Desperate Housewives

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Desperate Housewives
GenreDrama
PenciptaMarc Cherry
PengarahLarry Shaw
David Grossman
dan lain
Dibintangi oleh
Teri Hatcher
Felicity Huffman
Marcia Cross
Eva Longoria Parker
Nicollette Sheridan
Ricardo Antonio Chavira
Andrea Bowen
Doug Savant
Kyle MacLachlan
Dana Delany
James Denton
Pencerita suara latar
Brenda Strong
Penggubah lagu tema
Danny Elfman
Lagu pembukaanDesperate Housewives Theme
PenggubahSteve Bartek[1]
Stewart Copeland[2]
Steve Jablonsky[3]
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim8
Bilangan episod180 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMarc Cherry
Tom Spezialy (Musim 1-2)
Michael Edelstein (Musim 1-2)
Joe Keenan (Musim 3)
George W. Perkins (Musim 3-4)
Bob Daily (Musim 4)
John Pardee & Joey Murphy (Season 4)
Kevin Murphy (co-exec)
Chris Black (co-exec, Musim 2)
Larry Shaw (co-exec, Season 3)
David Grossman (co-exec, Musim 3)
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran42 minit
Penyiaran
Saluran asalABC
Format gambar480i (SDTV),
720p (HDTV)
Format audio5.1-channel surround sound
Siaran asal3 Oktober 200413 Mei 2012
Kronologi
Rancangan berkaitan
Amas de Casa Desesperadas (2006–)
Donas de Casa Desesperadas (20072008)
Pautan luar
Laman sesawang

Desperate Housewives merupakan rancangan popular yang pernah diiktiraf oleh anugerah-anugerah besar seperti Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe sebagai drama seri terbaik untuk genre komedi yang dicipta oleh Marc Cherry. Drama ini dibintangi oleh lima orang peneraju utama iaitu Eva Longoria Parker sebagai Gabrille Solis, Marcia Cross sebagai Bree, Teri Hatcher sebagai Susan, Felicity Huffman sebagai Lynette dan Nicollette Sheridan sebagai Edie Britt. Bermula daripada episod pengenalan, suara Brenda Strong digunakan sebagai penglipurlara siri ini.

Watak kesemua mereka ini, menceritakan wanita-wanita yang sering berhadapan masalah cinta, seks, keluarga, suami, kerenah anak-anak yang nakal, jiran tetangga dan pelbagai lagi masalah yang tiada pengakhirannya.

Siri ini juga dikatakan berjaya mengumpulkan hampir 30 juta penonton di serata dunia untuk setiap episod. Malah siri ini juga pernah mengalahkan “ranking” Grammy Awards & People Choice Awards yang mana disiarkan pada waktu yang sama dengan drama bersiri popular ini. Drama ini telah bermula pada 3 Oktober 2004 menerusi American Broadcasting Company (ABC).

Rancangan yang menunjukkan permasalahan lima wanita yang mempunyai status diri tersendiri dan kisah yang menarik ini berlaku di Wisteria Lane, Fairview, terletak di negeri rekaan Eagle State, Amerika Syarikat. Templat:Spoiler

Latar cerita dan watak[sunting | sunting sumber]

Musim pertama[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 3 Oktober 2004 (di AS) & mempunyai sebanyak 23 episod untuk musim pertama. Episod bermula apabila Mary Alice Young (lakonan Brenda Strong) yang mengambil keputusan untuk membunuh diri walaupun memiliki segala-galanya. Kematian beliau membawa tanda tanya kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya pula terdiri daripada Bree Van De Kamp, seorang wanita yang menginginkan kesempurnaan dalam segala aspek, mempunyai dua orang anak dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya dari runtuh; Lynette Scavo, ibu kepada empat orang anak yang mana selalu kesepian kerana ditinggalkan suami yang bertugas di luar daerah; Susan Mayer, janda yang menginginkan cinta dan bertemu dengan jiran barunya yang kacak dan mempunyai rahsia tersendiri (Mike Delfino); Gabrielle Solis; seorang bekas peragawati yang selalu menggunakan kecantikan sebagai aset paling berharganya, seorang materialistik dan mempunyai hubungan sulit dengan tukang kebun rumahnya yang juga seorang remaja bawah umur (John Rowland); dan terakhir ialah Edie Britt, seorang wanita seksi dan pesaing utama Susan Mayer untuk segala hal termasuklah untuk mendapatkan Mike Delfino.

