Dewan Himpunan Pendukung PAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dewan Himpunan Penyokong PAS
PAS logo.svg
KependekanDHPP
Ditubuhkan23 Mei 2010; 10 tahun yang lalu (2010-05-23)
Ibu pejabatPejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Ketua
Balasubramaniam Nachiappan
Timbalan Ketua
Lim Guan Seng
Ketua Pemuda
Balendran Balasubramaniam
Ketua Wanita
Kumutha Raman
Organisasi indukParti Islam Se-Malaysia
Dahulunya dipanggilKelab Penyokong PAS (2004-2010)

Dewan Himpunan Pendukung PAS atau DHPP (Jawi: ديوان همڤونن ڤندوکوڠ ڤاس, Inggeris: PAS Supporters Congress) merupakan salah sebuah entiti dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ia dianggotai oleh ahli parti tersebut yang bukan beragama Islam. Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat kini adalah N. Balasubramaniam. DHPP dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS, sebelum dinaik taraf sebagai Dewan pada 23 Mei 2010.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Ahli Bersekutu[sunting | sunting sumber]

Cadangan Awal Bukan Islam sebagai Ahli Bersekutu

Isu keahlian bukan Islam dalam PAS telah dibincangkan sejak 3 Oktober 1956 lagi dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Zulkifli Muhammad pernah mencadangkan pada 3 Disember 1961 supaya PAS menerima bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Namun begitu, atas faktor politik Melayu ketika itu, cadangan ini ditangguhkan.

Masyarakat Bukan Islam sebagai sasaran dakwah dan politik

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27 pada 17-19 April 1981 memutuskan supaya PAS mendekati bukan Islam sebagai strategi dakwah dan politiknya. Hasilnya, pada 1985, PAS telah menubuhkan Chinese Consultative Council (CCC) sebagai wasilah PAS dengan masyarakat Cina, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 1986, CCC telah berakhir.

Mendepani gelombang kebangkitan rakyat

Perubahan politik yang berlaku pada 1998 telah membawa kepada permintaan orang bukan Islam untuk menyertai PAS dan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor berjanji untuk PAS mengkaji semula kedudukan ahli bersekutu. Sebagai langkah awal, mulai 1999 telah ditubuhkan Jabatan Antara Budaya yang kemudiannya diserapkan dalam Lajnah Perpaduan Nasional. Ekoran tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) pada 2001, PAS mengambil langkah mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan orang Cina.

Kelab Penyokong PAS[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Kelab Penyokong PAS

Selepas pelancaran Dokumen Negara Islam (DNI) pada 12 November 2003, PAS telah mengadakan siri-siri penerangan tentang DNI yang turut melibatkan orang bukan Islam di Kelantan (12 Disember 2003), Terengganu (19 Disember 2003), Pahang (21 Disember 2003), Kedah (25 Disember 2003), Selangor (4 Januari 2004), Johor (25 Januari 2004) dan Perak (Februari 2004) sehingga akhirnya tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP). Antara program terawal melibatkan KPP ialah Majlis Muhibbah bersama Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Seremban pada 23 Februari 2004. Menjelang Pilihan Raya Umum 2004, Presiden PAS telah secara rasmi melancarkan KPP di Taman Melewar pada 11 Mac 2004. Ketika KPP dilancarkan ini, kebanyakkan pendukung KPP adalah orang Cina. Kemudian, KPP berjaya diperluaskan kepada bangsa lain apabila KPP India ditubuhkan pada 2005 oleh Yb Gobalakrishnan Nagapan dengan tema dari bumi ke bulan, diikuti oleh KPP Iban (2006) dan KPP Siam (2007).

Pada 11 September 2007, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan logo KPP dengan Tema "PAS for All".

