Descendants of the Sun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Descendants of the Sun
Juga dikenali sebagai
Descended from the Sun
The Sun's Descendants
GenreRomantik
Melodrama
Aksi
Ditulis olehKim Eun-sook
Kim Won-seok
PengarahLee Eung-bok
Baek Sang-hoon
Dibintangi oleh
Song Joong-ki
Song Hye-kyo
Jin Goo
Kim Ji-won
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod16 + 3 istimewa
Penerbitan
Penerbit eksekutifBae Kyung-soo
PenerbitHam Young-hoon
Yoo Jong-seon
Park Woo-ram
PenyuntingChoi Jung-won
Kim Young-joo
LokasiKorea Selatan
Greece
SinematografiKim Si-hyeong
Uhm Jun-seong
Syarikat penerbitan
Next Entertainment World
Syarikat pengedaran
KBS
Penyiaran
Saluran asalKBS2
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Februari 2016 (2016-02-24) – 22 April 2016 (2016-04-22)
Pautan luar
Laman sesawang

Descendants of the Sun (Hangul태양의 후예; RRTaeyang-ui Huye) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2016 dibintangi oleh Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin Goo dan Kim Ji-won.[1] Drama ini disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 24 Februari sehingga 14 April 2016 pada hari Rabu dan Khamis pukul 9:55 malam sebanyak 16 episod.[2]

Drama ini mendapat sambutan hangat di Korea Selatan dan mencapai populariti besar di seluruh Asia. KBS menyiarkan 3 episod istimewa tambahan dari 20 sehingga 22 April yang mana 2 episod mengandungi sorotan dan babak terbaik daripada drama ini manakala episod terakhir menunjukkan proses pengeluaran drama, rakaman di belakang tabir, komen daripada pelakon dan epilog terakhir.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Yoo Si-jin (Song Joong-ki) ialah seorang kapten untuk sebuah unit Pasukan Operasi Khas Korea Selatan. Ketika tidak bertugas, Si-jin menahan Kim Gi-beom (Kim Min-seok) daripada melarikan diri selepas dia mencuri motosikal dengan bantuan Sarjan Mejar Seo Dae-young (Jin Goo). Gi-beom cedera semasa ditahan dan dihantar ke hospital. Dae-young menyedari bahawa telefonnya telah dicuri oleh pencuri tersebut. Dia kemudiannya pergi ke hospital bersama Si-jin untuk mendapatkan semula telefonnya.

Di bilik kecemasan, Si-jin bertemu Dr. Kang Mo-yeon (Song Hye-kyo) buat pertama kali dan dengan serta merta tertarik kepadanya. Mo-yeon tersalah anggap bahawa Si-jin ialah sebahagian daripada geng jenayah pencuri tersebut kerana nama samaran "Big Boss" yang sebenarnya ialah kod pengenal tentera. Si-jin membuktikan kepada Mo-yeon bahawa dia ialah seorang askar dengan bantuan doktor tentera, Yoon Myeong-joo (Kim Ji-won).

Si-jin dan Mo-yeon mula bertemu janji tetapi disebabkan tugas mereka, janji temu tersebut sering terganggu separuh jalan. Si-jin ditugaskan untuk mengetuai kumpulan untuk misi pengaman ke Uruk, sebuah negara fiksyen. Sementara itu, Mo-yeon kecewa kerana dia gagal untuk menjadi seorang profesor kerana latar belakang istimewa rakan sekerjanya. Apabila Si-jin dan Mo-yeon bertemu kembali, mereka berbual mengenai pandangan mereka terhadap kehidupan dan menyedari betapa berlainannya mereka. Si-jin sebagai seorang tentera, membunuh untuk melindungi nyawa dan Mo-yeon, sebagai seorang doktor, cuba untuk menyelamatkan nyawa. Oleh kerana pandangan berbeza terhadap kehidupan, mereka bersetuju untuk berpisah. Dae-young pula menghadapi dilema sama ada untuk meneruskan hubungannya dengan Myeung-joo atau berhadapan dengan risiko dipecat daripada tentera oleh bapa Myeung-joo, Leftenan Jeneral Yoon.

