Dewan Penasihat Jepun
35°40′35.5″U 139°44′40.5″T / 35.676528°U 139.744583°T
| Dewan Penasihat ديوان کاٴونسلور | |
|---|---|
| 参議院 Sangiin | |
| Jenis | |
| Jenis | |
| Kepimpinan | |
Presiden | |
Timbalan Presiden | |
| Struktur | |
| Ahli | 245 |
Kumpulan politik | Kerajaan
Pembangkang (104)
|
| Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir | 21 Julai 2019 |
| Tempat persidangan | |
| Kamar Dewan Penasihat, Bangunan Diet Kebangsaan, Tokyo | |
| Laman sesawang | |
| www | |
| sunting | |
| Jepun |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Perlembagaan
Kehakiman
Prefektur
Pilihan Raya
Hubungan Luar
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Dewan Penasihat (参議院, Sangiin) ialah dewan pertuanan yang membentuk Diet Jepun bersama Dewan Perwakilan sebagai dewan rakyat. Dewan Penasihat ialah pengganti kepada Dewan Bangsawan praperang. Sekiranya kedua-dua dewan bercanggah pendapat mengenai hal-hal belanjawan, perjanjian, atau pelantikan perdana menteri, Dewan Perwakilan boleh mendesakkan keputusannya. Untuk semua keputusan lain, Dewan Perwakilan boleh membatal undian Dewan Penasihat dengan undian majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli yang hadir. Namun demikian, setelah perwakilan berkadar diperkenalkan dalam Dewan Perwakilan, Dewan Penasihat telah banyak meningkatkan kuasanya untuk menamatkan perjalanan rang undang-undang dari Dewan Perwakilan seandainya kerajaan gagal mencapai takat dua pertiga dari hampir setiap pilihan raya umum, misalnya perihal sekatan Rang Undang-Undang Penswastaan Pos baru-baru ini; perkembangan inilah yang memperkuatkan Dewan Penasihat.
Dewan Penasihat terdiri daripada 242 ahli yang berkhidmat untuk penggal enam tahun, iaitu dua tahun lebih lama berbanding Dewan Perwakilan. Para penasihat mesti sekurang-kurangnya berusia 30 tahun, berbanding dengan 25 tahun di Dewan Perwakilan. Dewan Penasihat tidak boleh dibubarkan, kerana hanya separuh ahlinya diundi kembali dari setiap pilihan raya melalui sistem pengundian selari. Dari kesemua 121 ahli yang perlu diundi setiap kali, 73 orang diundi dari 47 daerah kewilayahan (melalui undian tak boleh pindah tunggal) dan 48 lagi diundi dari senarai seluruh negara mengikut perwakilan berkadar dengan senarai terbuka.
Sehingga pilihan raya 1998, terdapat 252 ahli, 126 diundi sekali: 76 dari daerah kewilayahan dan 50 dari seluruh negara. Mulai pilihan raya 2001, bilangannya dikurangkan kepada 247 (126 diundi pada tahun 1998 dan 121 diundi pada tahun 2001) serentak dengan pengenalan undian keutamaan senarai terbuka.[1] Pada pilihan raya Dewan Penasihat 2019, bilangan kerusi ditambah kepada 245.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Spesifik
- ^ Hayes 2009, p. 50
- ^ Parti Gabung Kerajaan Jepun Peroleh Majoriti Pilihan Raya Dewan Tinggi Astro Awani. 22 Julai 2019. Dicapai 1 Januari 2020
- Bibliografi
- Hayes, L. D., 2009. Introduction to Japanese Politics. 5th ed. New York: M.E. Sharpe. ISBN 978-0-7656-2279-2
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web Dewan Penasihat (dalam Bahasa Inggeris)
- TV internet Dewan Penasihat - Laman rasmi (dalam Bahasa Jepun)