Konvensyen KPP

KPP melalui Lajnah Perpaduan Nasional telah berjaya mengadakan dua konvensyen, Pertama ialah pada bulan Disember 2007 di mana Pulau Pinang menjadi tuan rumah. Konvensyen yang diadakan di Red Rock Hotel itu telah menarik minat seluruh ahli KPP khususnya dari Kelantan. Bertemakan “Kerajaan berkebajikan untuk Semua”, konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden dan menjadi sepak mula pada kehangatan PRU yang bakal diadakan pada awal tahun 2008.

Konvensyen kedua ialah pada bulan Mei tahun 2009 diadakan di Kompleks Pejabat Tanah Kelang dengan tema “Stay United , Brave the Challenges" telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS. Hampir 1000 perwakilan hadir dan resolusi telah disepakati oleh semua perwakilan antaranya ialah. Menstrukturkan Semula Kepimpinan KPP, Mengemaskan Data Keahlian dan Memperkukuhkan KPP untuk dipertingkatkan peranannya dalam PAS.

Resolusi Konvensyen telah diadaptasikan dengan bantuan seluruh LPN negeri sehingga usaha-usaha tersebut terus dijalankan bagi membuka ruang kepada proses penyerapan KPP menjadi entiti sebuah Dewan dalam parti.

Perangkaan KPP menjadi Dewan

Melihat kesungguhan orang bukan Islam mendukung perjuangan PAS ini, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 12 Oktober 2008 telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Ustaz Hassan Shukri untuk menggubal peraturan KPP sebagai sebuah Dewan[1]. Dalam Retreat Pimpinan PAS Pusat di Langkawi pada 7-8 November 2008, sebuah cadangan dari Jawatankuasa Teknikal bertajuk "Keahlian Bukan Islam Dalam Organisasi PAS" telah diterima sebagai panduan, sebelum Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meluluskan Aturan dan Peraturan DHPP pada 10 Januari 2010.

Dewan Himpunan Penyokong PAS[sunting | sunting sumber]

Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan secara rasmi penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Dewan Pejabat Tanah Klang, Klang sebagai sebuah sayap baru PAS yang dianggotai oleh para penyokong yang bukan Islam pada 23 Mei 2010[2].

Konvensyen Nasional DHPP Pertama

DHPP telah mengadakan Konvensyen Nasional DHPP kali pertama bertemakan ‘Memimpin Perpaduan’ sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak. Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam majlis itu, Pengerusi DHPP, N. Balasubramaniam turut menyampaikan ucapan dasar sebelum memberi laluan kepada Presiden PAS untuk berucap merasmikan konvensyen tersebut. N. Balasubramaniam juga sempat mengalungkan bunga malai kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.

Dewan Himpunan Pendukung PAS[sunting | sunting sumber]

Penjenamaan Dewan[sunting | sunting sumber]

DHPP telah dijenamakan semula daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Pendukung PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Kelantan[3]. Ia dirasmikan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang.

Penyertaan politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan dalam kerajaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa wakil DHPP yang dilantik di beberapa posisi dalam kerajaan dan pentadbiran Malaysia.

Bil Nama Jawatan Tempoh Catatan
1 Balasubramaniam a/l Nachiappan, Senator Ahli Dewan Negara 2020-2023 Senator bukan Islam pertama daripada PAS
2 Lau Chin Chua Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan bagi hal ehwal bukan Islam 2018-kini
3 Dr Balachandran a/l Gopal Krishnan Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu bagi hal ehwal bukan Islam 2018-kini
4 Kumaresan a/l Baby Kalidawson Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bagi masyarakat India 2020-kini
5 Kuan Kok Siang Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bagi masyarakat Cina dan Siam 2020-kini
6 Yougan a/l Mahalingam Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Perak 2020 Meninggal dunia dalam jawatan, pada 15 Julai 2020
7 Jefri Chua @ Chua Kim Huat Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam Parlimen Kuala Terengganu

Pengerusi MPKK Kampung Cina, Kuala Terengganu

2018-kini

2018-kini

8 Kumutha Raman Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2020-kini

Penyertaan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Sejak Pilihan raya umum Malaysia 2008, wakil bukan Islam dari PAS telah bertanding. Disebabkan kekangan perlembagaan parti, PAS membenarkan wakil bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat, rakan komponen Barisan Alternatif ketika itu. Sejak Pilihan raya umum Malaysia 2013 hingga kini, anggota DHPP bertanding atas tiket parti mereka sendiri iaitu PAS.

