Pergi ke kandungan

Dewa penaung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Dewa penaung, penjaga atau penunggu ialah dewa atau semangat yang menjaga, menaung atau melindungi tempat, ciri semula jadi, orang, keturunan, bangsa, budaya atau pekerjaan tertentu. "Penaung" membawa maksud keselamatan dan dengan itu dikaitkan dengan penjagaan atau pemeliharaan.

Dalam agama Yunani lewat dan agama Rom, salah satu bentuk dewa penaung ialah genius, yang berfungsi sebagai dewa peribadi atau daimon bagi seseorang individu sejak lahir hingga mati. Bentuk lain semangat penaung peribadi ialah semangat pendamping yang dipanggil familiar dalam cerita rakyat Eropah.[1]

Amalan Melayu lama

[sunting | sunting sumber]

Dalam amalan Melayu lama, penunggu ialah hantu yang dipercayai mendiami sesuatu tempat dan dijaga supaya kawasan tersebut aman. Dulang kayu atau buluh dahulunya disediakan dengan makanan dan diletakkan di tempat penunggu dalam perbuatan yang dipanggil buang ancak.[2][3] Selain itu, orang yang dipercayai suci, wali atau dihormati juga kemudiannya menjadi keramat sesuatu tempat dan dipuja.

Selain itu, terdapat juga istiadat pertabalan sultan Perak yang dinamakan Istiadat Tabal Pusaka. Acara ini dahulunya dipanggil Istiadat Tabal Jin[4] kerana jin dipercayai menurut hikayat mendampingi kerajaan Perak.[5] Hal ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan bentuk yang tidak menyalahi agama Islam.[6][7] Selain itu, nobat negeri Perak yang dipercayai hanya boleh dimainkan oleh keturunan orang Kalur dan dipercayai dijaga oleh jin.[8][9]

Agama rakyat Cina

[sunting | sunting sumber]
Pintu batu sebuah makam zaman Dinasti Utara hingga Dinasti Tʻang, digali di Daerah Ching-pien bandar Yü-lin, Wilayah Shensi. Ia menunjukkan dua figura dengan trisula sebagai dewa penjaga kubur.

Agama rakyat Cina, dahulu dan sekarang, mempunyai pelbagai dewa penaung. Orang-orang yang luar biasa, orang bijaksana, dan nenek moyang yang terkenal boleh didewakan dan dipuja selepas mereka meninggal dunia. Guan Yu ialah penaung anggota tentera dan polis, manakala Mazu ialah penaung nelayan dan pelaut.

  • Tudigong (dewa bumi) ialah dewa penaung sesuatu tempat, dan setiap tempat mempunyai dewa bumi sendiri.
  • Chenghuangshen (dewa bandar) ialah dewa penjaga sesuatu bandar, disembah oleh para pegawai dan penduduk tempatan sejak zaman maharaja.

Agama Hindu

[sunting | sunting sumber]

Dalam Hinduisme, dewa penaung peribadi dikenali sebagai ishta-devata, manakala dewa penaung keluarga dikenali sebagai Kuladevata. Gramadevata ialah dewa penjaga kampung atau wilayah. Deva juga boleh dilihat sebagai penaung. Shiva ialah penaung jogi dan sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara keduniaan. Antara dewa dan dewi bandar termasuk:

Kuladevi termasuk:

Agama Buddha

[sunting | sunting sumber]

Buddhisme Tibet mempunyai Yidam sebagai dewa penaung. Dakini ialah penaung bagi mereka yang mencari ilmu.

Agama Kristian

[sunting | sunting sumber]

Konsep yang serupa dalam agama Kristian ialah santo penaung, khususnya malaikat agung "Mikhael, Gabriel, Raphael, dll."[10][11] atau pada tahap yang lebih rendah, malaikat penjaga.

Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Dipengaruhi oleh agama Islam, orang Indonesia percaya kepada jin, terutamanya di pulau Jawa. Jin yang menganut agama Islam umumnya baik, manakala jin bukan Islam dianggap jahat. Sesetengah jin menjaga kubur. Jika penziarah yang menghampiri kubur itu mempunyai niat jahat, mereka akan menimpakan penyakit teruk atau malah kematian.[12]

Beberapa dewa penaung yang terkenal:

Dalam animisme Filipina, Diwata atau Lambana ialah dewa atau semangat yang mendiami tempat-tempat suci seperti gunung dan bukit dan berfungsi sebagai penjaga.

Rom Purba

[sunting | sunting sumber]
Mahkota mural di atas dewi Cybele melambangkan tembok bandar yang dilindunginya

Dewa penaung yang menjaga dan memelihara sesuatu tempat atau orang merupakan asas agama Rom purba. Dewa penaung untuk seseorang lelaki dipanggil geniusnya, bagi seorang wanita pula Junonya.[13] Pada zaman empayar, Genius seseorang Maharaja dijadikan tumpuan kultus Imperial. Seorang maharaja juga mungkin akan memilik satu dewa utama sebagai penaung atau pelindung peribadinya,[14] seperti yang dilakukan oleh Augustus dengan Apollo.[15][16] Tradisi memilih satu dewa penaung ditetapkan semasa era Republik, apabila contohnya diktator Rom Sulla menguar-uarkan dewi Victoria sebagai penaungnya dengan mengadakan peraduan awam (ludi) sempenanya.[17]

Setiap bandar atau kota mempunyai sekurang-kurangnya satu dewa penaung, yang perlindungannya dianggap sangat penting dalam masa perang dan kepungan. Rom sendiri dilindungi oleh dewi yang namanya wajib dirahsiakan atas ancaman hukuman mati (untuk kes contoh, lihat Quintus Valerius Soranus).[18][19] Triad Kapitolin dengan Juno, Jupiter, dan Minerva juga merupakan penaung-penaung Rom.[20]

Bandar-bandar Itali mempunyai dewa penaung mereka sendiri. Juno sering mempunyai fungsi ini, seperti di bandar Latin, Lanuvium, dan bandar Etruscan, Veii,[21] dan sering ditempatkan di kuil yang sangat besar di arx (kubu) atau lokasi menonjol atau utama yang lain.[22] Dewa penaung Praeneste ialah Fortuna, dengan takahun yang terkenal.[23]

Upacara Rom yang dipanggil evocatio berasaskan kepercayaan bahawa sesebuah bandar boleh menjadi lemah dan mudah dikalahkan secara ketenteraan sekiranya kuasa dewa penaungnya berjaya dialihkan ke luar bandar itu, mungkin dengan tawaran pemujaan yang lebih agung di Rom.[24][25] Gambaran sesetengah dewi seperti Magna Mater (Ibu Agung, atau Cybele) dengan mahkota berbentuk menara melambangkan kemampuan mereka untuk melindungi bandar.[26]

Sebuah bandar di wilayah jajahan boleh memilih dewa daripada lingkungan agama Rom sebagai penjaganya, atau menyatukan (sinkretisme) dewa penaungnya sendiri dengan dewa Rom. Contohnya, sebuah komuniti dalam civitas Remi di Gaul memilih Apollo sebagai penaung mereka, dan di ibu kota Remi (Rheims sekarang), penaungnya ialah Mars Camulus.[27]

Sebuah lararium menggambarkan dewa penaung rumah: Genius nenek moyang (tengah) diapit oleh dua Lares, dengan ular penjaga di bawahnya