Musim kedua[sunting | sunting sumber]

Musim kedua bermula pada 25 September 2005 (untuk siaran AS) dan mempunyai 23 episod termasuk satu episod yang menampilkan dua jam siaran sebagai pengakhiran musim kedua. Selepas mengetahui rahsia disebalik kematian Mary Alice, wanita-wanita ini bersaing untuk hidup di Wisteria Lane. Bree, menjadi makin tertekan setelah suaminya meninggal dunia akibat hati yang membara dengan dendam setelah mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit di luar. Susan, masih mencari cinta setelah putus dengan Mike dan masalahnya dengan Edie Britt menjadi lebih rumit setelah Edie mengetahui bahawa Susan pernah meniduri teman lelaki Edie yang juga bekas suami Susan terdahulu. Lynette mula bekerja dalam bidang pengiklanan sementara suaminya (Tom Scavo) yang dibuang kerja mengambil alih tugas-tugas Lynette di rumah. Gabrielle pula disahkan mengandung dan mengambil keputusan untuk menjadi setia dengan suaminya (Carlos Solis) yang kini berada di penjara. Edie yang berang dengan Susan telah membakar rumah Susan. Namun, watak baru muncul iaitu Betty Applewhite dan anaknya Matthew Applewhite. Mereka kelihatan pelik kerana berpindah ke kawasan perumahan itu pada tengah malam dan sentiasa menimbulkan curiga di hati jiran-jirannya.

Musim Ketiga

Musim ketiga bermula pada 24 September 2006 dan menjanjikan 23 episod. Ia bermula enam bulan selepas Mike dilanggar dengan sengaja oleh Orson Hodge yang juga mengahwini Bree untuk musim ketiga ini. Gabrielle yang mengetahui bahawa Carlos berlaku curang telah menuntut cerai ke atas Carlos, namun proses penceraian mereka selalu ditangguhkan dek kerana sikap mereka berdua yang tidak mahu mengalah. Bree pula mengahwini Orson. Namun perkahwinan mereka sering diganggu oleh seorang wanita misteri yang menuduh Orson membunuh bekas isterinya yang terdahulu. Lynette pula berhadapan masalah dengan perempuan simpanan Tom. Tom pula cuba meraih sokongan Lynette untuk membuka restoran pizza. Susan setia menunggu Mike sedar dari koma. Namun ketika Mike sedar, Susan tiada di sisi Mike kerana sedang bersama seorang lelaki yang ditemuinya di hospital. Kesulitan mula timbul apabila Edia yang menjadi orang pertama mengetahui Mike sedarkan diri. Mike kini lupa ingatan dan tidak mengenali Susan sebagai orang yang pernah dicintainya. Templat:Endspoiler

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Golden Globe Awards

  • 2005
    • Best Performance by an Actress in a TV Series: Musical or Comedy: Teri Hatcher
    • Best TV Series: Musical or Comedy
  • 2006
    • Best TV Series: Musical or Comedy

Primetime Emmy Awards

  • 2005
    • Outstanding Guest Actress in A Comedy Series: Kathryn Joosten
    • Outstanding Lead Actress in a Comedy Series: Felicity Huffman
    • Outstanding Directing for a Comedy Series, Charles McDougall for "Pilot"
    • Outstanding Casting for a Comedy Series
    • Outstanding Main Title Theme Music
    • Outstanding Single-Camera Picture Editing for a Comedy Series ("Pilot")

Screen Actors Guild Awards

  • 2005
    • Outstanding Performance by a Female Actor in a Comedy Series: Teri Hatcher
    • Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series
  • 2006
    • Outstanding Performance by a Female Actor in a Comedy Series: Felicity Huffman
    • Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stevebartek.com – Desperate Housewives, Retrieved August 5, 2007
  2. ^ Micallef, Ken: Stewart Copeland – Staring Down The Future, Retrieved August 5, 2007
  3. ^ Schweiger, Daniel: E-Notes: Steve Jablonsky Morphs his Music to Score Transformers, iF Magazine, July 10, 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]