Derhaka Seorang Madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Derhaka Seorang Madu
Ditulis olehA. Aida
PengarahAzhari Zain
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitA. Aida
SinematografiBob Fitri
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal19 Ogos 2013 – 23 September 2013
Kronologi
MengikutiHujan
Diikuti olehJanji Adam

Derhaka Seorang Madu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azhari Zain dibintangi oleh Azhan Rani, Lisdawati, Farahdhiya, Aman Nassim, Falisha Crossley, Norlia Ghani dan Lufya Omar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 19 Ogos 2013 hingga 23 September 2013 menggantikan Hujan.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Kamal (Azhan Rani) dan Hawa (Lisdawati), mereka dikurniakan dua orang anak, Muaz (Aman Nassim) dan Malissa (Falisha Crossley). Apabila Hawa membenarkan Rozita (Faradhiya) dan anak perempuannya, Icha (Lufya) tinggal di rumah mereka, Kamal secara rahsia telah jatuh cinta terhadap Rozita. Dia membuat keputusan mahu berkahwin dengan Rozita.

Sejak berkahwin dengan Rozita, cara Kamal melayan Hawa telah berubah. Dia sangat jarang menziarahi Hawa dan anak-anak mereka, apa lagi ingin memberi nafkah. Jika Kamal menemui Hawa, ia akan berakhir dengan pergaduhan. Ditambah pula, Rozita sering menghasut dan memburuk-burukkan madunya itu dengan pelbagai tohmahan. Rozita menuduh Hawa telah memalukannya di khalayak sedangkan Hawa tidak sengaja terlanggar Rozita pada waktu itu.

Melihat suaminya kerap kali pulang ke rumah dengan kepenatan, Rozita memberi cadangan kepada Kamal untuk berhenti bekerja dan membuka restoran. Kamal keberatan kerana ia memerlukan modal yang besar. Rozita meyakinkan Kamal yang dia sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan modal. Hawa tiba-tiba terkejut apabila Kamal mengarahkannya membuat pinjaman peribadi mewakili mereka berdua sebagai modal perniagaan.

Pada mulanya, Hawa enggan menuruti permintaan Kamal namun bersetuju setelah dipujuk berulang kali dan dijanjikan hak ke atas restoran tersebut. Rozita sebenarnya mahu Kamal menjarakkan dirinya dari Hawa. Icha tidak pernah bersetuju dengan cara Rozita selama ini. Pelbagai dugaan yang menguji ketabahan Hawa dan keluarga. Berjayakah Rozita memisahkan Hawa dan suaminya, Kamal?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Hilangkanlah" - Min Yasmin dan Nikki Bacolod
  • "Kau Telah Pergi" - Farahdhiya
  • "Aku Yang Masih" - Diya dan Rahayudean
  • "Bukan Untuk Sesaat" - Min Yasmin
  • "Langkahku" - Rifhan
  • "Seperti Yang Lain" - Min Yasmin
  • "Melukis Rembulan" - Julfekar dan Francesca Peter
  • "Melakar Rindu" - Julfekar
  • "Penantian" - Julfekar dan Zubir Ali
  • "Dalam Sudut Kasih" - Farhana
  • "Teman Yang Ku Kasih" - Min Yasmin
  • "Kasihku Pergi" - Kompas
  • "Terus Begini" - Julfekar
  • "Panah Asmara" - Min Yasmin
  • "Salahkah Aku" - Julfekar
  • "Tak Akan Pernah" - Hafeez Hal
  • "Haruskah" - Maya Stey
  • "Titipan Kasih" - Min Yasmin dan Alyah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti". Sinar Harian. 20 September 2013. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  2. ^ Derhaka Seorang Madu (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]