Detik Antara Waktu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Detik Antara Waktu"
Single oleh Misha Omar
daripada album Dia...Misha
Dikeluarkan pada 8 April 2011
Format CD
Genre Pop
Syarikat Sony BMG Music Malaysia
Penulis Rudi Muhammad (Kuncidemak)
Penerbit Rudi Muhammad (Kuncidemak)
Kronologi single Misha Omar
"Berlalu"
(2011)
"Detik Antara Waktu"
(2011)
"Angin Syurga"
(2012)

Lagu Detik Antara Waktu merupakan sebuah single kedua untuk mempromosikan album kompilasi pertama nyanyian penyanyi popular Misha Omar. Album tersebut yang berjudul Dia...Misha adalah untuk meraikan genap 10 tahun penglibatan penyanyi ini di arena seni suara sejak menjadi finalis dalam rancangan Bintang RTM 2001.

Lagu Detik Antara Waktu ini pertama kali dipersembahkan di khalayak ketika pelancaran dan showcase album Dia...Misha di Celebrities Hall of Music, Solaris Mont Kiara Kuala Lumpur pada 28 Mac 2011. Biarpun lagu ini menemui pendengar radio pada 8 April namun penjualan secara digital untuk lagu ini telah rancak sejak Februari sekaligus menjadikan lagu ini lebih lekas popular berbanding single pertama yang berjudul Berlalu. Lagu ini pertama kali ke kaca TV menerusi rakaman Konsert Sensasi 2 Misha Omar yang ditayangkan pada 1 September 2011.

Lagu ini disifatkan sebagai makanan ruji Misha kerana menghidangkan ballad yang berciri kemelayuan dengan susunan muzik yang lebih progresif. Kemampuan vokal Misha disifatkan lebih teruji dengan lagu ini disamping dapat memperlihatkan sisi kematangan Misha. Rudi Muhammad ataupun lebih dikenali sebagai Kuncidemak sebelum ini pernah bekerjasama dengan penyanyi popular Faizal Tahir untuk 2 buah album penyanyi tersebut dan Misha merupakan penyanyi wanita pertama yang bekerjasama dengannya.

Lagu ini mencatat kedudukan ke 19 di Carta 20 Suria FM setelah 11 minggu di dalam carta.

Tema Qaseh Marissa[sunting | sunting sumber]

Misha mengumumkan menerusi laman Twitternya bahawa lagu ini dijadikan sebagai lagu tema untuk drama bersiri Qaseh Marissa yang menemui penonton di kaca TV2 pada Oktober 2011.