Dewa penaung juga dikaitkan dengan tempat yang lebih kecil, seperti bilik simpanan, simpang jalan, dan jelapang. Setiap rumah Rom mempunyai satu set dewa pelindung: Lar atau Lares bagi rumah tangga atau familia, yang tempat pemujaannya dipanggil lararium; Penates yang menjaga bilik simpanan (penus) di bahagian terdalam rumah; Vesta, yang tapak sucinya dalam setiap rumah ialah perapian; serta Genius milik paterfamilias, iaitu ketua rumah tangga.[28] Penyair Martial menyenaraikan dewa-dewa penaung yang menjaga pelbagai aspek ladangnya.[29] Seni bina sebuah jelapang (horreum) mempunyai relung untuk patung dewa-dewa, yang mungkin termasuk genius loci atau semangat penjaga tapak tersebut, Hercules, Silvanus, Fortuna Conservatrix ("Fortuna Sang Pelindung") dan di wilayah Yunani Timur, Aphrodite serta Agathe Tyche.[30]

Lares Compitales ialah dewa-dewa penaung sesebuah kejiranan (vicus), yang masing-masing mempunyai sebuah compitum (tempat suci) khusus untuk mereka.[31][32] Perayaan awam tahunan mereka disebut Compitalia. Pada zaman Republik, pemujaan penaung tempatan atau kejiranan kadangkala menjadi titik perhimpunan untuk pergolakan politik dan sosial.[33]

Yunani Purba

[sunting | sunting sumber]

Socrates bercakap tentang mendengar suara semangat peribadinya atau daimonion:

Anda sering mendengar saya bercakap tentang satu takahun atau tanda yang datang kepada saya … . Tanda ini saya ada sejak saya kecil. Tanda itu ialah suara yang datang kepada saya dan sentiasa melarang saya melakukan sesuatu yang akan saya lakukan, tetapi tidak pernah menyuruh saya melakukan apa-apa, dan inilah yang menghalang saya menjadi ahli politik.[34]

Orang Yunani juga percaya dewa-dewa menjaga tempat-tempat tertentu: contohnya, Athena ialah dewi penaung bandar Athens.

  • Ala - Igbo dewa penjaga bumi, wanita dan kanak-kanak
  • Mamba Muntu/Mami Wata - Semangat penjaga perairan Afrika Tengah dan Barat
  • Nkisi - Semangat Bakongo yang mendiami objek untuk melindungi orang yang memiliki objek itu
  • Simbi - Semangat nenek moyang Bakongo yang mendiami perairan atau alam semula jadi dan melindungi keturunan mereka
  • Yemọja - orisha Yoruba dan dewi penciptaan, air, bulan, keibuan dan perlindungan

Austronesia

[sunting | sunting sumber]

Dalam kepawangan Korea, tiang jangseung dan sotdae diletakkan di pinggir kampung untuk menakutkan hantu. Tiang-tiang ini juga disembah sebagai dewa. Seonangshin ialah dewa penaung kampung dalam tradisi Korea dan dipercayai wujud dalam pokok atau batu keramat yang dipanggil seonangdang.

Dalam mitologi Meitei dan agama (Sanamahisme) di Manipur, terdapat pelbagai jenis dewa penaung, antaranya Lam Lai adalah yang paling dominan.[35][36][37]

Orang Asli Amerika

[sunting | sunting sumber]
  • Tonás, semangat haiwan penaung orang Zapotec.
  • Totem, semangat keluarga atau puak orang Ojibwe, boleh berupa haiwan.

Dalam Shinto, semangat atau kami yang memberikan kehidupan kepada tubuh manusia datang dari alam semula jadi dan kembali kepadanya selepas meninggal dunia. Nenek moyang oleh itu juga penaung untuk disembah.

Sesetengah dewa penaung diketahui wujud di Eropah Slavik, contoh yang terkenal ialah Leshy.[38]

Walaupun tidak semestinya disembah, İye ialah semangat penaung yang memberikan keupayaan serta pelindung daripada bahaya, dalam legenda orang-orang Turkik.