Lapan bulan kemudian, Mo-yeon menolak permintaan seksual pengerusi hospital Han Suk-won (Tae In-ho) dan disebabkan itu dia ditugaskan untuk mengetuai sebuah pasukan perubatan ke Uruk. Di sana, Si-jin dan Mo-yeon bertemu kembali. Melalui pertemuan mereka di Uruk di mana gempa bumi dan wabak berlaku, cinta mereka terhadap satu sama lain bertambah utuh. Semasa di Uruk, Mo-yeon dengan tidak sengaja mengaku perasaannya dan kedua-dua mereka secara rasminya mula bertemu janji.

Sekembalinya ke Korea, kedua-dua mereka meneruskan temu janji sehingga Si-jin dan Dae-young dihantar ke satu operasi di mana mereka menghilang dan dianggap telah mati. Beberapa bulan berlalu, Mo-yeon masih bersedih terhadap kematian Si-jin dan memutuskan untuk memperingati pemergiannya dengan menyertai sukalerawan ke Albania. Di sinilah tempat Si-jin akhirnya menjumpai semula Mo-yeon selepas dia dan Dae-young diselamatkan oleh "rakan dari tempat yang jauh", seorang askar dari Korea Utara yang dibantu Si-jin sebelum ini. Si-jin dan Mo-yeon gembira bersatu semula. Sementara itu, Dae-young kembali bertemu semula dengan Myeung-joo yang ditugaskan di Uruk. Dalam babak kredit, keseluruhan pasukan dipanggil untuk bertugas semula susulan letusan gunung berapi di Kanada.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Karakter utama[sunting | sunting sumber]

  • Song Joong-ki sebagai Kapten Yoo Si-jin (aka Big Boss)
  • Song Hye-kyo sebagai Doktor Kang Mo-yeon (aka Beauty)
  • Jin Goo sebagai Sarjan Mejar Seo Dae-young (aka Wolf)
  • Kim Ji-won sebagai Leftenan Pertama Yoon Myeong-joo

Karakter sokongan[sunting | sunting sumber]

Ahli Pasukan Alpha[sunting | sunting sumber]

  • Park Hoon sebagai Sarjan Choi Woo-geun (aka Snoopy)
  • Choi Woong sebagai Staf Sarjan Gong Cheol-ho (aka Harry Potter)
  • Ahn Bo-hyun sebagai Sarjan Im Gwang-nam (aka Piccolo)

Pasukan Perubatan Hospital Haesung[sunting | sunting sumber]

Orang di Hospital Haesung[sunting | sunting sumber]

  • Hyun Jyu-ni sebagai Pyo Ji-soo
  • Tae In-ho sebagai Han Suk-won
  • Park Ah-in sebagai Kim Eun-ji
  • Jo Woo-ri sebagai Jang Hee-eun

Tentera Tae Baek[sunting | sunting sumber]

  • Kang Shin-il sebagai Leftenan Jeneral Yoon (aka Yellow Tiger)
  • Kim Byeong-cheol sebagai Leftenan Kolonel Park Byeong-su
  • Kim Min-seok sebagai Prebet Kelas Pertama Kim Gi-beom

Kawasan Uruk[sunting | sunting sumber]

  • Jasper Cho sebagai Daniel Spencer
  • Jeon Soo-jin sebagai Ri Ye-hwa
  • David Lee McInnis sebagai David Argus
  • Dean Dawson sebagai Ketua Polis
  • Jo Jae-yoon sebagai Jin Young-soo
  • Lee Yi-kyung sebagai Kang Min-jae
  • Zyon Barreto sebagai Fatima
  • David Pipes sebagai Martin

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Ji Seung-hyun sebagai Leftenan Senior Ahn Jung-joon
  • Kwak In-joon sebagai Lee Han-soo
  • Joey Albright sebagai ahli Tentera Darat Delta Force AS

Kameo[sunting | sunting sumber]

  • Lee Kwang-soo sebagai operator arked menembak
  • Lee Jong-hyuk sebagai Kapten Kim Jin-seok
  • Matthew Douma sebagai Jordan, Kapten Tentera Darat Delta Force AS
  • Jung Ji-won sebagai wartawan TV
  • Park Tae-won sebagai wartawan TV
  • Ryu Hwa-young sebagai bekas teman wanita Seo Dae-young

  • Jun In-taek sebagai Yoo Young-geun, bapa Yoo Shi-jin
  • Park Joon-geum sebagai ibu Lee Chi-hoon
  • Yoo Ah-in sebagai pekerja bank
  • Nam Ki-ae sebagai ibu Kang Mo-yeon
  • Red Velvet sebagai diri sendiri

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Navagio di Zakynthos, Greece merupakan salah satu lokasi penggambaran.

