Denny Miller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Denny Miller
Denny Miller, 2007
Kelahiran
Dennis Linn Miller

(1934-04-25)25 April 1934
Meninggal dunia9 September 2014(2014-09-09) (umur 80)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958–2014
PasanganKit Smythe (bercerai)
Nancy Miller

Denny Scott Miller (lahir Dennis Linn Miller; 25 April 1934 – 9 September 2014) merupakan seorang pelakon dari Amerika Syarikat yang dikenali menerusi watak sebagai Duke Shannon dalam Wagon Train dan sebagai Tarzan dalam filem Tarzan, the Ape Man (1959). Beliau turut pernah menjadi pelakon undangan dalam Gilligan's Island.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Miller merupakan seorang pemain bola keranjang untuk pasukan UCLA Bruins ketika di Universiti California, Los Angeles, dimana bapa beliau bertindak sebagai pengajar bagi pendidikan jasmani. Semasa di tahun senior, ketika beliau bekerja sebagai mengangkat perabot untuk membayar yuran pengajiannya, seorang ejen dari Hollywood telah menemui Miller dan membawa Miller untuk menandatangani bersama Metro-Goldwyn-Mayer. Ujian skrin beliau telah dijalankan oleh George Cukor.[1]

Beliau telah menjadi Terzan berambut perang pertama menerusi Tarzan, the Ape Man (1959).

Miller pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam beberapa siri televisyen seperti Northwest Passage dan Overland Trail.

Pada tahun 1960, ketika berusia 26 tahun, Miller muncul sebagai Wilkie, dalam Laramie menerusi episod "License to Kill" disamping John Smith dan Robert Fuller.[2] Beliau turut muncul dalam Have Gun, Will Travel dan sebuah episod dalam The Rifleman.

Pelakon Wagon Train, 1962; Miller dalam posisi duduk di sebelah kiri

Dari 1961 hingga 1964, Miller menjadi pelakon dalam siri Wagon Train sebagai Duke Shannon disamping Robert Fuller, John McIntire, Robert Horton, Frank McGrath, Terry Wilson, dan Michael Burns.

Selepas penamatan siri Wagon Train pada tahun 1965, Miller berlakon sebagai Mike McCluskey, seorang pegawai tentera yang menjadi suami kepada Juliet Prowse menerusi sitkom Mona McCluskey.Dalam masa yang sama, Miller turut menjadi pelakon undangan dalam Gunsmoke, The Fugitive, dan The High Chaparral.

Miller muncul sebanyak dua kali sebagai pelakon undangan dalam siri Gilligan's Island iaitu pada tahun 1964 sebagai Duke Williams menerusi episod "Big Man on Little Stick", dan pada tahun 1967 menerusi episod "Our Vines Have Tender Apes". Pada tahun 1970 beliau muncul dalam I Dream of Jeannie (Episod #135 "Eternally Yours, Jeannie"). Setahun kemudian, beliau muncul sebagai Joe Terry dalam "The Men From Shiloh" (penjenamaan semula dari siri TV The Virginian) mene (1976).

Miller pernah melakon watak sebagai Gustaf Olaffson pada tahun 1968 menerusi episod "Britta Goes Home" dalam siri antologi, Death Valley Days, yang menampilkan Robert Taylor sebagai hos. Beliau turut muncul dalam siri Hawaii Five-O pada tahun 1968 sebagai John Hays menerusi episod "Pray Love Remember, Pray Love Remember" dan siri Emergency! menerusi episod "Communication Gaffe" pada tahun 1974.

Menerusi filem, beliau pernah muncul dalam Love in a Goldfish Bowl (1961), The Party (1968), 'Making It (1971), Doomsday Machine (1972), Buck and the Preacher (1972), The Gravy Train (1974), The Island at the Top of the World (1974), The Norseman (1978), Caboblanco (1980) dan Circle of Power (1981).

Miller pernah menulis sebuah autobiografi bertajuk Didn't You Used to Be...What's His Name? dan sebuah buku berkaitan obesiti, Toxic Waist?...Get to Know Sweat!.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Miller didiagnos Sklerosis lateral amiotrofik (ALS) pada Januari 2014. Beliau meninggal dunia pada 9 September 2014 di Las Vegas ketika berusia 80 tahun.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peranan Nota
1958 Some Came Running Dewey Cole Tiada kredit
1959 Tarzan, the Ape Man Tarzan
1961 Love in a Goldfish Bowl Oscar Flegler
1968 The Party 'Wyoming Bill' Kelso
1971 Making It Skeeter
1972 Buck and the Preacher Floyd
1972 Doomsday Machine Col. Don Price
1974 The Gravy Train Rex
1974 The Island at the Top of the World Town Guard
1978 The Norseman Rauric
1980 Caboblanco Horst
1981 Circle of Power Uwe
2005 Hell to Pay Horace the miner (filem terakhir)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Damen, Marcel (February 21, 2007). "Denny Miller interview". GALACTICA.TV. Dicapai pada October 2, 2014.
  2. ^ "Laramie: "License to Kill", November 22, 1960". Internet Movie Database. Dicapai pada October 17, 2012.
  3. ^ "Denny Miller, Star of 'Tarzan' and 'Wagon Train,' Dies at 80". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 12, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]