Dewa-Dewi Hindu

Dewa Dewi Hindu ialah dewa dan dewi dalam agama Hindu . Dewa-dewi dalam agama Hindu adalah sepelbagai tradisinya, dan seorang penganut Hindu boleh memilih untuk menjadi politeistik, panteistik, monoteistik, monistik, agnostik, ateistik, atau humanis . [1] Istilah dan gelaran bagi dewa-dewi dalam pelbagai tradisi Hindu adalah berbeza-beza, dan termasuk Dewa, Devi, Iswara, Iswarai, Bhagavān dan Bhagavati . [2] [3] [note 1]
Dewa-dewi dalam agama Hindu telah berkembang sejak era Veda (abad ke-2 SM) hingga era pertengahan (abad ke-1 M), secara serantau di Nepal, Pakistan, India dan di Asia Tenggara, serta merentasi pelbagai tradisi Hindu. [4] [5]
Konsep dewa dalam agama Hindu berbeza-beza, daripada tuhan peribadi seperti dalam aliran Yoga falsafah Hindu, [6] kepada tiga puluh tiga dewa utama dalam Veda, [7] sehingga ratusan dewa yang disebut dalam Purana. [8] Contoh dewa utama kontemporari termasuk Vishnu, Shiva dan Mahadewa. [9] Dewa-dewa ini mempunyai personaliti yang tersendiri dan kompleks, namun sering dianggap sebagai aspek-aspek dari Realiti Tertinggi yang dipanggil Brahman. [10]Sejak zaman purba, idea kesetaraan telah dihargai oleh semua penganut Hindu, dalam teks-teksnya dan seni ukiran awal abad pertama, dengan konsep seperti Harihara (separuh Vishnu, separuh Shiva) [11] dan Ardhanarishvara (separuh Shiva, separuh Parvati) dengan mitos dan kuil yang menampilkan mereka bersama-sama, [12] menyatakan mereka adalah sama. [13] [14] [15] Dewa-dewi utama telah menjadi inspirasi bagi tradisi Hindu masing-masing seperti Vaishnavisme,Saivisme dan
Saktam, tetapi dengan mitologi, tatacara ritual, teosofi, aksiologi dan poli-senterisme yang dikongsi bersama. [16] [17] [18] Beberapa tradisi Hindu, seperti Smartisme dari pertengahan abad pertama masihi, telah memasukkan pelbagai dewa utama sebagai manifestasi henoteistik Saguna Brahman, dan sebagai cara untuk menyedari Nirguna Brahman. [19] [20] [21] Dalam falsafah Samkhya, Devata atau dewa dewi dianggap sebagai "sumber tenaga semula jadi" yang memiliki Sattva sebagai Guna yang dominan. [22]
Dewa-dewa Hindu digambarkan melalui pelbagai ikon dan anikon dalam ukiran dan lukisan, yang dipanggil Murtis (Arca) dan Pratimas.[23] Beberapa tradisi Hindu, seperti Charvakas kuno menolak semua dewa-dewi dan konsep tuhan atau dewi, [24] [25] manakala gerakan era kolonial British abad ke-19 seperti Arya Samaj dan Brahmo Samaj menolak dewa-dewi dan mengamalkan konsep Monoteisme . [26] [27] Dewa-dewa Hindu telah diadopsi dalam agama lain seperti Jainisme , [28] dan di kawasan luar India, seperti China , Thailand , Myanmardan Jepun yang kebanyakannya beragama Buddha, di mana mereka terus dihormati dalam kuil atau seni serantau. [29] [30] [31]
Dalam teks Hinduisme zaman kuno dan zaman pertengahan, tubuh manusia digambarkan sebagai kuil, [32] [33] dan dewa digambarkan sebagai bahagian yang tinggal di dalamnya, manakala Brahman (Kenyataan Mutlak, Tuhan) [19] [34] digambarkan sebagai sama, atau sifat yang serupa, sebagai Atman (setiap makhluk hidup yang sama), yang kekal dan Hindu di dalam diri masing-masing. [35] [36] [37]
Dewa dan Dewi
[sunting | sunting sumber]
Dewa-Dewi dalam agama Hindu disebut sebagai Dewa (maskulin) dan Dewi (perempuan). [38] [39] Akar kata bagi istilah-istilah ini bermaksud "syurga, ketuhanan, apa-apa yang cemerlang".
