Detroit: Become Human

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Detroit: Become Human
PembangunQuantic Dream
PenerbitSony Interactive Entertainment
PengarahDavid Cage
PengeluarSophie Buhl
PerekaSimon Wasselin
PengaturcaraJean-Charles Perrier
Penulis
Komposer
PelantarPlayStation 4
Keluaran25 Mei 2018
GenreAdventure
ModSingle-player

Detroit: Become Human ialah sebuah permainan video pengembaraan yang direka oleh studio Quantic Dream dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4, yang dikeluarkan di seluruh dunia pada 25 Mei 2018. Jalan cerita menumpu kepada tiga buah android; Kara (Valorie Curry), yang melarikan diri daripada tuannya untuk memahami kesedaran yang muncul dalam program dia sambil melindungi seorang gadis muda; Connor (Bryan Dechart), yang tugasnya adalah untuk memburu android yang mula sedar dan memberontak; dan Markus (Jesse Williams), yang bertekad untuk membebaskan android-android lain daripada penghambaan. Sama ada mereka kekal hidup atau mati bergantung kepada pilihan yang dipilih oleh pemain.

Detroit: Become Human adalah berdasarkan kepada demonstrasi teknologi Quantic Dream pada tahun 2012 yang bertajuk Kara; Valorie Curry kembali untuk memainkan watak dalam tajuk tersebut (Kara). TUntuk mengkaji persekitaran Detroit, para developer pergi melawat Detroit, Michigan. Skrip permainan video ini memerlukan penulis dan pengarah David Cage untuk merujuk pakar kecerdasan buatan (artificial intelligence), selama dua tahun untuk menyelesaikannya. Mereka membina enjin yang baru untuk melengkapkan permainan ini dan menguji bakat beratus pelakon sebelum memulakan proses penggambaran dan animasi. Philip Sheppard, Nima Fakhrara, dan John Paesano memainkan peranan penggubah muzik untuk Kara, Connor, dan Markus, mengikut turutan.

Detroit: Become Human diberikan ulasan yang bagus daripada pengkritik, yang memuji latar dan suasana, gambaran visual, saat-saat kecil dalam cerita, watak-watak utama, pelakon suara mereka, pilihan pemain yang akan memberi kesan pada jalan cerita, dan ciri-ciri aliran jalan cerita, tetapi juga dikritik atas sebab kawalan gerakan (motion controls), penyalahgunaan alegori sejarah dan tematik, dan aspek jalan cerita dan watak-watak. Permainan ini ialah pelancaran yang paling berjaya oleh Quantic Dream dan telah menjual 1.5 juta salinan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McFerran, Damien (14 Mei 2018). "Detroit: Become Human is the next step in story-driven gaming". Red Bull Games.
  2. ^ Brotherson, Corey (23 Mei 2018). "How Detroit: Become Human's narrative team brought a world of androids to life". PlayStation Blog. Diarkib daripada yang asal pada 23 Mei 2018.
  3. ^ Quantic Dream. Detroit: Become Human. Sony Interactive Entertainment. PlayStation 4. Level/area: Opening. 25 Mei 2018.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "nb" ada tetapi tag <references group="nb"/> yang sepadan tidak disertakan