Dervla Kirwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Dervla Kirwan
Kelahiran (1971-10-24) 24 Oktober 1971 (umur 50)
WarganegaraIreland
Pusat pendidikan
  • Loreto High School Beaufort
  • Sandymount High School
Tahun aktif1991 - kini
PasanganRupert Penry-Jones (k. 2007)
Anak-anak2

Dervla Kirwan (lahir 24 Oktober 1971) ialah seorang pelakon wanita Ireland. Beliau didapatkan perhatian untuk lakonannya dalam siri Ballykissangel, Goodnight Sweetheart, dan episod khas Krismas Doctor Who bertajuk The Next Doctor.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dervla Kirwan dilahirkan di Churchtown, Dublin, Republik Ireland kepada Peter Kirwan dan Maureen O'Driscoll. Bapanya adalah seorang broker insurans dan ibunya adalah seorang guru bahasa. Beliau telah belajar di Loreto Beaufort in Rathfarnham, Dublin sehingga umur 16 apabila beliau mula berminat untuk berlakon. Beliau menamatkan sekolah menengah di Sandymount High School.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Peranan televisyen terobosan Kirwan adalah sebagai Bernadette Kennedy dalam siri televisyen BBC Scotland A Time To Dance, yang berdasarkan daripada novel Melvyn Bragg.

Dari tahun 1996 hingga 1998, beliau telah membintangi sebagai Assumpta Fitzgerald, seorang tuan rumah pub dalam siri televisyen drama Ballykissangel yang ditayangkan di BBC One.

Beliau telah membintangi dalam siri drama televisyen jenayah bertajuk 55 Degrees North yang disiarkan di BBC One pada tahun 2004 hingga 2005.

Dalam episod khas Krismas 2008 Doctor Who yang bertajuk The Next Doctor, beliau membintang sebagai penjahat Miss Mercy Hartigan. Episod tersebut juga dibintangi oleh David Tennant dan David Morrissey.[2][3]

Pada tahun 2011, beliau telah membintangi dalam siri debaran psikologi ITV bertajuk Injustice, sebagai Jane Travers, isteri kepada watak utama, Will Travers yang dimainkan oleh James Purefoy.

Pada tahun 2020, beliau telah membintangi dalam siri debaran misteri Netflix bertajuk The Stranger, sebagai Corinne Price.

Pada tahun 2021, beliau telah membintangi dalam siri drama televisyen RTÉ One bertajuk Smother bersama dengan Niamh Walsh, Seána Kerslake dan Gemma-Leah Devereux, di mana beliau berlakon sebagai protagonis Val, ibu pemimpin keluarga Ahern.[4]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, Kirwan telah membintangi dalam filem With or Without You arahan Michael Winterbottom sebagai Rosie Boyd.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dervla Kirwan – Resources – TES". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2013. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  2. ^ "Cybermen invade Newport". South Wales Argus. 11 April 2008. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ "Step into the Tardis for Children in Need". BBC Press Office. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  4. ^ "'The Stranger' Star Dervla Kirwan Leads Cast For Irish Thriller 'Smother' From 'Spanish Princess' Writer". Deadline Hollywood. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]