Descendants of the Sun disiapkan sepenuhnya sebelum penyiaran berbeza dengan format penerbitan penggambaran langsung seperti kebanyakan drama Korea yang lain.[4] Drama ini merupakan projek pertama Song Joong-ki selepas berkhidmat selama dua tahun dalam perkhidmatan mandatori tentera.[5] Penerbitan drama ini menelan belanja 13 bilion won (lebih kurang $10.8 juta).[6]

Pada 12 Jun 2015, Song Joong-ki dan Song Hye-kyo menjalani penggambaran babak pertama mereka di Seoul.[7] Pada 28 September 2015, keseluruhan barisan pelakon dan kru (termasuk empat pelakon utama, Song Joong-ki, Song Hye-kyo, Jin Goo, Kim Ji-won serta pelakon pembantu Kang Shin-il dan Onew) berlepas ke Greece untuk penggambaran.[8] Mereka menetap di negara ini sekurang-kurangnya sebulan untuk menjalani penggambaran.[9][10] Menurut portal berita dan blog Greece, penggambaran kebanyakannya mengambil tempat di Zakynthos, Arachova dan Lemnos.[11] Lokasi drama ini mendapat inspirasi dari negara Iraq tetapi namanya ditukar kepada Uruk bagi mengelakkan konflik diplomatik.[12]

Pada 25 November 2015, telah diumumkan bahawa Song Joong-ki mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran babak aksi pada 23 November.[13] Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa Song juga mengalami kecederaan ligamen rosak lutut kanannya selain daripada keretakan lengan. Penggambaran diteruskan bersama pelakon lain dan babak yang tidak memerlukan kehadiran Song. Pada 7 Disember 2015, Song Joong-ki kembali menjalani penggambaran hanya dua minggu selepas mengalami kecederaan dan dilihat menjalani penggambaran di Seoul.[14][15] Kru selesai menjalani penggambaran pada 30 Disember 2015.[16]

Runut bunyi asal[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi Asal
Descendants of the Sun Jilid 1
Runut bunyi oleh
Pelbagai Artis
Dilancarkan pada25 Mac 2016
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenreK-pop, runut bunyi
BahasaBahasa Korea Edit the value on Wikidata
SyarikatMusic&NEW, OU Entertainment
PengarahLee Eung-bok (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Kronologi Pelbagai Artis
The Merchant: Gaekju 2015 Edit the value on Wikidata Descendants of the Sun The Master of Revenge Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jilid 1
No.TajukArtisMasa
1."Always"Yoon Mi-rae3:25
2."Everytime"Chen dan Punch3:08
3."This Love" (이 사랑) Davichi3:46
4."You Are My Everything"Gummy4:00
5."Once Again" (다시 너를) Kim Na-young feat. Mad Clown3:55
6."Save The Day"Pelbagai Artis3:20
7."Mission Part 1"Pelbagai Artis4:25
8."Time Is Running Out"Pelbagai Artis3:29
9."Hidden Genius"Pelbagai Artis4:53
10."Endless War"Pelbagai Artis2:48
11."My Everything"Pelbagai Artis2:54
12."Heart Break"Pelbagai Artis4:16
13."Military Dignity"Pelbagai Artis2:08
14."Mission Part 2"Pelbagai Artis6:14
15."I Love You"Pelbagai Artis2:53
16."Aroma"Pelbagai Artis1:56
17."War Of Tomorrow"Pelbagai Artis3:58
18."The Lover"Pelbagai Artis3:25
19."You're My Everything (versi Bahasa Inggeris)"Gummy4:00
Runut Bunyi Asal
Descendants of the Sun Jilid 2
Runut bunyi oleh
Pelbagai Artis
Dilancarkan pada21 April 2016
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenreK-pop, runut bunyi
BahasaBahasa Korea Edit the value on Wikidata
SyarikatMusic&NEW, OU Entertainment
PengarahLee Eung-bok (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Kronologi Pelbagai Artis
The Merchant: Gaekju 2015 Edit the value on Wikidata Descendants of the Sun The Master of Revenge Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jilid 2
No.TajukArtisMasa
1."Talk Love" (말해! 뭐해?) K.Will3:37
2."With You"Lyn4:15
3."By My Side" (사랑하자) SG Wannabe3:46
4."Wind Beneath Your Wings" (그대, 바람이 되어) M.C the MAX3:55
5."How Can I Love You"XIA (Junsu)4:20
6."No More War"Pelbagai Artis3:52
7."Always I Love You"Pelbagai Artis2:42
8."Fighter"Pelbagai Artis2:32
9."Mission2 - Epic Tension"Pelbagai Artis4:45
10."Lonely Road"Pelbagai Artis4:18
11."Vital Fantasy"Pelbagai Artis3:01
12."Love You 2"Pelbagai Artis2:58
13."Don't Forget Me"Pelbagai Artis3:30
14."Time Is Running Out (Ver. 2)"Pelbagai Artis3:41
15."Attention (Mission ver.)"Pelbagai Artis3:25
16."Move Forward"Pelbagai Artis3:41
17."Freedom"Pelbagai Artis3:40
18."Attention O.R.I"Pelbagai Artis1:51