Dalam kesusasteraan Veda yang paling awal, semua makhluk ghaib dipanggil Asura . [40] Menjelang zaman Veda akhir (kira-kira. 500 sm), makhluk ghaib yang baik \ dirsebut sebagai Deva-Asuras . Dalam teks pasca -Veda, seperti Purana dan Itihasa Hindu, para Dewa mewakili kebaik, manakala Asura mewakili kejahatan. [4] [5] Dalam beberapa kesusasteraan India abad pertengahan, para Deva juga dirujuk sebagai Suras dan dibandingkan dengan rakan mereka yang sama kuat tetapi jahat, yang dipangil Asura.
Dewa-dewa Hindu adalah sebahagian daripada mitologi Hindu, kedua-dua Dewa dan Dewi muncul dalam salah satu daripada banyak teori kosmologi dalam agama Hindu. [41] [42]
Ciri-ciri dewa-dewi era Veda
[sunting | sunting sumber]Dalam kesusasteraan Veda, Dewa dan Dewi mewakili kekuatan alam dan ada yang mewakili nilai moral (seperti Aditya, Varuna, dan Mitra ), masing-masing melambangkan kemuncak pengetahuan khusus, tenaga kreatif, serta kuasa yang tinngi dan ajaib ( Siddhis ). [43] [44]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Denominasi Hindu
- ikonografi Hindu
- mitologi Hindu
- Purana
- Senarai dewa-dewi Hindu
- Dewa Rigveda
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lester Kurtz (ed.), Encyclopedia of Violence, Peace and Conflict, ISBN 978-0123695031, Academic Press, 2008
- ^ Radhakrishnan and Moore (1967, Reprinted 1989), A Source Book in Indian Philosophy, Princeton University Press, ISBN 978-0691019581, pp. 37-39, 401-403, 498-503
- ^ Mircea Eliade (2009), Yoga: Immortality and Freedom, Princeton University Press, ISBN 978-0691142036, pp. 73-76
- ^ a b Nicholas Gier (2000), Spiritual Titanism: Indian, Chinese, and Western Perspectives, State University of New York Press, ISBN 978-0791445280, pp. 59-76 Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "nickgier" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Jeaneane D. Fowler (2012), The Bhagavad Gita, Sussex Academic Press, ISBN 978-1845193461, pp. 253-262 Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "fowlergita" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Renou 1964
- ^ Scarborough, Jack (2000). The Origins of Cultural Differences and Their Impact on Management (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 131. ISBN 978-1-56720-439-1.
- ^ Sanjukta Gupta (2013), Lakṣmī Tantra: A Pāñcarātra Text, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120817357, p. 166
- ^ "Hinduism - Deities, Beliefs, Rituals | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-04-03. Dicapai pada 2025-04-21.
- ^ Knut Jacobsen (2008), Theory and Practice of Yoga : 'Essays in Honour of Gerald James Larson, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120832329, pp. 77-78
- ^ David Leeming (2001), A Dictionary of Asian Mythology, Oxford University Press, ISBN 978-0195120530, p. 67
- ^ Ellen Goldberg (2002), The Lord who is half woman: Ardhanārīśvara in Indian and feminist perspective, State University of New York Press, ISBN 0-791453251, pp. 1–4
- ^ TA Gopinatha Rao (1993), Elements of Hindu Iconography, Vol. 2, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120808775, pp. 334-335
- ^ Fred Kleiner (2012), Gardner's Art through the Ages: A Global History, Cengage, ISBN 978-0495915423, pp. 443-444
- ^ Cynthia Packert Atherton (1997), The Sculpture of Early Medieval Rajasthan, Brill, ISBN 978-9004107892, pp. 42-46
- ^ Lance Nelson (2007), An Introductory Dictionary of Theology and Religious Studies (Editors: Orlando O. Espín, James B. Nickoloff), Liturgical Press, ISBN 978-0814658567, pp. 562-563
- ^ Julius J. Lipner (2009), Hindus: Their Religious Beliefs and Practices, 2nd Edition, Routledge, ISBN 978-0-415-45677-7, pp. 371-375
- ^ Frazier, Jessica (2011). The Continuum Companion to Hindu Studies. London: Continuum. m/s. 1–15. ISBN 978-0-8264-9966-0.
