Determinisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Determinisme ialah keyakinan falsafah bahawa semua peristiwa berlaku sebagai akibat dari adanya beberapa kemestian dan kerananya tak terelakkan. Secara khusus, gagasan bahawa pilihan-pilihan dari para pesalah rasional tertentu di masa lalu dapat sahaja dilakukan dengan cara berbeza—atau malah gagasan bahawa keputusan-keputusan dari para pesalah tersebut pada masa mendatang dapat menghasilkan sesuatu yang lain daripada apa yang mereka kehendaki—biasanya mendapat cabaran dalam pandangan ini. Dengan demikian, "masalah" kehendak bebas—atau gagasan bahawa kehendak bebas ialah suatu "ilusi"—seringkali timbul sebagai suatu akibat dari tuntutan utama yang dihasilkan oleh determinisme, iaitu bahawa masa lalu, masa kini, dan masa hadapan diidentifikasi dengan suatu rangkaian keadaan yang pada hakikatnya tak terputus dan tidak terdapat satu keadaan pun yang dapat dihindari. Beberapa determinis sepenuhnya menolak gagasan mengenai "kemungkinan" ataupun "keacakan", malah menyatakan bahawa gagasan-gagasan tersebut hanya merupakan suatu ciptaan budi dan/atau sekadar hasil imaginasi. Pada akhirnya merupakan suatu hasil dari ketidaktahuan dalam menghadapi segala faktor. Bagaimanapun bercakap mengenai kehendak bebas merupakan perhatian tersendiri, dan setiap perbahasan berkait determinisme pada prinsipnya tidak memerlukan perbahasan mengenai kehendak bebas. Selain isu-isu ini, terdapat perdebatan-perdebatan mengenai usaha keras dari bahasa untuk dapat benar-benar menangkap apa yang dimaksudkan secara tepat—dengan andaian terdapat suatu maksud tertentu—ataupun apa sebenarnya hakikat sejati dari realiti terlepas dari bagaimana meyakinkannya hakikat dari konsep determinisme.

"Terdapat banyak determinisme, tergantung dari prakondisi apa yang dianggap sebagai penentu dari suatu peristiwa atau tindakan."[1] Teori-teori deterministik sepanjang sejarah falsafah berkembang dari keragaman dan kadangkala saling tumpang tindih antara pelbagai motif dan pertimbangan. Beberapa bentuk determinisme dapat diuji secara empirik dengan idea-idea dari fizik dan falsafah fizik. Kebalikan dari determinisme ialah beberapa jenis indeterminisme (yang lainnya disebut nondeterminisme). Determinisme seringkali dikontraskan dengan kehendak bebas.[2]

Determinisme sering diartikan sebagai determinisme kausal, yang dalam fizik dikenal sebagai sebab-dan-akibat. Konsep ini menyatakan bahawa peristiwa-peristiwa dalam suatu paradigma yang diberikan terikat oleh kausalitas sedemikian rupa sehingga setiap keadaan (dari suatu objek atau peristiwa) sepenuhnya ditentukan oleh keadaan-keadaan sebelumnya. Pengertian ini dapat dibedakan dari varian-varian determinisme lainnya yang disebutkan di bawah.

Perdebatan-perdebatan yang lain seringkali menyangkut ruang skop sistem-sistem yang telah ditentukan (determined); beberapa kalangan berpendapat bahawa seluruh alam semesta ialah suatu sistem determinat tunggal dan kalangan-kalangan lain mengenal sistem-sistem determinat yang lebih terhad lainnya (atau multisemesta). Pelbagai perdebatan bersejarah melibatkan banyak kedudukan falsafah dan varian determinisme. Semua itu meliputi perdebatan-perdebatan tentang determinisme dan kehendak bebas, secara teknikal dinyatakan sebagai kompatibilistik (membolehkan koeksistensi kedua-duanya) dan inkompatibilistik (menyangkal kemungkinan dari koeksitensi kedua-duanya).

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A list of a dozen varieties of determinism is provided in Bob Doyle (2011). Free Will: The Scandal in Philosophy. I-Phi Press. pp. 145–146 ff. ISBN 0983580200. 
  2. ^ For example, see Richard Langdon Franklin (1968). Freewill and determinism: a study of rival conceptions of man. Routledge & K. Paul. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Daniel Dennett (2003) Freedom Evolves. Viking Penguin.
  • John Earman (2007) "Aspects of Determinism in Moden Physics" in Butterfield, J., and Earman, J., eds., Philosophy of Physics, Part B. North Holland: 1369-1434.
  • George Ellis (2005) "Physics and the Real World", Physics Today.
  • Epstein, J.M. (1999). Epstein, J.M. (1999). "Agent Based Models and Generative Social Science". Complexity. IV: 5. doi:10.1002/(sici)1099-0526(199905/06)4:5<41::aid-cplx9>3.3.co;2-6. 
  • -------- and Axtell R. (1996) Growing Artificial Societies — Social Science from the Bottom. MIT Press.
  • Kenrick, D. T.; Li, N. P.; Butner, J. (2003). Kenrick, D. T.; Li, N. P.; Butner, J. (2003). "Dynamical evolutionary psychology: Individual decision rules and emergent social norms". Psychological Review. 110: 3–28. doi:10.1037/0033-295x.110.1.3. 
  • Albert Messiah, Quantum Mechanics, English translation by G. M. Temmer of Mécanique Quantique, 1966, John Wiley and Sons, vol. I, chapter IV, section III.
  • Ernest Nagel (March 3, 1960). Ernest Nagel (March 3, 1960). "Determinism in history". Philosophy and Phenomenological Research. International Phenomenological Society. 20: 291–317. JSTOR 2105051. doi:10.2307/2105051.    (Online version found here)
  • John T Roberts (2006). John T Roberts (2006). "Determinism". Dalam Sahotra Sarkar; Jessica Pfeifer. The Philosophy of Science: A-M. Taylor & Francis. pp. 197 ff. ISBN 0415977096. 
  • Nowak A., Vallacher R.R., Tesser A., Borkowski W., (2000) "Society of Self: The emergence of collective properties in self-structure", Psychological Review 107.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • George Musser, "Is the Cosmos Random? (Einstein's assertion that God does not play dice with the universe has been misinterpreted)", Scientific American, vol. 313, no. 3 (September 2015), pp. 88–93.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]