tahun 2008[sunting | sunting sumber]

  • Malam Puisi Rakyat Terengganu,KT,MALAYSIA.
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,MALAYSIA.
  • Pesta Gendang Nusantara(Peringkat Antarabangsaa) ke- 11,menghimpunkan peserta dari Uzbekistan,China,Indragiri,Siak,Jambi,Aceh,Dumai dan ramai lagi,Melaka,MALAYSIA.
  • Perasmian Hari Anti Dadah,Syahbandar,KT,MALAYSIA.
  • Penang World Music Festival(Peringkat Antarabangsa),menghimpunkan peserta dari Ireland,Afrika,America,Canada,Australia dan ramai lagi.
  • "Walk With Environment",XL'S Project Greent Earth,Kuala Lumpur International Airport,Sepang,Selangor,MALAYSIA.
  • Citrawarna Terengganu,Syahbandar,KT,MALAYSIA.
  • Terengganu Fest,Kuala Lumpur Tower,MALAYSIA.
  • Royal & Arts Gala Dinner, One World Hotel,KL,MALAYSIA.
  • Festival Gamelan Sedunia(Peringkat Antarabangsa),Terengganu,Syahbandar,KT,MALAYSIA.Menampilkan kumpulan muzik dari Jepun,Amerika,Canada,China,Bali(Indonesia).
  • Festival Siak Bermadah-6 2008,Siak Seri Indrapura,Provinsi Riau,INDONESIA.
  • Festival Bumi Sri Gemilang vii Tembilahan,Indragiri Hilir,Provinsi Riau,INDONESIA.
  • Pelancaran "Zoom Taman Tamadun Islam",Terengganu,KT,MALAYSIA.

Tahun 2009[sunting | sunting sumber]

  • Rancangan TV Istimewa Aidil Adha Live! Nasi Lemak Kopi O, TV9.
  • Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekan Baru, Provinsi Riau, INDONESIA.

....(maklumat masih belum lengkap)....

Tahun 2010[sunting | sunting sumber]

  • Pelancaran Perbadanan Adat Istiadat dan Warisan Negeri Selangor(PADAT),Persembahan Teater Muzikal "Mestika Hati", kolarborasi dengan para penggiat seni tanah air, Bob Khalil, Ladin Nuawi, Dr Ibrahim Ghaffar, Dr Ghaffar Ibrahim AGI, Adinda Amiro, Prof Dr Siti Zainon, Dendang Anak, Dewangga Sakti dan ramai lagi. Stadium Melawati, Selangor,MALAYSIA.
  • Naskah Cinta bersama Sastrawan Negara Datuk A Samad Said, Dinsman, Muaz. Kota Bahru,Kelantan,MALAYSIA.
  • Festival Siak Bermadah ke-8, Siak Sri Inderapura, Provinsi Riau,INDONESIA.
  • Gelar Muhibah Seni Serumpun 2010,Pengkalan Kerinchi, Pelalawan, Provinsi Riau,INDONESIA.
  • Final Rancangan Realiti TV "Gadis Melayu" Live! TV9,Dewan Audiotorium MBSA,Selangor,MALAYSIA.
  • Prelude Concert untuk Monsoon Cup 2010, Ri-Yaz Heritage Bay Club, KT,Terengganu,MALAYSIA.
  • Majlis Keraian dan Pertabalan Sultan Pelalawan, Tengku Kamaruddin sebagai Sultan Pelalawan ke-10, dengan nama Assaidissyarif Kamarudin Haroen Tengku Besar Pelalawan,Istana Sayap,Pelalawan,Provinsi Riau,INDONESIA. (lihat kesultanan Pelalawan)


Pautan dan Rujukkan[sunting | sunting sumber]

Pautan[sunting | sunting sumber]

Web Rasmi : www.dendanganak.com (11hb January 2011-Pelancaran Rasmi) Myspace  : [www.myspace.com/dendanganak] Facebook : [www.facebook.com/] -Kumpulan Dendang Anak Blogger  : [dendanganak.blogspot.com/]

Rujukkan[sunting | sunting sumber]

[1] [2] [www.riaupos.com/new/berita.php?act=full&id...kat... - Indonesia] [3]

nama "Dendang Anak"™ adalah hakcipta terpelihara dibawah naungan Dendang Anak Productions, Persatuan Dendang Anak dan Dendang Anak Enterprise. Sebarang penggunaan semula kata tanpa keizinan, karya atau apapun yang berhubung kait dengan Dendang Anak adalah dilarang sama sekali dan akan diambil tindakan.