- ^ a b For dualism school of Hinduism, see: Francis X. Clooney (2010), Hindu God, Christian God: How Reason Helps Break Down the Boundaries between Religions, Oxford University Press, ISBN 978-0199738724, pp. 51-58, 111-115;
For monist school of Hinduism, see: B. Martinez-Bedard (2006), Types of Causes in Aristotle and Sankara, Thesis - Department of Religious Studies (Advisors: Kathryn McClymond and Sandra Dwyer), Georgia State University, pp. 18-35 Ralat petik: Tag<ref>tidak sah, nama "fxclooney" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Michael Myers (2000), Brahman: A Comparative Theology, Routledge, ISBN 978-0700712571, pp. 124-127
- ^ Thomas Padiyath (2014), The Metaphysics of Becoming, De Gruyter, ISBN 978-3110342550, pp. 155-157
- ^ Sharma 1990.
- ^ "pratima (Hinduism)". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 21 August 2011.
- ^ John Clayton (2010), Religions, Reasons and Gods: Essays in Cross-cultural Philosophy of Religion, Cambridge University Press, ISBN 978-0521126274, p. 150
- ^ A Goel (1984), Indian philosophy: Nyāya-Vaiśeṣika and modern science, Sterling, ISBN 978-0865902787, pages 149-151;
R. Collins (2000), The Sociology of Philosophies, Harvard University Press, ISBN 978-0674001879, p. 836 - ^ Naidoo, Thillayvel (1982). The Arya Samaj Movement in South Africa. Motilal Banarsidass. m/s. 158. ISBN 81-208-0769-3.
- ^ Glyn Richards (1990), The World's Religions: The Religions of Asia (Editor: Friedhelm Hardy), Routledge, ISBN 978-0415058155, pp. 173-176
- ^ John E. Cort (1998), Open Boundaries: Jain Communities and Cultures in Indian History, State University of New York Press, ISBN 978-0791437865, pp. 218-220
- ^ Hajime Nakamura (1998), A Comparative History of Ideas, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120810044, pp. 26-33
- ^ Ellen London (2008), Thailand Condensed: 2,000 Years of History & Culture, Marshall Cavendish, ISBN 978-9812615206, p. 74
- ^ Trudy Ring et al. (1996), International Dictionary of Historic Places: Asia and Oceania, Routledge, ISBN 978-1884964046, p. 692
- ^ Jean Holm and John Bowker (1998), Sacred Place, Bloomsbury Academic, ISBN 978-0826453037, pp. 76-78
- ^ Michael Coogan (2003), The Illustrated Guide to World Religions, Oxford University Press, ISBN 978-0195219975, p. 149
- ^ Brodd, Jeffrey (2003). World Religions. Winona, MN: Saint Mary's Press. ISBN 978-0-88489-725-5.
- ^ Monier-Williams 1974
- ^ John Koller (2012), Routledge Companion to Philosophy of Religion (Editors: Chad Meister, Paul Copan), Routledge, ISBN 978-0415782944, pp. 99-107
- ^ R Prasad (2009), A Historical-developmental Study of Classical Indian Philosophy of Morals, Concept Publishing, ISBN 978-8180695957, pp. 345-347
- ^ John Stratton Hawley and Donna Marie Wulff (1998), Devi: Goddesses of India, Motilal Banarsidass, ISBN 978-8120814912, p. 2
- ^ William K Mahony (1997), The Artful Universe: An Introduction to the Vedic Religious Imagination, State University of New York Press, ISBN 978-0791435809, p. 18
- ^ Wash Edward Hale (1999), Ásura in Early Vedic Religion, Motilal Barnarsidass, ISBN 978-8120800618, pp. 5-11, 22, 99-102
- ^ Don Handelman (2013), One God, Two Goddesses, Three Studies of South Indian Cosmology, Brill Academic, ISBN 978-9004256156, pp. 23-29
- ^ Wendy Doniger (1988), Textual Sources for the Study of Hinduism, Manchester University Press, ISBN 978-0719018664, p. 67
- ^ George Williams (2008), A Handbook of Hindu Mythology, Oxford University Press, ISBN 978-0195332612, pp. 24-33
- ^ Bina Gupta (2011), An Introduction to Indian Philosophy, Routledge, ISBN 978-0415800037, pp. 21-25
Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan