Dewan Kaunselor Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 35°40′35.5″U 139°44′40.5″T / 35.676528°U 139.744583°T / 35.676528; 139.744583

Dewan Kaunselor
ديوان کاٴونسلور
参議院
Sangiin
Jenis
Jenis Dewan atas
Kepimpinan
Presiden Kenji Hirata, Demokratik
sejak 14 November 2011
Timbalan Presiden Hidehisa Otsuji, Demokratik Liberal
sejak 30 Julai 2010
Pengerusi Kumpulan Parlimen DPJ (Ketua kerajaan) Azuma Koshiishi, Demokratik (DPJ)
sejak 2006
Pengerusi Kumpulan Parlimen LDP (Ketua pembangkang) Hirofumi Nakasone, Demokratik Liberal (LDP)
sejak 2010
Struktur
Ahli 242
Komposisi terkini kerusi di Dewan Kaunselor
Kumpulan politik
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir 11 Julai 2010
Tempat persidangan
{{{Teks alt bilik persidangan}}}
Kamar Dewan Kaunselor, Bangunan Diet Kebangsaan, Tokyo
Laman sesawang
sangiin.go.jp/eng/index.htm

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Jepun

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Jepun



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Dewan Kaunselor (参議院 Sangiin?) ialah dewan pertuanan yang membentuk Diet Jepun bersama Dewan Perwakilan sebagai dewan rakyat. Dewan Kaunselor ialah pengganti kepada Dewan Bangsawan praperang. Sekiranya kedua-dua dewan bercanggah pendapat mengenai hal-hal belanjawan, perjanjian, atau pelantikan perdana menteri, Dewan Perwakilan boleh mendesakkan keputusannya. Untuk semua keputusan lain, Dewan Perwakilan boleh membatal undian Dewan Kaunselor dengan undian majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli yang hadir. Namun demikian, setelah perwakilan berkadar diperkenalkan dalam Dewan Perwakilan, Dewan Kaunselor telah banyak meningkatkan kuasanya untuk menamatkan perjalanan rang undang-undang dari Dewan Perwakilan seandainya kerajaan gagal mencapai takat dua pertiga dari hampir setiap pilihan raya umum, misalnya perihal sekatan Rang Undang-Undang Penswastaan Pos baru-baru ini; perkembangan inilah yang memperkuatkan Dewan Kaunselor.

Dewan Kaunselor terdiri daripada 242 ahli yang berkhidmat untuk penggal enam tahun, iaitu dua tahun lebih lama berbanding Dewan Perwakilan. Para kaunselor mesti sekurang-kurangnya berusia 30 tahun, berbanding dengan 25 tahun di Dewan Perwakilan. Dewan Kaunselor tidak boleh dibubarkan, kerana hanya separuh ahlinya diundi kembali dari setiap pilihan raya melalui sistem pengundian selari. Dari kesemua 121 ahli yang perlu diundi setiap kali, 73 orang diundi dari 47 daerah kewilayahan (melalui undian tak boleh pindah tunggal) dan 48 lagi diundi dari senarai seluruh negara mengikut perwakilan berkadar dengan senarai terbuka.

Sehingga pilihan raya 1998, terdapat 252 ahli, 126 diundi sekali: 76 dari daerah kewilayahan dan 50 dari seluruh negara. Mulai pilihan raya 2001, bilangannya dikurangkan kepada 247 (126 diundi pada tahun 1998 dan 121 diundi pada tahun 2001) serentak dengan pengenalan undian keutamaan senarai terbuka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:National upper houses