Desa KEDA Bukit Kura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Desa Keda bukit kura)

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dewan Aktiviti Masyarakat KEDA Bukit Kura

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Bukit Kura merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1989. Pada tahun 1990, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 104 buah rumah dan memberi manfaat kepada 520 orang penduduk di Daerah Padang Terap.

Kolam Memancing Desa KEDA Bukit Kura

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Bukit Kura terletak di kawasan tanah pamah. Menurut cerita orang tua-tua yang merupakan penduduk asal di situ, terdapat sebuah bukit berhampiran kampung yang berbentuk kura-kura. Nama Desa KEDA Bukit Kura diambil sempena nama bukit tersebut. Terdapat lambang kura-kura dipintu masuk ke Desa KEDA Bukit Kura.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Bukit Kura
Mukim Pedu
DUN Pedu
Parlimen Padang Terap
Daerah Padang Terap
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map

Desa KEDA Bukit Kura terletak di kawasan tanah pamah berbukit yang dikelilingi dengan pokok getah dan dusun buah-buahan. Kedudukannya yang landai menyebabkan kawasan seluas 20.88ha terlibat dengan banjir ketika hujan lebat.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Projek (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggunjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bukit Kura. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Bukit Kura[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Bukit Kura bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Md Ramli bin Kasa
Timbalan Pengerusi Rohani binti Abdullah
Setiausaha Nor Amira binti Zakariya
Biro Kewangan/Bendahari Mat Asli bin Wahab
Biro Pembangunan Nazri bin Adnan
Biro Keselamatan Abd Hamid bin Yunus
Biro Ekonomi Abd Rahim bin Md Hashim
Biro Sosial dan Kebudayaan Soberi bin Wahab
Biro Pendidikan dan Inovasi Nazri bin Adnan
Biro Agama dan Sivik Abd Rahman bin Husin
Biro Kebajikan Khalid bin Hamid
Biro Belia, Sukan & Rekreasi Mohd Azrin bin Nazri
Biro Teknologi Maklumat Abd Rahman bin Husin
Biro Hal Ehwal Wanita Noramiza binti Zakariya
Biro Kesihatan, Alam Sekitar dan Keceriaan Soberi bin Wahab

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Semua penduduk adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Maklumat penduduk Desa KEDA Bukit Kura adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 668
Jumlah Keluarga 104
Bilangan Penduduk Lelaki 299
Bilangan Penduduk Perempuan 369

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bukit Kura adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (orang)
SPM 2
Sijil 7
Diploma 3
Jumlah 12

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Bukit Kura dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Penduduk yang berpendapatan di antara RM531.00-RM790.00 seramai 20 orang manakala di antara RM791.00-RM1,319.00 seramai 13 orang. Penduduk yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM1,319.00 seramai 137 orang. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah.

Purata Pendapatan(RM) Bilangan Penduduk (orang)
RM531.00 - RM790.00 20
RM791.00 – RM1,319.00 13
>RM1,319.00 137

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Bukit Kura ialah sebanyak 20.1545ha yang merangkumi kawasan surau/dewan 2229m², tapak kediaman 4.4505ha, bangunan kedai 1226m², pertanian 22.345ek, tanah untuk pembangunan akan datang seluas 6940m² dan kawasan lapang (padang bola) seluas 10841m².

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan(unit)
Kereta 104
Motorsikal 416
Lori 3

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 7km, lampu jalan 10 unit dan jambatan 1 buah. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 104 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman . Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada pada tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Bukit Kura dilengkapi surau/dewan 1 buah, bilik gerakan 1 buah dan padang bola 1 buah.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bukit Kura adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (orang)
OKU Umur 18 tahun dan ke atas 3 (L)
Bapa Tunggal 6
Ibu Tunggal 20
Anak Yatim 5 (L), 2 (P)