Sebuah rumah semangat Thai untuk Chao Thi di hadapan sebuah gedung penjualan kereta di Bangkok

Ibu kota wilayah-wilayah Thailand terdapat tiang-tiang bandar penaung dan imej pelindung. Semangat penjaga rumah dikenali sebagai Chao Thi (เจ้าที่) atau Phra Phum (พระภูมิ). Hampir setiap isi rumah tradisional di Thailand mempunyai tokong mini yang menempatkan dewa penaung ini, dikenali sebagai rumah semangat.

Dalam agama rakyat Vietnam, Thành hoàng ialah dewa yang melindungi dan membawa kebaikan kepada kampung.

Semangat yang dipanggil shedim disebut dua kali dalam Alkitab Ibrani. Dalam kedua-dua kes ini (Mazmur 106:37 dan Ulangan 32:17) shedim dikaitkan dengan korban anak atau haiwan.[39][40] Perkataan "shedim" dipercayai oleh sesetengah orang ialah kata pinjaman daripada bahasa Akkadia shedu, yang merujuk kepada semangat yang boleh menjadi kedua-dua pelindung atau jahat.[41][42][43]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Riffard, Pierre A. (2008). Nouveau dictionnaire de l'ésotérisme. Paris, FR: Payot. m/s. 114–115, 136–137.
  2. ^ Skeat, W. W. (2020). Malay magic. BoD–Books on Demand.
  3. ^ "PRPM". prpm.dbp.gov.my. Ensiklopedia. Dicapai pada 2025-08-26.
  4. ^ Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak (2017). "Istiadat Pertabalan Sultan Perak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2017.
  5. ^ "Kesultanan Perak Dan Adat Tabal Jin - The Patriots" (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-05. Dicapai pada 2025-08-26.
  6. ^ Hasan, W. a. W. (2018, February 15). Bukan khurafat. Harian Metro.
  7. ^ Ismail, Syaida (2021-05-31). "Kisah TS Harussani Zakaria, Mufti Yang Hapuskan Amalan 'Tabal Jin' & Mencabar Jin di Istana Perak - Lobak Merah". lobakmerah.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  8. ^ Halid, R. I. R. (2010). Orang Kalur-hereditary musicians of the Perak court.
  9. ^ SembangKuala (2009-06-24). "The nobat". SembangKuala (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-26.
  10. ^ "CATHOLIC ENCYCLOPEDIA: Esdras (Ezra)". newadvent.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-03. Dicapai pada 2021-12-03.
  11. ^ "Bible Gateway passage: 1 Thessalonians 4:16 – New Revised Standard Version". Bible Gateway (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-03. Dicapai pada 2021-12-03.
  12. ^ Woodward, Mark. Java, Indonesia and Islam. Deutschland, Springer Netherlands, 2010.p. 87
  13. ^ Nicole Belayche, "Religious Actors in Daily Life: Practices and Beliefs", dalam A Companion to Roman Religion (Blackwell, 2007), p. 279.
  14. ^ Gradel, Ittai (2002). Emperor Worship and Roman Religion. Oxford University Press. m/s. 104–105.
  15. ^ Lipka, Michael (2009). Roman Gods: A conceptual approach. Brill. m/s. 20–21. ISBN 9789004175037.
  16. ^ Gradel, Ittai (2002). Emperor Worship and Roman Religion. Oxford University Press. m/s. 116.
  17. ^ Bernstein, Frank. "Complex Rituals: Games and processions in republican Rome". A Companion to Roman Religion. m/s. 231 ff.
  18. ^ de Martino, Marcello (2011). L'identità segreta della divinità tutelare di Roma. Un riesame dell' affaire Sorano. Settimo Sigillo.
  19. ^ Rüpke, Jörg (2007). Religion of the Romans. Polity Press. m/s. 132–133. (originally published in German 2001)
