Kuala Nerus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Derah Kuala Nerus)
Daerah Kuala Nerus
کوالا نروس
Bendera Daerah Kuala Nerus کوالا نروس
Lokasi Daerah Kuala Nerus کوالا نروس
Koordinat: 5°20′N 103°00′E / 5.333°N 103.000°E / 5.333; 103.000Koordinat: 5°20′N 103°00′E / 5.333°N 103.000°E / 5.333; 103.000
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
PusatBandar Al-Wathiqu Billah
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
Keluasan
 • Jumlah320 km2 (120 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah145,642
 • Kepadatan460/km2 (1,200/batu persegi)
Kod panggilan kebangsaan09-6xxxxxx

Kuala Nerus (Jawi: کوالا نروس) merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Terengganu, Malaysia. Daerah Kuala Nerus merupakan daerah kelapan dalam negeri Terengganu dan berkeluasan 320 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Al-Wathiqu Billah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 18 September 2014, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah mengisytiharkan Kuala Nerus sebagai daerah baru di negeri Terengganu ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA)[1], yang mana sebelum ini sebahagian dari daerah Kuala Terengganu. Persempadan daerah ini bermula dari utara Sungai Nerus ke sempadan daerah Setiu,[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Walaupun telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Kuala Nerus masih ditadbir di bawah pihak berkuasa tempatan yang sama dengan daerah Kuala Terengganu, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Daerah Kuala dibahagikan kepada empat buah mukim;

Peta daerah Kuala Nerus
  1. Mukim Batu Rakit
  2. Mukim Kuala Nerus
  3. Mukim Pakoh
  4. Mukim Pulau Redang

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Nerus ialah seramai 145,642 orang dengan kepadatan penduduk 366 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Nerus berbangsa Melayu, seramai 140,440 orang.[3][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 140,440
Bumiputera lain 427
Cina 1,768
India 510
Lain-lain 192
Bukan warganegara - 2,305
Jumlah 145,642

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Kuala Nerus, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[4]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Nerus. Terdapat sebanyak 45 buah sekolah di daerah ini;[5]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 29
Sekolah Menengah Kebangsaan 10
Sekolah Berasrama Penuh 2
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Sekolah Menengah Teknik 1
Sekolah Sukan 1
Kolej Vokasional 1

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buku Terengganu Molek Doh sempena Ekspo Terengganu 2018
  2. ^ "Sejarah Kuala Nerus". Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus. 2023-12-22. Dicapai pada 2023-12-22.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  5. ^ "Sekolah di PPD Kuala Nerus-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]