Depha Masterpiece

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Depha Masterpiece
Depha pada 2012
Latar belakang
Nama lahirAldrine Phillie
Kelahiran (1980-08-18) 18 Ogos 1980 (umur 43)
Kapit, Sarawak, Malaysia
Berasal dariSibu, Sarawak, Malaysia
GenreHard rock, heavy metal
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penggubah muzik, penerbit rakaman
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2003–kini
Syarikat rakaman
Masterjam Records, Panggau Buluh Pengerindu, Kaban Music Production (KMP) Sdn Bhd
Pengkarya berkait
Masterpiece

Aldrine Phillie atau lebih dikenali sebagai Depha Masterpiece (lahir 18 Ogos 1980) ialah seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah, dan penerbit rakaman Malaysia kelahiran Sarawak. Beliau terkenal sebagai vokalis utama dan pencipta lagu kumpulan muzik hard rock Borneo, Masterpiece.

Dibesarkan di Sabah, Depha berpindah ke Sarawak pada awal 1990-an, di mana beliau bergiat aktif dalam arena muzik hard rock tempatan dan menyertai beberapa kumpulan, termasuk Silent Killer dan Black Monkey. Pada tahun 2005, beliau menyertai Masterpiece, bersama kumpulan ini, beliau meraih kejayaan dan pengiktirafan pada dekad 2000-an. Album pertama mereka, Merindang Ke Bintang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk album sulung terbaik dihasilkan 2009–2010 di Anugerah Muzik Dayak 2010 di Sarawak.[1] Album kedua Rock & Roll (2013), juga menjadi kejayaan meluas; masing-masing menduduki di No. 1 di Stesen Radio tempatan untuk beberapa bulan.[2][3] Beliau sejak dari itu telah merakamkan dua lagi album studio bersama kumpulan ini; Ngap Sayot pada 2014 dan diikuti oleh Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai pada 2016.

Depha telah bekerja sebagai komposer dan penulis lagu untuk artis lain, termasuk Hailey Robson, Melissa Francis dan Watt Rock. Beliau merupakan salah seorang vokalis rock yang paling berpengaruh di Negeri Bumi Kenyalang.[4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Depha dilahirkan di Kapit, Sarawak. Beliau belajar bermain gitar pada usia 13 tahun, dan pada akhir 1990-an ialah sebahagian daripada kugiran rock saduran, Monkey Black yang juga termasuk bakal ahli kumpulan Masterpiece iaitu Marcus.[5]

Pada tahun 2005, Depha telah diambil oleh pengasas Masterpiece Willy Edwin dan adiknya Kennedy di Sibu dan telah muncul dalam semua album yang dikeluarkan oleh band ini, sehingga melalui single terkini mereka "Kaban". Beliau telah mencipta dan menghasilkan hampir semua lagu untuk Masterpiece kecuali "Kumang Mimpi" dari Merindang Ke Bintang yang ditulis bersama pemain keyboard kumpulan itu, Roslee Qadir. Beliau juga bertanggungjawab untuk intro akustik "Ngap Sayot".[6][7][8][9][10]

Depha menjadikan Metallica sebagai pengaruh muzik utama beliau semasa usia remajanya, dan telah menyatakan mereka sebab beliau mahu bermain gitar. Beliau juga ialah seorang peminat band hard rock dan heavy metal tahun 70-an dan 80-an, termasuk White Lion, AC/DC, Iron Maiden, Queen, Black Sabbath, Deep Purple dan Bon Jovi. Masterpiece kadangkala memainkan lagu saduran oleh band-band ini, termasuk Queen "I Want to Break Free", Bon Jovi "It's My Life," dan Metallica "Enter Sandman". Beliau juga telah memetik Led Zeppelin, Nightwish, Kamelot, The Calling, Dewa 19, Nickelback dan Avenged Sevenfold sebagai pengaruh penting dalam gaya penulisan lagu sendiri.