Rating[sunting | sunting sumber]

Di dalam jadual di bawah, nombor biru mewakili rating terendah dan nombor merah mewakili rating tertinggi

Episod Tarikh Purata penonton
Rating TNmS[17] AGB Nielsen[18]
Seluruh negara Kawasan Ibu Negara Seoul Seluruh negara Kawasan Ibu Negara Seoul
1 24 Februari 2016 12.6% (ke–7) 12.7% (ke–4) 14.3% (ke–4) 14.4% (ke–4)
2 25 Februari 2016 13.5% (ke–6) 14.5% (ke–4) 15.5% (ke–3) 16.0% (ke–4)
3 2 Mac 2016 21.8% (ke–2) 22.7% (ke–1) 23.4% (ke–2) 24.6% (ke–2)
4 3 Mac 2016 22.9% (ke–2) 23.5% (ke–2) 24.1% (ke–2) 25.1% (ke–2)
5 9 Mac 2016 24.6% (ke–2) 26.3% (ke–1) 27.4% (ke–1) 29.2% (ke–1)
6 10 Mac 2016 25.4% (ke–2) 27.6% (ke–1) 28.5% (ke–1) 29.8% (ke–1)
7 16 Mac 2016 27.0% (ke–2) 28.9% (ke–1) 28.3% (ke–1) 30.1% (ke–1)
8 17 Mac 2016 25.9% (ke–2) 28.7% (ke–1) 28.8% (ke–1) 30.5% (ke–1)
9 23 Mac 2016 29.7% (ke–1) 32.3% (ke–1) 30.4% (ke–1) 31.0% (ke–1)
10 24 Mac 2016 28.8% (ke–1) 31.0% (ke–1) 31.6% (ke–1) 33.3% (ke–1)
11 30 Mac 2016 29.1% (ke–2) 31.3% (ke–1) 31.9% (ke–1) 33.5% (ke–1)
12 31 Mac 2016 31.1% (ke–1) 33.9% (ke–1) 33.0% (ke–1) 34.3% (ke–1)
13 6 April 2016 30.4% (ke–1) 33.7% (ke–1) 33.5% (ke–1) 35.0% (ke–1)
14 7 April 2016 31.1% (ke–1) 33.5% (ke–1) 33.0% (ke–1) 35.6% (ke–1)
15 13 April 2016 31.1% (ke–1) 35.6% (ke–1) 34.8% (ke–1) 37.5% (ke–1)
16 14 April 2016 35.3% (ke–1) 40.5% (ke–1) 38.8% (ke–1) 41.6% (ke–1)
Purata 26.27% 28.54% 28.58% 30.09%
Istimewa 20 April 2016 15.3% (ke–5) 16.6% (ke–4) 17.7% (ke–4) 19.5% (ke–3)
21 April 2016 12.3% (ke–6) 13.9% (ke–5) 13.6% (ke–5) 14.7% (ke–5)
22 April 2016 10.9% (ke–7) 11.8% (ke–6) 12.2% (ke–5) 13.2% (ke–6)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2016
Anugerah Seni Baeksang ke–52
Anugerah Utama (TV) Descendants of the Sun Menang
Drama Terbaik Tercalon
Pengarah Terbaik (TV) Lee Eung-bok
Baek Sang-hoon
Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik (TV) Song Joong-ki Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik (TV) Song Hye-kyo Tercalon
Penulis Skrip Terbaik (TV) Kim Eun-sook
Kim Won-seok
Tercalon
Pelakon Lelaki Paling Popular (TV) Song Joong-ki Menang
Jin Goo Tercalon
Pelakon Wanita Paling Popular (TV) Song Hye-kyo Menang
Kim Ji-won Tercalon
Anugerah Istimewa iQiyi Song Joong-ki Menang
Song Hye-kyo Menang
Jin Goo Tercalon
Kim Ji-won Tercalon
Festival Scene Stealer ke–2
Anugerah Scene Stealer (Lelaki) Lee Seung-joon Menang
Jo Jae-yoon Menang
Anugerah Pendatang Baru Scene Stealer (Lelaki) Onew Menang
Anugerah Televisyen Indonesia Pertama
Anugerah Istimewa Jin Goo Menang
Anugerah Utama Penyiaran Korea ke–43
Drama Terbaik Descendants of the Sun Menang
Anugerah Drama Antarabangsa Seoul ke–11
Drama Korea Cemerlang Menang
Pelakon Lelaki Korea Cemerlang Song Joong-ki Menang
Runut Bunyi Drama Korea Cemerlang Gummy (You Are My Everything) Menang
Anugerah Bintang APAN ke–5
Daesang (Anugerah Utama) Song Joong-ki Menang
Daesang (Anugerah Utama) Song Hye-kyo Tercalon
Drama Terbaik Descendants of the Sun Menang
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Minisiri
