Dewan Budaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dewan Budaya
Dewan Budaya.jpg
KategoriBudaya
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertamaJanuari 1979
SyarikatDewan Bahasa Dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webdwnbudaya.dbp.my

Dewan Budaya merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus tentang kebudayaan dan diterbitkan sebulan sekali. Majalah ini menyasarkan pembaca daripada kalangan pemikir budaya, golongan profesional dan intelektual, pemimpin masyarakat, peminat seni dan budaya, pendidik, pelajar pengajian tinggi dan menengah atas. Buku ini juga mengandungi 68 halaman bercetak.[1]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Majalah ini memaparkan tentang perkembangan nilai, sikap dan pemikiran masyarakat. Antara ruangan tetap yang menarik ialah "Isu", "Profil", "Eksklusif", "Filem" dan "Seni".

Butiran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia : RM 6.00
  • Sabah/Sarawak : RM 6.50
  • Singapura : S$ 6.00
  • Brunei Darussalam : B$ 6.00

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]