Masterpiece[sunting | sunting sumber]

Ahli terkini

Bekas ahli

  • Roni – dram (2003 – 2005)
  • Dellender Wilson – keyboard (2005 - 2008)
  • Timothy Umpok – keyboard (2008 – 2011)

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Masterpiece telah diiktiraf oleh beberapa majlis Anugerah Muzik Sarawak; band ini telah menerima dua belas anugerah daripada beberapa pencalonan; band ini telah menerima 12 anugerah daripada beberapa pencalonan.[11] Anugerah cemerlang mereka telah memenangi termasuk Kumpulan Paling Popular, diundi oleh peminat melalui SMS di Anugerah Muzik Dayak 2010 dan Artis Rock terbaik di Anugerah Muzik Dayak pada 2014.[12][13] Atas sumbangan dan sokongan kepada industri muzik Sarawak, mereka telah dijemput untuk menjadi persembahan pembukaan untuk band rock legenda Malaysia, Search semasa konsert ulang tahun ke-30 Fenomena di Stadium Negeri Kuching Sarawak pada Disember 2011.[14][15]

Tahun Kategori Karya tercalon Album Anugerah Keputusan
2010 Kumpulan Paling Popular[13] Masterpiece Merindang Ke Bintang Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Klip Video Terbaik[13] Bulat Ati Ku Merindang Ke Bintang Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Album Tahun Ini[13] Masterpiece Merindang Ke Bintang Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Kulit Album Terbaik[13] Masterpiece Merindang Ke Bintang Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Artis Baru Terbaik[13] Masterpiece Merindang Ke Bintang Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
2011 Lagu Terbaik[16][17] Sinu Merindang Ke Bintang Anugerah Juara Rentak Ruai Menang
2012 Artis Rock Terbaik Badu Single Anugerah Muzik Dayak DAMA Tercalon
Gubahan Muzik Terbaik Badu Single Anugerah Muzik Dayak DAMA Tercalon
2014 Lagu Rock Terbaik[18] Kumang Seari Rock & Roll Voice Independent Music Awards Malaysia Wild Card
Lagu Rock Terbaik[19] Kumang Seari Rock & Roll Voice Independent Music Awards Asia Tercalon
Anugerah Persembahan Terbaik Kumang Seari Rock & Roll Anugerah Carta Sapa Juara Wai FM Menang
Artis Rock Terbaik[20] Nyaga Negeri Rock & Roll Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
2016 Lagu Terbaik[21] Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai Anugerah Carta Sapa Juara Wai FM Menang
Album Tahun Ini[22] Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Vokal Terbaik[22] Ngap Sayot Ngap Sayot Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Persembahan Terbaik[22] Ngap Sayot Ngap Sayot Anugerah Muzik Dayak DAMA Menang
Lagu Rock Terbaik[22] Berani Mati Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai Anugerah Muzik Dayak DAMA Tercalon

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Masterpiece
Kompilasi dan single
  • Mansau Leka Padi (2011)
  • Berami Ba Ati Nuan (2014)
  • Nadai Ati Berami (2015)
  • Kaban (2016)

Komposisi muzik lain[sunting | sunting sumber]

Depha bersama penerbit muzik dan Dato Sheila Majid
Tajuk lagu Artis Album / Kategori Tahun Peranan
I Love You Pengabis Ati Hailey Robson ft Melissa Francis Kumang 2012 Komposer, penulis lagu
Begulai Baru Hailey Robson Kumang Komposer, penulis lagu
Amu Mata Hailey Robson Kumang Komposer, penulis lagu
Cerita Pengerindu Tua Lyssa Jean Single Penulis lirik
Enggai Saru Penemu Melissa Francis Enggai Saru Penemu 2013 Komposer, penulis lagu
Sampai Mati Depha Masterpiece Single Penulis lirik, vokal
Pupus Depha Masterpiece Single Komposer, penulis lagu, vokal
Patah Ati Watt Rock Patah Ati 2015 Komposer, penulis lagu
Suyak (Surut) Watt Rock Patah Ati Komposer, penulis lagu
Metropolitan Watt Rock Patah Ati Komposer, penulis lagu
Selangkar Pintu Ati Watt Rock ft Florence Lo Patah Ati Komposer, penulis lagu
Sapa Tua Majestica[23] Simfoni Infiniti Komposer, penulis lagu