(Anugerah Kecemerlangan Tertinggi)
Song Joong-ki Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik dalam Minisiri
(Anugerah Kecemerlangan Tertinggi)
Song Hye-kyo Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Lee Seung-joon Tercalon
Jin Goo Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kim Ji-won Menang
Pelakon Baru Lelaki Terbaik Kim Min-seok Tercalon
Anugerah Bintang APAN Terbaik Song Joong-ki Menang
Anugerah Pasangan Terbaik Song Joong-ki dan Song Hye-kyo Menang
Jin Goo dan Kim Ji-won Tercalon
Anugerah Drama Korea ke–9
Anugerah Utama (Daesang) Song Joong-ki Tercalon
Drama Terbaik Descendants of the Sun Menang
Penulis Drama Terbaik Kim Eun-sook Tercalon
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Lelaki Jo Jae-yoon Menang
Pelakon Baru Lelaki Terbaik Kim Min-seok Tercalon
Runut Bunyi Asal Terbaik Gummy (You Are My Everything) Tercalon
Anugerah Persatuan Pengiklan Korea
Drama Terbaik Descendants of the Sun Menang
Anugerah Artis Asia Pertama
Anugerah Utama (Daesang), Drama Song Joong-ki Tercalon
Anugerah Artis Terbaik, Pelakon Wanita Song Hye-kyo Tercalon
Anugerah Selebriti Terbaik, Pelakon Lelaki Jin Goo Menang
Anugerah Selebriti Terbaik, Pelakon Wanita Kim Ji-won Menang
Anugerah Rookie Terbaik, Pelakon Wanita Park Hwan-hee Tercalon
Anugerah OST Terbaik Gummy (You Are My Everything) Menang
Anugerah Populariti, Pelakon Lelaki Song Joong-ki Tercalon
Anugerah Populariti, Pelakon Wanita Song Hye-kyo Tercalon
Kim Ji-won Tercalon
Anugerah Muzik Melon ke–8
OST Terbaik Gummy (You Are My Everything) Tercalon
Yoon Mi-rae (Always) Menang
Davichi (This Love) Tercalon
Anugerah Muzik Asia Mnet ke–18
OST Terbaik Tercalon
Anugerah Televisyen Asia ke–21
Drama Bersiri Terbaik Descendants of the Sun Menang
Anugerah Grimae ke–29
Anugerah Utama (Daesang) Kim Si-hyung, Uhm Jun-sung (Sinematografi) Menang
Anugerah Drama KBS ke–30
Anugerah Utama (Daesang) Song Joong-ki Menang
Song Hye-kyo Menang
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi,
Pelakon Lelaki
Song Joong-ki Tercalon
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi,
Pelakon Wanita
Song Hye-kyo Tercalon
Anugerah Kecemerlangan,
Pelakon Lelaki di dalam Minisiri
Song Joong-ki Tercalon
Jin Goo Tercalon
Anugerah Kecemerlangan,
Pelakon Wanita di dalam Minisiri
Song Hye-kyo Tercalon
Kim Ji-won Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Jo Jae-yoon Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Seo Jeong-yeon Tercalon
Pelakon Baru Lelaki Terbaik Kim Min-seok Tercalon
Onew Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Kim Ji-won Menang
Penulis Lakon Layar Terbaik Kim Eun-sook, Kim Won-seok Menang
Anugerah Netizen Song Joong-ki Tercalon
Song Hye-kyo Tercalon
Anugerah Pasangan Terbaik Song Joong-ki & Song Hye-kyo Menang
Jin Goo & Kim Ji-won Menang
Anugerah Pasangan Terbaik Asia Song Joong-ki & Song Hye-kyo Menang
2017
Anugerah Golden Disk ke–31
OST Terbaik Gummy (You Are My Everything) Menang
Anugerah Muzik Seoul ke–26
Anugerah OST Menang