Tahun Jenis Kawasan Negeri Nama Calon Catatan
2018 Pilihan raya umum Parlimen Batu Kawan Pulau Pinang Jay Kumar Balakrishna[4]
Parlimen Kampar Perak Yougan Mahalingam[5]
Parlimen Bentong Pahang Balasubramaniam Nachiappan[6]
DUN Bukit Tambun Pulau Pinang Kumaravelu Arumugam[4]
DUN Batu Uban Pulau Pinang Datuk Dr Vikneswaran Muniandy[4]
DUN Pasir Bedamar Perak Kumaresan Shanmugam[5]
DUN Sungkai Perak Appalasamy Jetakiah[5]
DUN Tanah Rata Pahang Dato' Kumar Silambaran[6] Merupakan Presiden Parti Generasi Baru

Bertanding atas tiket PAS

DUN Tras Pahang Chin Choy Hee[7]
DUN Rawang Selangor Kong Tuck Wah[8]
DUN Sentosa Selangor Rajan Manikesavan[8]
DUN Temiang Negeri Sembilan Yaw Con Seng[9]
DUN Johor Jaya Johor Kumutha Raman[10]
DUN Kadamaian Sabah Satail Majungkat[11]
2016 Pilihan raya negeri DUN Kakus Sarawak Clement Bayang[12]
2013 Pilihan raya umum Parlimen Ayer Hitam Johor Hu Pang Chaw[13]
DUN Tiram Johor Kumutha Raman[13][10]
DUN Asahan Melaka Wong Chee Chew[14]
2008 Pilihan raya umum DUN Tiram Johor Kumutha Raman[15] Bertanding atas lambang Parti Keadilan Rakyat

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.malaysiakini.com/news/93139
  2. ^ http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41273-sejarah-dhpp-dilancar-secara-rasmi
  3. ^ "Penjenamaan baharu DHPP bukti bukan Islam sayap penting PAS". The Malaysian Insight. 13 September 2020.
  4. ^ a b c https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/334247/pas-pp-umum-calon-dhpp-gagasan-sejahtera
  5. ^ a b c https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332170/pas-perak-pertaruh-3-calon-india
  6. ^ a b https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/414399/bekas-setiausaha-agung-mic-antara-calon-pas-di-pahang
  7. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/04/24/ge14-ex-raub-dap-vice-chairman-choy-hee-to-run-under-pas-ticket-in-tras/1623717
  8. ^ a b https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/332175/3-ustaz-popular-calon-pas-selangor
  9. ^ http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6275-pas-n-sembilan-tampil-2-calon-wanita-seorang-dhpp
  10. ^ a b https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/04/im-not-contesting-just-to-split-votes-says-pas-indian-candidate/
  11. ^ https://says.com/my/news/a-non-muslim-man-will-be-representing-pas-in-sabah-for-ge14
  12. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/07/prn-sarawak-bekas-penyanyi-iban-tersohor-dipilih-wakili-pas/
  13. ^ a b http://www.astroawani.com/berita-pilihanraya/dua-calon-bukan-islam-diumum-bertanding-tiket-pas-12157
  14. ^ http://studentsrepo.um.edu.my/7796/5/PHD_IZANI_AHA0090023_BAB-BAB_Latest.pdf
  15. ^ https://uk.reuters.com/article/businessproco-malaysia-election-islam-dc/malaysian-hindu-woman-embraces-islamic-party-idUKKLR9598820080306