  20. ^ Lipka. Roman Gods. m/s. 23–24.
  21. ^ Forsythe, Gary (2006) [2005]. A Critical History of Early Rome: From prehistory to the first Punic War. University of California Press. m/s. 128.
  22. ^ Rüpke. Religion of the Romans. m/s. 132. who cites Macrobius. Saturnalia. 3.9.
  23. ^ Meyboom, P.G.P. (1995). The Nile Mosaic of Palestrina: Early evidence of Egyptian religion in Italy. Brill. preface and p. 160. ISBN 978-9004101371..
  24. ^ Lipka. Roman Gods. m/s. 126–127.
  25. ^ Ando, Clifford (2007). "Exporting Roman religion". A Companion to Roman Religion. Blackwell. m/s. 441.
  26. ^ Lipka. Roman Gods. m/s. 123. who cites Lucretius. De rerum natura. 2.606–609.
  27. ^ Derks, Ton (1998). Gods, Temples, and Ritual Practices: The transformation of religious ideas and values in Roman Gaul. Amsterdam University Press. m/s. 100, 105, 108–109. Elite tempatan … sangat sedar tentang kisah mitologi yang berkaitan dengan pelbagai dewa Rom, dan dalam pemilihan dewa tutelar untuk civitas atau pagus mereka sengaja memilih dewa yang, dalam semua aspeknya, paling sesuai dengan persepsi mereka sendiri tentang dunia.
  28. ^ Warrior, Valerie M. (2006). Roman Religion. Cambridge University Press. m/s. 28–29.
  29. ^ Martial. Epigrams. 10.92. cited by Warrior. Roman Religion. m/s. 29–30.
  30. ^ Rickman, Geoffrey (1971). Roman Granaries and Store Buildings. Cambridge University Press. m/s. 35, 52, 57, 313–314.
  31. ^ Gradel. Emperor Worship and Roman Religion. m/s. 11.
  32. ^ Palmer, Robert E.A. (2009). The Archaic Community of the Romans. Cambridge University Press. m/s. 81. ISBN 9780521077026. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-30. Dicapai pada 2020-11-03.
  33. ^ John Bert Lott, The Neighborhoods of Augustan Rome (Cambridge University Press, 2004), pp. 14, 34–38 et passim; and Richard C. Beacham, Spectacle Entertainments of Early Imperial Rome (Yale University Press, 1999), pp. 55–56; with reference to a ban on guild associations referred to by Cicero (In Pisonem 8) that was extended to suppress the Compitalia.
  34. ^ Plato. Apology of Socrates. 40 b.
  35. ^ Banerji, Projesh (1956). Dance of India. Kitabistan.
  36. ^ Playne, Somerset (1917). Bengal and Assam, Behar and Orissa: Their History, People, Commerce, and Industrial Resources. Foreign and Colonial Compiling and Publishing Company.
  37. ^ Sarat Chandra Roy (Rai Bahadur (1981). Man in India. A.K. Bose.
  38. ^ Bane, Theresa (1969). Encyclopedia of Demons in World Religions and Cultures. Jefferson, North Carolina. ISBN 9780786488940. OCLC 774276733.
  39. ^ W. Gunther Plaut, The Torah: A Modern Commentary (Union for Reform Judaism, 2005), p. 1403 online
  40. ^ Dan Burton and David Grandy, Magic, Mystery, and Science: The Occult in Western Civilization (Indiana University Press, 2003), p. 120 online.
  41. ^ Rachel Elior; Peter Schäfer (2005). על בריאה ועל יצירה במחשבה היהודית: ספר היובל לכבודו של יוסף דן במלאת לו שבעים שנה. Mohr Siebeck. m/s. 29. ISBN 978-3-16-148714-9.
  42. ^ Encyclopedia of Spirits: The Ultimate Guide to the Magic of Fairies, Genies, Demons, Ghosts, Gods & Goddesses. Judika Illes. HarperCollins, Jan 2009. p. 902.
  43. ^ The Encyclopedia of Demons and Demonology. Rosemary Guiley. Infobase Publishing, May 12, 2010. p. 21.