Siaran antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Syarikat penerbitan, NEW berkata bahawa drama ini telah dieksport kepada 32 negara.[19]
  • Republik Rakyat China Di China, ia disiarkan serentak dengan siaran Korea Selatan di mana ia telah disiar melalui iQiyi dan telah ditonton sebanyak 2.3 bilion kali setakat bulan April 2016.[20] Populariti drama ini di China menimbulkan kebimbangan Kementerian Keselamatan Awam negara ini. Mereka kemudiannya memberi amaran melalui akaun rasmi Weibo terhadap penonton drama ini "menonton drama Korea boleh menjadi berbahaya dan juga membawa kepada masalah undang-undang". Ia ialah sebahagian daripada kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan pegawai-pegawai China yang berwaspada dengan pengaruh yang semakin meningkat budaya pop Korea kepada penduduk China sejak drama My Love from the Star pada tahun 2014.[21]
  • Yunani Di Greece, drama ini mula disiarkan pada 7 Disember 2016 menerusi saluran TV100.
  • Hong Kong Di Hong Kong, ia disiarkan melalui Viu bersama sarikata bahasa Cina Tradisional empat jam selepas siaran asal. Ia juga disiarkan melalui ViuTV.[22][23]
  • India Di India, versi alih suara Bahasa Hindi mula disiarkan pada 8 Februari 2017 menerusi saluran Zindagi.[24]
  • Indonesia Di Indonesia, drama ini boleh ditonton menerusi Viu bersama sarikata Bahasa Indonesia.[25] Ia mula disiarkan menerusi saluran RCTI pada 25 Julai 2016.[26]
  • Jepun Di Jepun, drama ini mula ditayangkan pada bulan Jun 2016 menerusi saluran, Eisei Gekijou. Terdapat laporan bahawa drama ini telah dijual dengan harga AS$100,000 setiap episod.[27]
  • Kemboja Di Kemboja, drama ini pertama kali ditayangkan pada 5 Ogos 2016 menerusi saluran Hang Meas HDTV dengan tajuk, រឿងភាគកូរ៉េ "ម្ចាស់ព្រះអាទិត្យ dengan alih suara Bahasa Khmer.[28]
  • Malaysia Di Malaysia, drama ini disiarkan melalui Viu dalam sarikata Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina dalam tempoh 24 jam siaran asal Korea Selatan.[29][30][31] Ia juga disiarkan menerusi saluran KBS World melalui Astro bermula 2 Mac sehingga 21 April 2016. Drama ini mula disiarkan menerusi saluran 8TV pada 9 Jun 2016 bersama sarikata Bahasa Melayu.[32]
  • Filipina Di Filipina, GMA Network mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan drama ini pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada program GMA The Heart of Asia.[33]
  • Singapura Di Singapura, drama ini disiarkan melalui Viu bersama sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Setiap episod tersedia untuk ditonton lapan jam selepas siaran asal Korea Selatan. [34] Semasa tempoh siaran, ia merupakan rancangan yang paling banyak ditonton melalui Viu di negara ini dan mendapat rating setinggi 31.8%.[35][36] Statistik daripada bulan Mac 2016 menunjukan kira-kira 60% pengguna Viu menonton drama ini. [37] Semasa minggu susulan episod terahir, lapan lagu daripada runut bunyi drama ini menduduki 10 tempat teratas, termasuk enam tempat teratas dalam carta lagu 30 Teratas Singapura.
  • Thailand Di Thailand, drama ini mula disiarkan pada 7 Mei 2016 menerusi saluran Channel 7.[38] Sebelum siaran drama ini di Thailand, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menyeru rakyat Thailand untuk menonton drama ini dengan mendakwa bahawa drama ini menyampaikan mesej "patriotik, pengorbanan, mentaati perintah dan menjadi warganegara yang berbakti".[39] Bintang drama ini, Song Joong-ki, melawat Thailand pada bulan Mei 2016 untuk mempromosi drama ini sebagai sebahagian daripada jelajah Asia beliau.[40]