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Best song of the year, Sinu - Masterpiece song in AJARR. "Sinu-Song of the year".
  2. ^ Album 2012, Masterpiece new album 2012. "Masterpiece New Album - Rock & Roll".
  3. ^ Masterpiece new single for upcoming album Rock & Roll, Nyaga Negeri. "Single Nyaga Negeri Masterpiece Heavy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada 2017-04-14.
  4. ^ AJARR 6, The panel of professional judges. "Professional judges in AJARR 6 (Sarawak Music Awards)".
  5. ^ Biography, Masterpiece's Biography. "The Band- Masterpiece Iban Rock Band Biography".
  6. ^ New single composed by Depha Masterpiece, Masterpiece New single (2015). "Ngarap ke nuan nikal pulai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada 2017-04-14.
  7. ^ 2016 Single, Masterpiece. "Kaban – Masterpiece single from upcoming album". seeds.theborneopost.com. The Borneo Post.
  8. ^ 2016 Single, Masterpiece. "Kaban – Masterpiece single from upcoming album". Lirik Lagu Iban.
  9. ^ Ngap Sayot-Masterpiece single composed by depha Masterpiece, Tribute to Sarawak football team, Bujang Senang. "Masterpiece 2014 single Ngap Sayot".
  10. ^ Masterpiece New Album 2016, Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai. "Masterpiece new album 2016". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2017-04-14.
  11. ^ Borneo cultural Festival, Award-winning rock band Masterpiece gave sterling performances. "Borneo Cultural Festival-Sibu Sarawak".
  12. ^ The Best Rock Artiste, Masterpiece Sarawak best Rock Artiste. "Sarawak Best Rock Artiste Awards 2014".
  13. ^ a b c d e f Wins most categories in Dayak Music Awards 2010, Masterpiece a big winner at dama-Dayak-Music-Award. "AMD - Masterpiece a big winner at dama-Dayak-Music-Award-Anugerah Musik Dayak 2010".
  14. ^ Masterpiece in Search band Fenomena Concert, Masterpiece opening act for Search Fenomena concert in Kuching. "Berita Harian, Masterpiece opening act for Search Fenomena concert in Kuching".[pautan mati kekal]
  15. ^ Search Fenomena Concert in Kuching stadium, Search Live in Kuching. "Search Live in Kuching (Opening act by Masterpiece)".[pautan mati kekal]/
  16. ^ Best song of the year, Sinu by Masterpiece. "Grandest AJARR tonight".
  17. ^ Masterpiece In AJARR, Sinu. "Masterpiece battle out in AJARR 2011-Masterpiece - Champion".
  18. ^ Voice Independent Music Awards-VIMA Malaysia, Masterpiece nominated in VIMA 2013. "Music Iban tercalon Di VIMA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada 2017-04-14.
  19. ^ Voice Independent Music Awards-VIMA Malaysia, Kumang Seari Masterpiece Vote in VIMA 2014. "Kumang Seari - Masterpiece".
  20. ^ Best Dayak Rock Artiste ‘Masterpiece’ receiving their award, Masterpiece best Rock Artiste. "Masterpiece Best Rock Artiste - AMD 2014". Borneo Post. Dicapai pada 22 December 2014.
  21. ^ 2016, ACSJ (3 September 2016). "Anugerah Carta Sapa Juara". ACSJ 2016. Ruai Lagu Iban Kitai. Ruai Lagu Iban Kitai. Dicapai pada 3 September 2016.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  22. ^ a b c d 2016, AMD (31 October 2016). "Anugerah Musik Dayak". AMD 2016. New Sarawak Tribune. New Sarawak Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-30. Dicapai pada 31 October 2016.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  23. ^ Majestica, Majestica Album Launching. "Sinfoni Infiniti". Utusan Sarawak. Dicapai pada 21 September 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]