Nemty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dewa Anti)

Nemty
Ilustrasi Nemty di atas bot
Pusat kultus utamaTjebu, Badari
SymbolFalkon

Nemty merupakan dewa perang kuno Mesir. Dalam mitologi Mesir, Nemty (juga Antaeus dalam bahasa Yunani, tetapi mungkin tidak berkaitan dengan Antaeus dalam mitologi Yunani) ialah dewa yang pemujaannya berpusat di Antaeopolis di bahagian utara Mesir Hulu.

Penyembahan Nemty agak kuno, bertapak dari sekurang-kurangnya dinasti ke-2, di mana dia sudah mempunyai pendeta-pendeta khas memujanya. Pada asalnya, Nemty nampaknya menjadi penaung di sekitar Badari pada zaman purba, yang merupakan pusat pemujaan Horus. Disebabkan kekurangan maklumat yang masih wujud, fungsi asal Nemty ataupun jika dia lebih daripada sekadar gelaran Horus dengan peranan tertentu tidak begitu diketahui.[1]

Lama kelamaan, Nemty hanya dianggap sebagai dewa penambang dan akibatnya digambarkan sebagai falkon yang berdiri di atas bot, merujuk Horus yang pada asalnya dikira sebagai falkon. Sebagai dewa penambang, dia mendapat gelaran Nemty, yang bermaksud (orang yang) mengembara. Pusat kultusnya yang kemudian adalah di Antaeopolis tetapi juga di Per-Nemty (Balai Nemty) dalam riam Mesir Hulu ke-12.

Dalam kepustakaan lama, hieroglif Nemty dibaca sebagai Anti atau Anty. Beberapa kajian mengesahkan bacaan ini tidak betul.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Toby A. H. Wilkinson, Early Dynastic Egypt, Routledge 1999, ISBN 0-415-26011-6, p.315
  2. ^ Оле́г Д. Бе́рлев: "Сокол, плывущий в ладье". Иероглиф и бог. In: Вестник древней истории. 1, 1969, ISSN 0321-0391, pp. 3–30, online (PDF; 548 KB). Oleg D. Berlev: Der Falke im Boot.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]