Dewa Tatenen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dewa Tatenen merupakan dewa bumi, dikenali sebagai Tanah Bangkit.

Dewa Tatenen (juga Ta-tenen, Tatjenen, Tathenen, Tanen, Tenen, Tanenu, dan Tanuu) merupakan dewa busut primordial dalam Mitos Mesir. Namanya bererti Tanah Bangkit[1] atau bumi dimuliakan,[2] dan juga dikenali sebagai lumpur sungai Nil.. Sebagai dewa chthonic primeval,[3] Tatenen dikaitkan dengan mitos ciptaan. Dia merupakan pelindung androgynous bagi alam semulajadi dari kawasan Memphis, ketika itu dikenali sebagai "Men-nefer".

Tatenen mewakili Bumi/("Tanah") dan dilahirkan dari saat ia muncul dari kacau-bilau berair,[1] bersamaan dengan busut purba kala "primeval" bagi benben dan mastaba dan kemudian piramid. Dia dilihat sebagai sumber "makanan dan viands, persembahan dewa, kesemua benda yang baik",[4] kerana alamnya adalah wilayah jauh di bawah bumi "dari mana semua benda muncul", khususnya termasuk tumbuhan, sayuran, dan galian.[3] Bapanya merupakan Dewa Khnum pecipta, yang menghasilkannya di roda tembikarnya dari lumpur sungai Nil pada saat penciptaan Bumi.[5] Peluang ini menganugerahkannya gelaran kedua-dua "pecipta dan ibu yang menghasilkan kesemua dewa-dewi" dan "bapa bagi kesemua dewa-dewi".[1][6] Ia turut dianggap jelmaan Mesir (disebabkan hubungannya dengan kelahiran semula dan sungai Nil) dan merupakan aspek dewa Bumi Geb, sebagai sumber inspirasi seni,[7] dan juga membantu orang mati dalam perjalanan mereka selepas kematian.[8]

Ia pertama kali muncul dalam Teks Keranda, di mana namanya muncul sebagai Tanenu atau Tanuu, 'tanah lengai', nama yang mencirikannya sebagai dewa keadaan purba kala bumi. Teks Kerajaan Pertengahan Mesir memberikan contoh pertama bentuk Tatenen.[3]

Dengan tongkat, Tatenen menjauhkan ular jahat Apep dari Busut Purba Kala ("Primeval Mound"). Ia turut memiliki cokmar anjaib di tasbiahkan pada helang, dimuliakan sebagai "Putih Agung bagi Pencipta Bumi".[9] Dalam satu penafsiran, Tatenen membawa tiang-Djed bagi kestabilan negara,[9] sungguhpun ini biasanya disandarkan pada Dewa Ptah.

Ptah-Tatenen[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua Tatenen dan Ptah merupakan Dewa Memphite. Tatenen merupakan dewa lebih purba, digabungkan semasa Kerajaan Kuno dengan Ptah sebagai Ptah-Tatenen, dalam keupayaan mereka sebagai dewa pencipta.[2] Menjelang Dinasti ke Sembilan Belas Mesir, Ptah-Tatenen merupakan bentuk tunggalnya, dan ia disembah sebagai pencipta diraja. Ptah-Tatenen boleh dilihat sebagai bapa Ogdoad bagi Hermopolis, lapan dewa yang mereka sendiri mewakili unsur purba kala sejak sebelum penciptaan.[3]

Portrayal[sunting | sunting sumber]

Gambaran kabur Tatenen adalah akibat sifat kuno tempoh ia disembah, juga kekeliruan berikutnya apabila ia bersepadu dengan Dewa Ptah. ia sentiasa dalam bentuk manusia, biasanya duduk dengan janggut firaun, mengenakan samaada mahkota-Atef (sebagai Ptah-Sokar) atau, lebih biasa,sepasang tanduk biri-biri di bawah cakera suria dan dua pelepah panjang.[3] Oleh kerana Tanenu atau Tanuu, jelas merupakan dewa kenerakaan ("chthonic"), ia membawa dua ekor ular di tangannya.[3] Ia tidak memiliki jantina, hasil statusnya sebagai dewa pencipta, purba kala.[1] Sesetengah gambaran menunjukkan Tatenen dengan warna hijau (muka dan tangan), kerana ia memiliki kaitan dengan kesuburan dan kaitan kenerakaan ("chthonic") dengan tumbuhan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Tatenen. Retrieved 2009-10-21.
  2. ^ a b c The Egyptian Gods. Retrieved 2008-10-21.
  3. ^ a b c d e f Tatenen Retrieved 2009-10-21.
  4. ^ C. J. Bleeker. Historia Religionum I: Religions of the Past, p.68
  5. ^ M. Lichtheim: Ancient Egyptian Literature, Vol.3, p.113
  6. ^ J. H. Breasted: Ancient Records of Egypt, Part Three, § 411
  7. ^ J. H. Breasted: Ancient Records of Egypt, Part Two, § 91
  8. ^ Carol Andrews: The Ancient Egyptian Book of the Dead, spell 180
  9. ^ a b Intersexed and Androgynous Deities in Religion or Mythology. Retrieved 2009-10-21.
  • Encyclopedia of Goddesses and Heroines By PATRICIA MONAGHAN
  • Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, 2002, 1991 Margaret R. Bunson, Facts On File, ISBN 0-8160-4563-1 (kulit keras)