  • Vietnam Di Vietnam, drama ini mula disiarkan semasa musim luruh menerusi saluran HTV2.[41][42]
  • Di peringkat global, drama ini boleh ditonton melalui Viki bersama sarikata dalam pelbagai bahasa. Setiap episod tersedia untuk ditonton beberapa jam selepas siaran asal Korea Selatan.[43] Drama ini juga disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran KBS World bersama sarikata Bahasa Inggeris.[44]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Song Joong Ki, Song Hye Kyo, Jin Goo and Kim Ji Won Confirm for ′Descendants of the Sun′". enewsWorld. 2 April 2015. Dicapai pada 15 Mac 2016.
  2. ^ "'Descendants' first K-drama to air simultaneously in Korea, China". The Korea Herald. 6 Januari 2016.
  3. ^ "KBS to air 'Descendants of the Sun' special edition". Kpop Herald. 30 Mac 2016.
  4. ^ "Descendants of the Sun outpaces My Love from the Star". Yonhap News. 10 Mac 2016. Dicapai pada 15 Mac 2016.
  5. ^ "Song Joong Ki, Song Hye Kyo, Jin Goo and Kim Ji Won Confirm for ′Descendants of the Sun′". MWAVE. 2 April 2015. Dicapai pada 15 Mac 2016.
  6. ^ orionight. "The Staggering Production Cost of "Descendants of the Sun" Revealed". Soompi. Dicapai pada 6 April 2016.
  7. ^ "Song Joong Ki and Song Hye Kyo revealed to have started filming Descendants of the Sun". Allkpop. 12 Jun 2015. Dicapai pada 30 September 2015.
  8. ^ Sung, So-young (1 Oktober 2015). "Song Joong-ki is filming in Greece". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  9. ^ "Descendants of the Sun Starts Filming in Greece With Month-Long Schedule". Soompi. 29 September 2015. Dicapai pada 30 September 2015.
  10. ^ "Song Joong-ki, Song Hye-kyo in Greece for drama shoot". K-pop Herald. 30 September 2015. Dicapai pada 30 September 2015.
  11. ^ "Descendants of the Sun filming in Greece". HanCinema. 17 Oktober 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  12. ^ "Uruk, backdrop of 'Descendants of the Sun,' inspired by Iraq". Kpop Herald. 20 Mac 2016.
  13. ^ "Song Joong Ki Suffers Injury While Filming Action Scene for "Descendants of the Sun"". Soompi. 24 November 2015. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  14. ^ "Song Joong Ki's Agency Updates Fans on His Injury". Soompi. 27 November 2015. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  15. ^ "Song Joong Ki returns to Descendants of the Sun despite injury". DramaFever. 10 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-16. Dicapai pada 14 Disember 2015.
  16. ^ "Song Joong Ki and Song Hye Kyo Wrap Up Filming for "Descendants of the Sun"". Soompi. 29 Disember 2015. Dicapai pada 5 Januari 2016.
  17. ^ "TNMS Daily Ratings: this links to current day-select the date from drop down menu". TNMS Ratings (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 17 September 2015.
  18. ^ "AGB Daily Ratings: this links to current day-select the date from drop down menu". AGB Nielsen Media Research (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 17 September 2015.
  19. ^ Park, Hyun-Taek (25 Mac 2016). "Descendants of the sun has been exported 32 countries".
