Detektif Yaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Detektif Yaya
  • Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun
  • Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum
  • Detektif Yaya dan Misteri Kerongsang Kuasa
  • Detektif Yaya VS Detektif ‘NIC’
  • Detektif Yaya dan Pengembaraan ke El-Doremido

PengkaryaFatimah "Timie" Zafira
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreFiksyen Penyiasatan
PenerbitAnimonsta Studios
PTS Publishing House Sdn Bhd (dengan imprin PTS Junior)
Tahun terbit26 Februari 2016 (2016-02-26)–15 November 2016; 7 tahun yang lalu (2016-11-15)
Jenis mediaNomik
Bil. buku5

Detektif Yaya ialah siri nomik yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan sempalan dari siri animasi BoBoiBoy. Ia diterbitkan oleh Animonsta Studios[1] dengan kerjasama syarikat penerbitan PTS Publishing House dengan menggunakan imprin PTS Junior. Siri nomik ini ditulis oleh Fatimah "Timie" Zafira yang merupakan penulis skrip animasi BoBoiBoy[2].

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Siri pertama berjudul Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun telah diterbitkan pada 26 Februari 2016. Sejak menulis skrip untuk animasi BoBoiBoy, Fatimah Zafira selalu terbayang senario harian yang dilalui BoBoiBoy dan kawan-kawannya di sekolah. Dengan menggabungkan elemen misteri dan lawak, maka lahirlah Detektif Yaya[3].

Siri ini dipenuhi dengan nilai-nilai murni dan diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri. Watak-watak dalam nomik ini juga berdasarkan watak-watak yang sedia ada dalam siri animasi BoBoiBoy. Misteri dalam siri Detektif Yaya ini membuatkan pembaca berusaha bagi mendapatkan jawapan dan berasa seperti seorang penyiasat.

Siri penerbitan[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima buah penerbitan dalam siri Detektif Yaya ini, iaitu[4]:

  • Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun[5]
  • Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum[6]
  • Detektif Yaya dan Misteri Kerongsang Kuasa[7]
  • Detektif Yaya VS Detektif ‘NIC’[8]
  • Detektif Yaya dan Pengembaraan ke El-Doremido[9]

Kemunculan[sunting | sunting sumber]

Detektif Yaya turut muncul dalam antologi komik "Aku, Kau & Superhero" terbitan Komik-M, sebuah lagi imprin PTS yang diterbitkan pada 15 November 2016[10] dengan judul "Detektif Yaya: Jatuh Sakit" yang merupakan sedutan dari siri Detektif Yaya kelima, Detektif Yaya dan Pengembaraan ke El-Doremido [11].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurulwahida Othman (6 Disember 2016). "Kenapa BoBoiBoy Menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 Rahsia Didedahkan". The Vocket. Dicapai pada 18 Julai 2021.
  2. ^ Amiratul Awatif Ghazali. "Kenyataan Media Buku Akan Terbit: Buku Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun" (PDF). PTS Media Group. Dicapai pada 18 Julai 2021.
  3. ^ Amiratul Awatif Ghazali. "Kenyataan Media Buku Akan Terbit: Buku Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum" (PDF). PTS Media Group. Dicapai pada 18 Julai 2021.
  4. ^ Amiratul Awatif Ghazali. "Kenyataan Media Buku Baru Terbit: Buku Detektif Yaya dan Pengembaraan ke El-Doremido" (PDF). PTS Media Group. Dicapai pada 18 Julai 2021.
  5. ^ Timie Zafira (26 Februari 2016). Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun. PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-760-3.
  6. ^ Timie Zafira (14 April 2016). Detektif Yaya dan Misteri Hantu Harum. PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-741-2.
  7. ^ Timie Zafira (20 Jun 2016). Detektif Yaya dan Misteri Kerongsang Kuasa. PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-873-0.
  8. ^ Timie Zafira (15 Ogos 2016). Detektif Yaya VS Detektif ‘NIC’. PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-894-5.
  9. ^ Timie Zafira (15 November 2016). Detektif Yaya dan Pengembaraan ke El-Doremido. PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-917-1.
  10. ^ "Aku, Kau & Superhero". PTS Media Group. Dicapai pada 18 Julai 2021.
  11. ^ Artis-Artis Komik-M (15 November 2016). Aku, Kau & Superhero. Komik-M. m/s. 72–83. ISBN 978-967-411-819-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]