Pergi ke kandungan

Dewa Arteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewa Arteh
Kelahiran
Mohamad Hafizul Bin Mohd Yusof

1996
Perak, Malaysia
PekerjaanPelawak, pelakon, content creator
Tahun aktif2021–kini
Terkenal keranaPemenang Mencari Sepahtu Yang Hilang, Sepahtu Reunion Live 2022
PasanganNur Atiqah Aishah Jefri (k. 2024)
BapaMr. Os

Mohamad Hafizul Bin Mohd Yusof (lahir 1996), lebih dikenali sebagai Dewa Arteh atau sekadar Dewa, ialah seorang pelawak, pelakon dan content creator Malaysia. Beliau merupakan anak kepada arwah pelawak terkenal, Mr. Os.

Dewa Arteh mula mencuri perhatian sebagai peserta program realiti komedi Mencari Sepahtu Yang Hilang pada tahun 2021 bersama abangnya, Has Arteh dan memenangi rancangan tersebtu. Beliau kemudian aktif dalam rancangan lawak dan muzik seperti Muzikal Lawak Superstar dan Gelak 90 Saat.

Beliau juga terlibat dalam beberapa produksi televisyen dan filem, termasuk penampilan dalam Sepahtu Reunion Live 2022 dan filem seperti Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama dan Manaf, Zahir & Bunian.

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2024, Dewa Arteh selamat berkahwin dengan Nur Atiqah Aishah Jefri di Kuala Lumpur.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem dan Televisyen
Tahun Tajuk Watak
2022 Sejenis Raya SenarioUnion cameo Ajai
2022 Sepahtu Reunion Live 2022 (Bahagian 1) Pelbagai Watak
2023 Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama Bakri Buta
2024 Manaf, Zahir & Bunian Ijam
TBA Orang Perang Bah Kati

Pertandingan Lawak

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pertandingan Peranan Catatan
2021 Mencari Sepahtu Yang Hilang Peserta kumpulan Arteh bersama Has Arteh
2022 Muzikal Lawak Superstar (musim 3) kumpulan Arteh bersama Has Arteh & Qody Rany
2023 Gelak 90 Saat bersama Has Arteh
2024 Muzikal Lawak Superstar (musim 4) kumpulan Deroyan bersama Has Arteh & Eric Fuzi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]