  20. ^ "Chinese love for Descendants of the Sun hits 2.3 billion views in latest episode". AsiaOne. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-14. Dicapai pada 2016-04-29.
  21. ^ "Chinese government warns of dangers of Korean dramas as Descendants Of The Sun hits 440m views in China". The Straits Times.
  22. ^ "Viu app nets 1.2m downloads in Hong Kong". Marketing Interactive. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  23. ^ "Across Asia, viewers fall in love with wildly popular South Korean military romance drama". The Japan Times. 12 April 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  24. ^ "Descendants of the Sun – Coming Soon". Zindagi (dalam bahasa Hindi). Zee Entertainment Enterprises. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 27 Januari 2017.
  25. ^ "Viu Indonesia - Tonton tayangan Korea favorit kamu dengan..." (dalam bahasa Bahasa Indonesia). Facebook. 27 Mei 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "RCTI | Rajawali Citra Televisi Indonesia" (dalam bahasa Bahasa Indonesia). Rcti.tv. Dicapai pada 7 Disember 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "'Descendants of the Sun' to premiere in Japan". Yonhap News Agency.
  28. ^ Hang Meas HDTV. "រឿងភាគកូរ៉េ "ម្ចាស់ព្រះអាទិត្យ" | Trailer" (dalam bahasa Bahasa Kemboja). YouTube. Dicapai pada 7 Disember 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ "Viu Malaysia - If you haven't yet, today's the perfect day..." Facebook. 2 April 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  30. ^ "Viu Malaysia - This is going to be huge. Song Joong-Ki &... - Facebook".
  31. ^ "TM Customers Will Receive Free VIU Pemium Subscription".
  32. ^ "tonton". tonton. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  33. ^ "GMA Network on Twitter". Twitter.
  34. ^ "Korean Drama Series Online TV Viu Launches In Singapore". Vulcan Post.
  35. ^ GWENDOLYN NG. "Descendants Of The Sun: Hot, hot, hot". The Straits Times.
  36. ^ "Viu Singapore - #DescendantsOfTheSun hits a new tv rating... - Facebook".
  37. ^ Gwendolyn Ngnggwen@sph.com.sg (5 April 2016). "Descendants Of The Sun star Song Joong Ki: "It feels natural for me to be in a soldier's uniform", Entertainment News & Top Stories". The Straits Times. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  38. ^ "คอนเฟิร์ม! ไทยได้ลิขสิทธิ์ Descendants of the Sun เตรียมออกอากาศช่อง 7 เร็วๆนี้!". sanook (dalam bahasa Bahasa Thai).CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ "Thai PM calls on people to watch 'Descendants of the Sun'". Koreatimes.co.kr. 18 Mac 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  40. ^ "Thai Fans Descend on Airport to Welcome 'Descendants of th". En.yibada.com. 5 Mei 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  41. ^ "'Descendants of the Sun' stirs debate over Korean atrocities in Vietnam | Asia Times". Atimes.com. 2 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-06. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  42. ^ "HTV2 - Trailer Hậu Duệ Mặt Trời" (dalam bahasa Bahasa Vietnam). YouTube. 15 April 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  43. ^ "Exclusive: "Descendants of the Sun" Press Conference - Soompi". Soompi.
  44. ^ "KBSWORLD -Weekly Schedule". Kbsworld.kbs.co.kr. Dicapai pada 7 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]