Dewa-dewi awal Yunani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam mitologi Yunani, dewa-dewi awal adalah entiti atau kewujudan yang pertama. Mereka membentuk alam semesta dan hidup kekal. Dewa-dewi ini adalah kumpulan yang kemudiannya melahirkan kumpulan dewa-dewi yang terkenal dalam masyarakat Yunani kuno. Mereka mendahului para Titan, keturunan Gaia dan Ouranos.

Keturunan dan sifat[sunting | sunting sumber]

Walaupun secara amnya dipercayai bahawa dewa-dewi terhasil dari Chaos, sesetengah sumber menyebut terdapat sepasang dewa-dewi yang menjadi ibu bapa kepada kumpulan ini. Dewa-dewi ini mewakili pelbagai unsur alam. Chaos adakala dianggap, menggantikan Ananke, pasangan dewi bagi Chronos. Kalangan dewi pula mampu untuk membiak sama ada dengan persetubuhan ataupun tidak.

Dewa-dewi awal ini digambarkan sebagai alam atau ruang tempat. Contoh paling mudah ialah Tartarus yang digambarkan sebagai alam kubur, neraka dan jurang yang sangat dalam. Saudaranya pula, Erebus digambarkan sebagai tempat kegelapan atau satu ruang luas yang kekosongan.

Ibu mereka, Chaos digambarkan sebagai lompang kosong. Saudara yang lain termasuklah Gaia digambarkan sebagai bumi. Pontus atau Hydros digambarkan sebagai lautan, tasik dan sungai. Chronos pula digambarkan sebagai masa dan keabadian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]