Pergi ke kandungan

Taman Desa Ayer Hitam

Koordinat: 2°57′53.0″N 101°36′48.6″E / 2.964722°N 101.613500°E / 2.964722; 101.613500
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Desa Air Hitam)
Taman Desa Ayer Hitam
Taman Desa Ayer Hitam yang terletak di Selangor
Taman Desa Ayer Hitam
Taman Desa Ayer Hitam
Koordinat: 2°57′53.0″N 101°36′48.6″E / 2.964722°N 101.613500°E / 2.964722; 101.613500
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahSepang
MukimDengkil
Kawasan parlimenSepang
Kawasan negeriDengkil
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Sepang
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak dipratikkan)
Poskod
47120
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman Desa Ayer Hitam (atau Desa Air Hitam) merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Desa Ayer Hitam merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman Desa Ayer Hitam ialah 47120 Puchong.[3]

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Taman Desa Ayer Hitam dalam Daerah Sepang boleh didefinisikan terletak di bahagian utara daerah tersebut manakala dalam Mukim Dengkil pula, Taman Desa Ayer Hitam terletak di bahagian utara.[1]

Petempatan yang terletak serantau dengan Taman Desa Ayer Hitam ialah kawasan kejiranan Bandar Bukit Puchong dan Andira Park di bahagian timur laut dan Kampung Pulau Meranti di bahagian timur. Di sebelah tenggara Taman Desa Ayer Hitam pula terdapat Taman Meranti Aman, Taman Meranti Damai dan Kampung Pulau Sebok. Taman Putra Perdana serta kawasan perindustrian Taman Perindustrian Tasik Perdana pula terletak di bahagian selatan. Taman Tasik Puchong dan Alam Idaman pula berkongsi sempadan antara Taman Desa Ayer Hitam di bahagian barat mnakala Taman Putra pula di bahagian utara. Di sebelah utara Taman Desa Ayer Hitam, juga terdapat sebuah kawasan perindustrian yang bernama Taman Perindustrian Meranti Jaya.[1] Taman Desa Ayer Hitam mempunyai poskod tersendiri iaitu 47120 dalam daerah pos Puchong.[3]

Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Taman Desa Ayer Hitam adalah di latitud Bumi dua darjah 57 minit 53.0 saat Utara dan longitud Bumi 101 darjah 36 minit 48.6 saat Timur (2°57′53.0″N 101°36′48.6″E / 2.964722°N 101.613500°E / 2.964722; 101.613500).[2]

Taman Desa Ayer Hitam acap kali dilanda banjir, di sepanjang jajaran jalan raya antara Kampung Baru Puchong dan Kampung Pulau Meranti. Taman Desa Ayer Hitam selain kawasan simpang Seksyen 7 Bandar Bukit Puchong merupakan kawasan risiko yang terdedah banjir yang serius.[4]

  1. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
  3. ^ a b "Taman Desa Ayer Hitam, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  4. ^ "Where rain leaves residents stranded". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. 17 April 2002. Dicapai pada 18 Mei 2025 – melalui KLiK.